KJ nafi sertai semula UMNO

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan desas-desus akan menyertai semula parti itu dalam masa terdekat. Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau perlu memberi fokus terhadap beberapa projek yang masih tertangguh. “Buat masa sekarang, banyak projek dan perniagaan tertangguh yang perlu diuruskan. Saya perlu memberikan fokus dan masa serta akan sibuk […]

Continue Reading

Saya tak letak jawatan, patuh arahan parti

GEORGE TOWN : “Saya tak letak jawatan, saya ikut arahan parti.”  Demikian ditegaskan Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Fahmi Zainol yang tidak akan meletak jawatan Exco negeri walaupun dilihat satu kem dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli pada pemilihan parti baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri […]

Continue Reading

‘Ini soal parti PKR, saya tak mahu campur hal ini’

SEPANG: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa beliau enggan campur tangan berhubung pengunduran Datuk Seri Rafizi Ramli, mahu pun soal kekosongan jawatan Menteri Ekonomi itu. Beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa berkata, ini kerana perkara tersebut adalah berkait dengan PKR dan tidak seharusnya dicampuri. “Ini tak ada kena mengena isi […]

Continue Reading

Akmal Nasir tidak ikut langkah Rafizi, Nik Nazmi

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir tidak akan mengikut langkah Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletakkan jawatan dalam Kabinet pasca Kongres Nasional PKR, minggu lalu. Sebaliknya, beliau yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan terus menggalas tanggungjawab itu sehingga akhir penggal Kerajaan Perpaduan. […]

Continue Reading

Kita tidak boleh ganti masa orang tengah cuti

PUTRAJAYA:  Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau masih belum memikirkan soal rombakan Kabinet memandangkan dua Menterinya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sedang bercuti. Perdana Menteri berkata, secara asasnya, penggantian jawatan bagi jawatan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu tidak boleh dilakukan ketika pihak tersebut sedang bercuti. “Belum, […]

Continue Reading

Rombakan Kabinet dijangka berlaku, beri kesan dalaman PKR

ARAU: Peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka membuka ruang kepada rombakan Kabinet selain turut bakal memberi kesan kepada dalaman PKR. Peletakan jawatan tersebut juga dikhuatiri mempengaruhi beberapa lagi menteri lain dari kem Rafizi yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk Akmal Nasrullah Mohd. Nasir. Ia juga dilihat sebagai tindak balas […]

Continue Reading

Anwar benarkan Rafizi, Nik Nazmi ‘bercuti’

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permohonan cuti oleh dua anggota Kabinetnya iaitu Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Anwar sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada dua pemimpin PKR itu. “Setelah […]

Continue Reading

Nik Nazmi pula lepaskan jawatan menteri

PETALING JAYA: Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, sekali gus menjadikan beliau anggota Kabinet kedua yang berundur hari ini. Ia selepas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli yang mengumumkan pengunduran sebagai Menteri Ekonomi. Nik Nazmi berkata, beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, […]

Continue Reading

Tiada maklumat lanjut Rafizi letak jawatan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menafikan mempunyai sebarang maklumat bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti, minggu lalu. Kata Fahmi, tumpuan ketika ini masih terarah kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang sedang berlangsung di ibu negara. “Sidang kemuncak ini belum tamat. […]

Continue Reading

Lantikan politik bukan imbuhan tapi jawatan beramanah

PETALING JAYA: Naratif lantikan politik sebagai ganjaran atas khidmat kepada parti memberi isyarat berbahaya bahawa jawatan dalam badan awam boleh diberikan seperti cenderamata politik dan bukan berdasarkan kelayakan atau kecekapan. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari berkata, lantikan politik bukan satu bentuk imbuhan tetapi ia adalah jawatan yang memikul […]

Continue Reading

BN terbuka runding kerusi, tidak terhad bersama PH

PUTRAJAYA: Proses rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak hanya terhad bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) sahaja, sebaliknya terbuka dengan pelbagai pihak termasuk parti tempatan di negeri berkenaan. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, rundingan pembahagian kerusi ketika ini telah dan sedang dijalankan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan […]

Continue Reading

800 peserta terlibat Himpunan Melayu Berdaulat, tiada isu

KUALA LUMPUR: Himpunan Melayu Berdaulat yang dihadiri kira-kira 800 peserta di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, 80 anggota ditugaskan bagi memantau keselamatan sepanjang himpunan itu berlangsung. “Tiada sebarang kejadian tidak diingini direkodkan sepanjang perhimpunan,” katanya dalam […]

Continue Reading

Anwar bukan ayah saya seorang

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan ayahnya seorang, tetapi ayah kepada semua ahli parti, termasuk Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli. Justeru, Nurul Izzah berharap, semua ahli PKR tidak melihat hubungan kekeluargaan antara mereka sebagai faktor yang membezakan dirinya dengan ahli […]

Continue Reading

Lantikan politik bukan salah guna kuasa

JOHOR BAHRU: Lantikan politik dilakukan sesebuah kerajaan dengan mengangkat individu yang berkelayakan seharusnya dibenarkan dan bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia merupakan ‘balasan’ selayaknya diterima individu terlibat atas jasa dan sumbangan mereka kepada kejayaan parti politik yang menjadi kerajaan kerana terdapat ramai yang kehilangan kerja dan kehabisan wang […]

Continue Reading

Tarik RM4 bilion subsidi petrol dinikmati warga asing

JOHOR BAHRU: Penarikan subsidi bahan api petrol bukan sahaja disasarkan kepada golongan maha kaya semata-mata, malah akan melibatkan kira-kira empat juta warga asing yang selama ini turut menerima ‘laba’ daripada peruntukan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelompok itu menikmati antara RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun hasil daripada subsidi yang sepatutnya hanya […]

Continue Reading

Annuar Musa akui kepintaran Rafizi, dakwa jadi mangsa pembunuhan karakter

PETALING JAYA: Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai satu bentuk pembunuhan karakter politik oleh kepemimpinan partinya sendiri. Annuar berkata, walaupun kekalahan kepada Nurul Izzah Anwar itu sudah dijangka, Mohd. Rafizi dilihat tetap memberi tentangan bermaruah dan menunjukkan semangat juang tinggi […]

Continue Reading

UMNO tidak tamak, hormati kuota jawatan menteri PKR

KUANTAN: UMNO tidak tamak untuk memohon dua jawatan menteri dalam Kabinet sekiranya jawatan tersebut dikosongkan berikutan kekalahan dua menteri dalam pemilihan PKR, semalam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan tersebut adalah kuota untuk PKR. “Itu adalah kuota untuk mereka. Jadi saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan […]

Continue Reading

Keputusan bukan seperti diharapkan – Nik Nazmi 

PETALING JAYA: “Keputusan kali ini bukanlah apa yang seperti kami harapkan,” demikian luahan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang gagal mempertahankan jawatan itu bagi pemilihan kali ini. Nik Nazmi berkata, beliau sudah berjuang habis-habisan dan amat menghargai dedikasi pasukannya sepanjang kempen pemilihan. Kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam […]

Continue Reading

Kemenangan Nurul Izzah beri kesan hala tuju politik negara – Pas

KOTA BHARU: Pas menyifatkan pemilihan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai satu cabaran besar, khususnya bagi sayap Muslimat  kerana ia adalah percaturan yang memberi kesan langsung kepada hala tuju politik negara. Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kemenangan Nurul Izzah pada pemilihan PKR  bukan hanya kerana beliau mewarisi […]

Continue Reading

Ramanan tekad bawa suara rakyat

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan bertekad membawa suara rakyat, menjunjung nilai-nilai keadilan dan memastikan parti itu terus menjadi peneraju perubahan di Malaysia. Beliau berkata, visi dan misi selepas kemenangannya adalah mahu membawa suara Malaysia Madani ke pentas nasional dengan semangat reformasi yang tidak pernah luntur.  “Ini […]

Continue Reading