Debat bergantung calon terima atau tidak

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan, perdebatan hanya satu kaedah, namun ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding sama ada ingin menyambut atau menolak tawaran tersebut. Beliau yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan berkata, perdebatan adalah berbentuk tawaran dan ia bukan lah paksaan. “Masa saya dengan Rafizi (Datuk Seri Rafizi Ramli) […]

Continue Reading

Tiada istilah nepotisme dalam penyertaan Nurul Izzah

PETALING JAYA: Tiada istilah nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Nurul Izzah Anwar bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformasi Malaysia (Pkorm), Mustapa Mansor berkata, PKR adalah sebuah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi dengan semua ahlinya terbuka untuk bertanding dan tiada kewajaran perkara itu dipertikaikan. “Silakan Nurul […]

Continue Reading

AKSB perlu buat keputusan segera demi selamatkan LRA Bukit Remah

KOTA BHARU: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) telah memberi pilihan kepada syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) atau Kerajaan Kelantan dalam melaksanakan usaha baik pulih cerun runtuh berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah di Tanah Merah dekat sini. Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kedua-dua pihak boleh memilih untuk melaksanakan usaha […]

Continue Reading

BN terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik dan gabungan parti politik di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu akan datang. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah mengadakan banyak kali perbincangan dengan parti-parti berkenaan dan bukan setakat satu parti sahaja. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri […]

Continue Reading

Anwar dijangka terima pengiktirafan kepimpinan, sumbangan di

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menerima ijazah doktor kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangannya di pentas global. Pada hari ketiga lawatan rasminya ke Russia, Anwar turut dijadualkan memberikan syarahan umum di MGIMO iaitu sebuah akademi diplomatik terulung di negara tersebut. Sebaik selesai […]

Continue Reading

Jangan buruk-burukkan calon lain – Fahmi

SHAH ALAM: Calon dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa menjaga adab dan tidak memburuk-burukkan saingan sepanjang proses pemilihan bagi sesi pimpinan 2025-2028 pada 24 Mei ini. Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, keseluruhan anggota dan pimpinan sama ada yang menang atau kalah diperlukan untuk mengumpulkan semula kekuatan parti terutama bagi mendepani Pilihan […]

Continue Reading

‘Kalau tak menang, saya tetap teruskan kerja’

SHAH ALAM: Calon Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tetap akan meneruskan usaha mendekati rakyat untuk mencadangkan dasar kepada kerajaan sekiranya nasib tidak memihak kepadanya. Menurut penyandang Naib Presiden itu, beliau berniat menyertai politik kerana mahu membaiki kehidupan masyarakat dengan membawa khidmat parti kepada mereka. “Kenapa kita sibuk masuk politik, […]

Continue Reading

Jika ikhlas ingin Nurul Izzah menang, Rafizi sepatutnya tarik diri

BESUT:  Datuk Seri Rafizi Ramli seharusnya menarik diri lebih awal dan tidak perlu bertanding jika ‘ikhlas’ ingin melihat Nurul Izzah Anwar menang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu. Pengerusi PKR Terengganu, Ahmad Nazri Mohd. Yusof berkata, pertembungan antara dua tokoh parti itu menimbulkan kekeliruan kepada ahli dan perwakilan PKR ekoran […]

Continue Reading

‘Beliau jugalah menyeru saya bertanding Timbalan Presiden’

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut turut dibuat atas nasihat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. Katanya, beliau menerima nasihat tersebut atas dasar hormat meskipun Hassan sebelum ini menjadi pengkritiknya ketika di Pejabat Perdana Menteri.  Malah beliau menyifatkan Hassan sebagai seorang berjiwa pemberontak […]

Continue Reading

Gerakan gesa tangguh dulu penyasaran subsidi

PETALING JAYA: Kerajaan wajar menangguhkan penarikan balik bantuan dan subsidi yang dirancang ke atas kumpulan T15 pada ketika ini. Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, sehingga kini, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak membuat sebarang ketetapan terhadap kumpulan berkenaan malah menteri yang sama dilihat sibuk dengan urusan kepartian semata-mata. “Sistem Pangkalan Data […]

Continue Reading

Keputusan tidak bertanding demi lihat PKR terus kuat, stabil

PUTRAJAYA: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan keputusannya tidak merebut jawatan nombor dua PKR dibuat demi kepentingan dan kelangsungan parti. Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, sebagai pendiri parti, beliau mahu melihat parti ini terus kuat dan stabil kerana pemilihan kali ini berbeza, malah PKR berada dalam kerajaan. Beliau yang juga Menteri […]

Continue Reading

Wujudnya PKR sebab insiden ke atas ‘batang tubuh’ Anwar

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak bersetuju dengan naratif dibawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli kononnya kalahnya Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan nanti seperti penolakan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri Dalam Negeri itu malah menyanggah kenyataan dibuat Rafizi itu kerana wujudnya Parti Keadilan Rakyat […]

Continue Reading

Rafizi minta pengundi pilih Nurul Izzah?

KULIM : Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat mula memainkan kempen secara psikologi terbalik dalam usaha mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR apabila meminta agar undi itu diberikan kepada lawannya iaitu Nurul Izzah Anwar. Menurut Rafizi, beliau tidak mempunyai pilihan apabila terpaksa menentang Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua dalam PKR dan perlu berbuat demikian demi […]

Continue Reading

Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi saingan sihat dalam ‘keluarga’

KEMAMAN: Pertembungan antara Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dilihat sebagai persaingan sihat dalam sebuah ‘keluarga’.  Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yakin pertembungan dua nama besar itu tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan ahli parti, malah pemilihan itu akan berlangsung secara demokrasi.  […]

Continue Reading

UMNO mesti elak retorik lapuk

KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh bergantung kepada pendekatan lapuk dalam menghadapi cabaran politik masa kini yang semakin kompleks dan sukar diramal. Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik negara sudah berubah secara menyeluruh pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan tiada lagi dominasi mutlak oleh mana-mana parti politik. Katanya, dalam situasi […]

Continue Reading

Rafizi guna podcast jawab isu

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menggunakan platform audio siar Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri? bagi menjawab segala persoalan melibatkan beliau menjelang pemilihan parti pada 24 Mei ini. Pelbagai isu disentuh beliau termasuk soal mengambil cuti sebagai Menteri Ekonomi, masa depannya jika tewas dalam pertembungan satu lawan satu menentang Nurul Izzah […]

Continue Reading

Nurul Izzah perlu sedia galas tanggungjawab

PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar perlu bersedia menggalas tanggungjawab besar sekiranya berjaya memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu kelak. Penganalisis Politik, Dr. Azmi Hassan berkata, walaupun isu utama bukan terletak pada pencalonan semata-mata, beban tanggungjawab yang perlu ditanggung selepas kemenangan adalah perkara yang perlu diberikan perhatian. Katanya, kedudukan sebagai Timbalan […]

Continue Reading

‘Kami pemimpin muda diasuh erti perjuangan’

KUALA LUMPUR: Program Sekolah Patriotik UMNO (SPU) berkesan melahirkan belia berjiwa negara apabila seramai 48 pelajar kumpulan pertama berjaya menamatkan pengajian mereka. Ketua Pelajar Sekolah Patriotik UMNO, Ameerul Zafran Saiful Amir berkata, mereka bukan sekadar pelajar tetapi pejuang muda yang diasuh untuk memahami makna sebenar perjuangan parti. “Perjuangan dalam UMNO bukan semata-mata berkisar kepada kuasa […]

Continue Reading

Warisan sanggup ambil risiko kurangkan kerusi akibat bertanding secara solo

PETALING JAYA: Parti Warisan Rakyat Sabah (Warisan) sanggup mengambil risiko terutama kemungkinan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi mengecil kerana memilih bergerak secara bersendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang dijangka berlangsung tahun ini. Kebarangkalian itu melihat kepada duluan yang menyaksikan sembilan kerusi Warisan pernah menang, namun menyusut kepada tiga kerusi Parlimen […]

Continue Reading

Semua calon bertanding telah disaring

PETALING JAYA: Semua ahli PKR yang bertanding dalam Pemilihan kali ini telah disa­ring dan disemak latar belakang mereka. Ia termasuk 36 individu yang dicadang pemecatan keahlian mereka kerana disyaki masih aktif dalam parti politik lain walaupun telah menyertai PKR. Bagaimanapun, ­Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu seramai 28 ahli sudah di­tamatkan […]

Continue Reading