Tidak puas hati keputusan pemilihan, 14 AJK PKR Lenggong letak jawatan

LENGGONG: Seramai 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Lenggong termasuk Naib Ketuanya meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti itu pada bulan lalu. Kesemua mereka menang jawatan masing-masing semasa pemilihan pada 13 April lalu. Wakil mereka, Abdul Malik Abd. Rahman mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ketidaktelusan proses pemilihan serta pelantikan […]

Continue Reading

Loy Sian tawar diri bagi jawatan Naib Presiden PKR

SHAH ALAM: Bekas ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor, Hee Loy Sian menyertai senarai pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihannya dalam kongres nasionalnya 23 hingga 25 Mei ini. Beliau yang memegang jawatan terakhir sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada penggal lalu menawarkan khidmat dan pengalaman dalam kepemimpinan di […]

Continue Reading

Wan Hasifi tawar diri rebut jawatan Naib Ketua AMK

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Cabang Subang, Dr. Wan Hasifi Amin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti bulan ini. Beliau yang juga seorang usahawan berkata, minat berpolitik anak muda kini semakin merosot kerana beranggapan ia tidak relevan dengan kehidupan harian. Menurutnya, PKR yang berlandaskan semangat […]

Continue Reading

Tindakan Armada berterusan pertikai cuti Rafizi dipersoal

KLANG: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Bersatu (Bersatu) dipersoal selepas dilihat membuat serangan berterusan terhadap tindakan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli yang sedang bercuti ketika ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Mohamad Shahrul Adnan berkata, serangan tersebut tidak sepatutnya timbul lagi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar […]

Continue Reading

7 pemimpin GRS komited kemenangan PRN Sabah

PETALING JAYA: Tujuh presiden parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan komitmen bersama bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan itu akan kekal bersatu sebagai satu keluarga untuk membawa kemajuan di Sabah. Katanya, beliau menghargai kepercayaan dan semangat ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti dalam satu […]

Continue Reading

Enam ketua cabang PKR Negeri Sembilan sokong Nurul Izzah

SEREMBAN : Enam Ketua Cabang PKR Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah Anwar sebagai Calon Timbalan Presiden. Mereka tersebut Ketua Cabang Rembau, Jufitri Joha; Ketua Cabang Jelebu, Zainal Fikri Abd. Kadir; Ketua Cabang Seremban, Noor Iskandar Mohamad Noor; Ketua Cabang Rasah, Ahmad Izuddin Ismail; Ketua Cabang Kuala Pilah, Ismail Muhamad Nor dan Ketua Cabang […]

Continue Reading

Rafizi akui pernah nyata hasrat letak jawatan menteri, tidak

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui pernah menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri untuk melepaskan jawatannya dalam Kabinet dan parti demi memberi tumpuan kepada kempen akar umbi bagi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR sebanyak dua kali, Rafizi berkata, […]

Continue Reading

12 daripada 14 Ketua AMK Cabang Pahang sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden PKR

KUANTAN: Seramai 12 daripada 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pahang menyatakan sokongan penuh dan terbuka terhadap Nurul Izzah Anwar sebagai calon timbalan presiden PKR bagi sesi 2025–2028. Ketua AMK Cabang Indera Mahkota, Ahmad Saifullah Razali berkata, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merupakan tokoh reformasi yang berprinsip, progresif dan […]

Continue Reading

Tanding Timbalan Presiden, Nurul Izzah mampu kukuhkan PKR

KOTA BHARU: PKR Kelantan melihat Nurul Izzah Anwar sebagai individu yang paling layak menggalas tanggungjawab sebagai timbalan presiden parti itu jika diberi mandat oleh perwakilan pada pemilihan 24 Mei ini. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kelantan Datuk Sri Mohamad Suparadi Md. Noor berkata, kehadiran pemimpin yang sudah jatuh bangun selama 25 tahun bersama PKR itu […]

Continue Reading

Nurul Izzah calon terbaik jawatan Timbalan Presiden

IPOH: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini. Beliau menyifatkan Nurul Izzah sebagai pemimpin yang selayaknya untuk menyambung perjuangan bagi menjamin kelangsungan parti. Justeru, kata beliau, dalam usaha parti mengolah amanah dan harapan rakyat saat ini, ketokohan […]

Continue Reading

Rafizi sedia ditentang Izzah, Saifuddin

PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli sedia mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan kali ini, meskipun perlu berhadapan dengan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Menteri Ekonomi itu berkata, beliau mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan itu dan akan turut serta menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti. Katanya, […]

Continue Reading

Rafizi gesa JPP baiki kelemahan sistem pemilihan digital peringkat cabang

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem pemilihan digital yang dibangkitkan di peringkat cabang tidak berulang menjelang pemilihan 24 Mei ini. Rafizi berkata, JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem berjalan dengan lancar untuk mengelakkan […]

Continue Reading

Tidak timbul soal nepotisme – Fahmi

PUTRAJAYA: Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tidak timbul soal nepotisme berhubung pencalonan dan sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ini kerana Nurul Izzah sendiri ketika ini merupakan Naib Presiden PKR. “Tak pernah (kerana) Nurul Izzah sekarang adalah Naib […]

Continue Reading

PKR Wilayah Persekutuan sokong Nurul Izzah penyambung perjuangan reformasi

PETALING JAYA: 13 pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi bagi mengangkat Nurul Izzah untuk terus menyambung obor perjuangan reformasi dengan memikul tanggungjawab Timbalan Presiden bagi pemilihan sesi 2025-2028. Mereka ialah Ketua Cabang Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin; Ketua Cabang Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Cabang Putrajaya, Muhammad […]

Continue Reading

Sokongan terbuka terhadap Nurul Izzah bukti PKR rai demokrasi

SEREMBAN: Sokongan terbuka daripada peringkat cabang dan pemimpin PKR terhadap Nurul Izzah Anwar untuk dicalonkan sebagai timbalan presiden membuktikan parti itu meraikan demokrasi.  Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, menjadi hak masing-masing untuk menyatakan sokongan kepada siapa sahaja dalam pemilihan peringkat parti “Kita raikan demokrasi, siapa mahu cadang […]

Continue Reading

AMK Perlis sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

KANGAR: Selain kebanyakkan pemimpin cabang di seluruh negara, gelombang menyokong Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini terus memuncak di peringkat sayap parti dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri juga menyatakan sokongan sama. Ketuanya, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin berkata, Nurul Izzah bukanlah nama baharu dalam perjuangan reformasi parti, malah sejak […]

Continue Reading

Calon Timbalan Presiden PKR perlu nyata pendirian

TUMPAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menuntut semua calon yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden menyatakan pendirian mereka menjelang pemilihan parti itu. Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan,  Mohamad Zamaksari Ibrahim berkata, sehingga kini belum ada calon yang menyatakan kesediaan untuk bertanding sedangkan tarikh akhir menyerahkan borang pencalonan adalah esok. “Situasi ini menimbulkan keresahan […]

Continue Reading

Fadhlina sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek menyatakan sokongannya terhadap Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden parti itu. Katanya, ia bertepatan dengan kehendak akar rumput Keadilan yang menginginkan perubahan dalam parti yang berpaksikan kestabilan, kesinambungan dan kesetiaan kepada parti. “Saudari Nurul Izzah adalah tokoh pimpinan muda yang lahir dalam arus centang […]

Continue Reading

PKR Pahang sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

KUANTAN : Selepas Selangor dan Melaka, kini PKR Pahang memberikan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah Anwar bertanding sebagai timbalan presiden parti itu bagi sesi 2025-2028. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Rizal Jamin berkata, sokongan itu untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan perjuangan parti itu dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang yang semakin kompleks. […]

Continue Reading

Wanita PKR Pulau Pinang sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

GEORGE TOWN : Wanita PKR Pulau Pinang hari ini menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap cadangan untuk melihat Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini. Ketuanya, Nurhidayah Che Rose berkata, sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, Nurul Izzah telah menunjukkan kepimpinan yang berwibawa dan komitmen […]

Continue Reading