Pelabur asing jual bersih ekuiti RM1.07 bilion tempatan minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing terus menjual bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM1.07 bilion bagi minggu kesembilan berturut-turut pada minggu lalu, menurut MIDF Research. Firma penyelidikan itu berkata, mereka merekodkan jualan bersh setiap hari pada minggu lepas, dengan aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Selasa sebanyak RM368 juta. Katanya, ia diikuti pada Jumaat  sebanyak RM235.2 juta, Isnin (RM176.3 […]

Continue Reading

Perkara biasa jurulatih tinggalkan BAM

PETALING JAYA: Tindakan tiga jurulatih kelahiran Malaysia menyertai Persatuan Badminton Hong Kong pada Februari ini bukan sesuatu perkara yang mengejutkan kerana perkara itu sering berlaku sebelum ini. Itu pandangan yang diberikan oleh bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj apabila memberitahu selain tawaran gaji yang lumayan, kebolehan untuk bekerja bersama individu […]

Continue Reading

Zahid ucap tahniah pesilat negara menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pesilat negara V. Thamaraj yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 bagi kategori bebas putera di Abu Dhabi , Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. Timbalan Perdana Menteri berkata, Thamaraj mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan pesilat Uzbekistan Khudoyberdiev Diyobek untuk membawa pulang pingat emas dan […]

Continue Reading

Bursa Malaysia dibuka positif

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menaik 0.56 mata kepada 1,594.04 pada pukul 9.04 pagi hari ini, berbanding 1,591.41 pada penutup Jumaat. Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,594.10. Jumlah dagangan sebanyak 137.69 juta unit bernilai RM47.28 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 159 berbanding 139 dengan 245 kaunter tidak berubah dan 1,89 […]

Continue Reading

Hannah gesa atlet tidak ambil jalan singkat

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan memberi peringatan kepada semua atlet negara untuk meraih kemenangan dalam apa jua sukan yang diceburi dengan bermaruah dan berintegriti agar kejayaan yang dilakar dapat dibanggakan dan dihormati. Hannah Yeoh berkata, semua atlet negara tidak boleh menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan wang dan kekayaan dengan terbabit dalam salah laku seperti […]

Continue Reading

Skuad ‘tempang’, KL City sudah jangka tewas

JOHOR BAHRU: Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Miroslav Kuljanac bagaikan sudah menjangka pasukannyan akan tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila beraksi dengan skuad ‘tempang’. Kuljanac berkata, ketiadaan beberapa pemain utama termasuk Paulo Josue, Haqimi Azim Rosli dan Declan Lambert yang baru pulang dari kem Harimau Malaya amat dirasai dan terdapat […]

Continue Reading

Terengganu tidak boleh terlalu hormati JDT

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) perlu membuat persiapan rapi untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 17 Januari ini. Dalam masa yang sama, ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali percaya anak-anak buahnya akan memberikan komitmen penuh untuk beraksi cemerlang dalam pertarungan itu. Badrul Afzan berkata, beliau akan melihat semula […]

Continue Reading

JDT tidak gentar tentang mana-mana pasukan

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui tidak gentar untuk berdepan mana-mana pasukan untuk mempertahankan Piala Malaysia. Harimau selatan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dengan agregat 6-1. Biarpun lawan menggunakan taktik ‘parkir bas’ pada aksi kedua suku […]

Continue Reading

Piala Malaysia: Sri Pahang ke separuh akhir

KUANTAN: Sri Pahang berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perak FC dengan agregat 4-3 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam ini. Kedua-dua pasukan bermula agresif terutama penyerang Perak FC dalam usaha memburu gol penyamaan selepas tewas 0-1 pada pusingan pertama di Manjung. Bagaimanapun Manuel Hidalgo berjaya melakukan gerakan sebelah kanan dari […]

Continue Reading

Bournemouth malukan United di Old Trafford

MANCHESTER: Manchester United bakal menyambut Krismas dengan suasana suram selepas tumpas 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford, sebentar tadi. Keputusan itu sekali gus menyaksikan Ruben Amorim tumpas buat kali keempat dalam sembilan perlawanannya sejak dilantik sebagai pengurus baharu United. Dalam aksi itu, Bournemouth mendahului separuh masa pertama menerusi Dean Huijsen pada minit ke-29 menerusi tandukan […]

Continue Reading

Selangor ke separuh akhir Piala Cabaran

PETALING JAYA: Selangor FC mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Cabaran apabila membenam Kelantan Darul Naim (KDN) FC 8-1 secara agregat pada peringkat suku akhir. Dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petakling Jaya (MBPJ) sebentar tadi, Selangor FC menang 3-0, terdahulu Gergasi Merah menang bergaya 5-1 dalam perlawanan pertama. Dalam aksi berkenaan, […]

Continue Reading

Kerajaan Perpaduan boleh menang jika ada kesetiaan, tidak ‘menyeberang’ – Ahmad Zahid

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan boleh memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya aspek kesetiaan kepada parti diberikan keutamaan. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, BN akan terus memberikan komitmen iaitu untuk bersama Kerajaan Perpaduan dan mewujudkan kerajaan yang stabil sehingga PRU Ke-16. Sehubungan itu, beliau berharap, pandangan dan pendapat kepemimpinan […]

Continue Reading

NSFC beralih fokus ke saingan liga

PETALING JAYA: Selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini, jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Nanthakumar mahu mengalihkan tumpuannya kepada Liga Super. Bekas pertahanan Perak itu tekad untuk membantu pasukannya menamatkan saingan Liga Super musim ini sekurang-kurangnya berada di tangga kesembilan atau ke-10.   NSFC kini berada di tangga tercorot liga selepas mengutip enam mata […]

Continue Reading

Oblak gembira tewaskan Barca di tempat lawan

BARCELONA: Penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak mengakui tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas melihat pasukannya itu melakar kemenangan 2-1 ke atas Barcelona di tempat lawan dalam aksi La Liga, semalam. Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Pedri sebelum Rodrigo De Paul dan Alexander Sorloth masing-masing menjaringkan gol untuk Atletcio dan kemenangan tersebut […]

Continue Reading

Hannah kutuk insiden kekecohan di stesen LRT

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk perbuatan segelintir penyokong bola sepak yang mencetuskan kekecohan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat lalu. Hannah berkata kemudahan yang disediakan Prasarana sewajarnya digunakan malah dijaga dengan baik dan ia tidak boleh dirosakkan dengan sewenang-wenangnya. “Jadi kalau mereka lihat …ini aset Prasarana […]

Continue Reading

Terima kasih Pau Marti

PETALING JAYA: Kegagalan melangkah ke separuh akhir Piala ASEAN 2024 menyaksikan tempoh perkhidmatan Pau Marti Vicente bersama Harimau Malaya berakhir dengan episod ‘duka’. Bagaimanapun, tempoh hampir dua tahun jurulatih kelahiran Sepanyol bersama Harimau Malaya sejak menjadi penolong jurulatih pada era Kim Pan Gon perlu diakui banyak membawa perubahan. Malah, Pau Marti yang dilantik mengemudi Harimau […]

Continue Reading

Berbasikal trek perlu ada dalam Sukma- Beasley

PETALING JAYA: Pengarah teknikal skuad berbasikal trek negara, John Beasley, menggesa perubahan dalam model pembangunan sukan berbasikal trek di Malaysia bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan sukan terbabit. Menurut Beasley, sukan berbasikal trek negara berdepan cabaran besar disebabkan kekurangan velodrom, sekali gus menjadi salah satu faktor yang menghalang perkembangan sukan ini. Beasley turut menyatakan kebimbangan selepas […]

Continue Reading