Cklamovski, Nafuzi kena ‘satu kepala’

PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali percaya ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski dan pengendali pasukan bawah 23 (B-23) negara, Nafuzi Zain perlu bergerak seiring bagi memantapkan Harimau Malaya. Bekas pemain Selangor itu berkata, kedua-dua individu tersebut merupakan dua watak penting dalam menentukan corak permainan Harimau Malaya pada masa akan datang. “Dia (Cklamovski) mempunyai […]

Continue Reading

Fitch Ratings kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+

PETALING JAYA: Fitch Ratings (Fitch) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan ‘stabil,’ dipacu momentum pertumbuhan kukuh dan meluas, kestabilan politik, lebihan akaun semasa secara berterusan dengan pelaburan langsung asing yang teguh serta penurunan defisit fiskal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengekalan penarafan kredit berdaulat itu merupakan satu pengiktirafan terhadap kemajuan […]

Continue Reading

Vanzo catat premium 16.7% di Pasaran ACE

PETALING JAYA: Vanzo Holdings Bhd. (Vanzo) memulakan dagangan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 17.5 sen sesaham, premium 2.5 sen atau 16.7 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 15 sen sesaham. Vanzo telah berjaya mengumpul hampir RM21 juta daripada IPO, dimana hasil kasar daripada terbitan awam berjumlah RM14 juta akan diperuntukkan […]

Continue Reading

Jun Hao bukan lagi pemain ‘yo-yo’

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mula menunjukkan tanda kebangkitan selepas prestasinya yang sering turun naik sepanjang tahun ini sekali gus mampu mencapai tahap tertinggi menjelang musim baharu 2025. Jun Hao yang digelar pemain ‘yo-yo’ kerana prestasi turun naik sebelum ini, mencipta kejutan apabila muncul naib juara pada Kejohanan Masters Jepun 2024, […]

Continue Reading

Gentari, Mastercard bekerjasama promosi EV di Asia Pasifik

PETALING JAYA: Penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari), melalui anak syarikatnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, dan Mastercard mengumumkan kerjasama untuk mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Asia Pasifik. Kedua-dua syarikat itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk sama-sama meneroka pengiklanan, pemasaran dan promosi lain, serta peluang untuk melaksanakan penyelesaian pembayaran digital yang selamat […]

Continue Reading

Penganjur sukan permotoran perlu utamakan keselamatan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru semua penganjur sukan permotoran untuk mengutamakan keselamatan peserta dalam setiap acara yang dianjurkan. Hannah berkata, MAM telah berusaha keras mengeluarkan garis panduan untuk membantu penganjur, termasuk untuk acara drag dan berharap semua pihak akan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama. “Kematian pemandu itu […]

Continue Reading

Harga CPO dijangka kekal melebihi RM4,800

PETALING JAYA: Pemulihan harga minyak kacang soya dijangka memberikan sokongan berterusan kepada harga minyak kelapa sawit (CPO), mengekalkannya melebihi RM4,800 pada Disember. Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, sejauh mana kenaikan harga itu bergantung kepada keadaan bekalan di Malaysia dan Indonesia. “Ini terutamanya jika musim monsun yang teruk berterusan sepanjang Disember, […]

Continue Reading

Pemain warisan kuatkan Harimau Malaya

PETALING JAYA: Harimau Malaya dijangka berubah wajah selepas ini apabila bakal menggunakan lebih ramai pemain berdarah kacukan untuk mewakili skuad kebangsaan. Biarpun usaha itu bakal menimbulkan suasana ‘tidak senang’ dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, namun ia antara langkah terbaik untuk menguatkan Harimau Malaya. Tiada lagi istilah ‘anak jati’ dalam dunia bola sepak moden kerana […]

Continue Reading

MCS 2024 buka potensi peluang perdagangan, pelaburan lebih RM2 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan Malaysia-China 2024 (MCS 2024) yang menghimpunkan peserta dari Malaysia, China dan ASEAN mempunyai potensi peluang perdagangan dan pelaburan melebihi RM2 bilion. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, MCS 2024 akan menampilkan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) oleh Matrade, memudahkan mesyuarat perniagaan yang telah diatur terlebih […]

Continue Reading

Josue bantu KL City kutip tiga mata

KUALA LUMPUR: Keputusan Kuala Lumpur (KL) City FC memanggil pulang kaptennya, Poulo Josue membuahkan hasil apabila pemain Harimau Malaya itu meledak satu gol ketika mambantu pasukan membenam Negeri Sembilan FC 2-1 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi. Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, Josue tidak menunggu lama untuk membuktikan ketajaman penyudahnya apabila penyerang […]

Continue Reading

Sri Pahang ‘liat’, JDT berhempas pulas menang 3-1

ISKANDAR PUTERI:  Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhempas pulas untuk menjinakkan skuad Tok Gajah 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi. Kemenangan itu membolehkan JDT mengutip 46 mata daripada 16 perlawanan, melebarkan kedudukan kepada 11 mata daripada pencabar terdekat, Selangor FC yang mengutip 35 mata. Selaku pasukan pelawat, anak buah […]

Continue Reading

Thailand benam Singapura 4-2, Malaysia tarik nafas lega

PETALING JAYA: Thailand bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Singapura 4-2 dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional, Kallang, sebentar tadi. Kemenangan berkenaan membolehkan Thailand mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan untuk menerajui Kumpulan A. Dengan keputusan itu, Harimau Malaya juga boleh menarik nafas lega, […]

Continue Reading

Dua gol Fortes bantu Selangor benam Perak

LUMUT: Selangor FC mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas menundukkan Perak FC  2-1 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini. Sebaliknya, kekalahan itu menyaksikan Perak kemarau kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut. Dua jaringan Alvin Fortes masing-masing pada babak pertama dan kedua perlawanan membolehkan Selangor mengumpul 35 mata daripada 16 […]

Continue Reading

Jika patuh ‘rule of law’, Najib pasti diberi kebebasan penuh – PSAP

KUANTAN: Kegagalan mematuhi ‘rule of law’ dan proses perundangan menyebabkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan hak untuk mendapat keadilan sewajarnya bagi membela dirinya dengan sempurna. Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, sedangkan sejak mula dibicarakan, bekas Perdana Menteri itu melalui proses perbicaraan dengan sabar walaupun penuh ranjau […]

Continue Reading

Victor pening beberapa tonggak tidak dapat diturunkan

ALOR SETAR: Dalam keadaan pasukan dilanda 1,001 masalah, pengendali sementara Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag berdepan satu lagi dugaan besar apabila beberapa tonggak utama dijangka tidak dapat beraksi menentang Penang FC, malam esok. Menurut Victor, ketika ini penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad sudah pasti tidak dapat diturunkan kerana masih belum pulih daripada kecederaan […]

Continue Reading

Harimau Malaya dapat suntikan DNA Australia

PETALING JAYA: Layak ke Piala Asia 2027 dan tembusi kelompok ranking ke-100 dunia menjadi dua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) awal yang perlu dicapai pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski. Bekas pengurus FC Tokyo itu akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Januari tahun depan dan pemilihannya dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan penilaian sebagai jurulatih […]

Continue Reading

Tiga tugas besar menanti Nafuzi

PETALING JAYA: Pengendali baharu skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain akan berdepan tiga tugas besar bermula tahun hadapan. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, sentuhan jurulatih berusia 46 tahun itu diharap dapat membuat skuad B-23 tampil lebih garang di peringkat antarabangsa. “Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC itu dilantik bagi memastikan kesinambungan […]

Continue Reading

SCIP terajui pengurusan sisa mampan

PETALING JAYA: Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd. menetapkan tahap baharu bagi komuniti yang mengutamakan alam sekitar dan melancarkan sistem pengurusan sisa mampan berasaskan awan yang pertama di Johor. Menurut kenyataannya, sistem berasaskan awan yang inovatif memperkasa kerja pemantauan dan analisis data kitar semula SCIP di seluruh perbandaran. Dengan platform […]

Continue Reading