Bank Islam lancar kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth yang direka untuk memenuhi cita rasa khas pelanggan mewah (Premier Wealth) sebagai sebuah simbol kemewahan dan kecanggihan.  Kad kredit eksklusif hanya melalui jemputan ini menyediakan gabungan unik keistimewaan dan manfaat yang kompetitif dan meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga […]

Continue Reading

Lantikan baharu MPT bukti Bersatu tidak ketandusan pemimpin

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan yakin barisan kepimpinan yang baharu dilantik dapat memperkukuh parti  mendepani pilihan raya akan datang. Katanya, pelantikan itu juga ia membuktikan Bersatu tidak ketandusan pemimpin untuk mentadbir parti mahupun negara. “Bersatu mampu menawarkan ramai tokoh yang segar dan bersemangat, termasuk muka-muka […]

Continue Reading

Anis tolak pramugari demi basikal trek

MEMILIKI wajah yang cantik menawan serta ketinggian persis model yang menjadi ‘aset’ dan pakej lengkap buat pelumba berbasikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi. Atlet kelahiran Kangar, Perlis itu mendedahkan bahawa jika bukan kerana sukan berbasikal, dia mungkin kini berkhidmat di atas awan sebagai seorang pramugari. Anis yang memiliki ketinggian 1.78 meter, sering menjadi perhatian […]

Continue Reading

Skuad hoki dalam dewan sasar ke suku akhir Piala Dunia 2025

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan negara perlu membuktikan sesuatu dalam kempen Piala Dunia 2025, biarpun tidak diletakkan sebarang sasaran oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). Ketua jurulatih negara, Rodzhanizam Mat Radzi berkata, dia bersama barisan kejurulatihan dan pemain secara peribadi menetapkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir kejohanan. Kejohanan yang berlangsung di Porec, Croatia […]

Continue Reading

‘Terima kasih percayakan saya’- Joehari

PETALING JAYA: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub bersedia membalas kepercayaan yang diberikan ahli gabungan terhadapnya selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden badan induk itu bagi penggal 2025-2029. Joehari bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin pada kongres berkenaan pada […]

Continue Reading

Bakal presiden baharu FAM, Terima kasih percaya saya- Joehari

PETALING JAYA: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan yang mencalonkan beliau sebagai preisden baharu badan induk itu. Jelasnya, kepercayaan dan keyakinan berkenaan akan dibalas dengan memberikan perkhidmatan terbaik sebaik sahaja mula bertugas kelak. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan FAM yang […]

Continue Reading

Sze Fei-Izzuddin wakil tunggal Malaysia mara ke final Terbuka India

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi wakil tunggal negara mara ke final selepas menyingkirkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, India, hari ini. Gandingan No. 3 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas wakil tuan rumah yang menghuni ranking […]

Continue Reading

Nunez muncul wira Liverpool

LONDON: Pemain gantian, Darwin Nunez muncul wira Liverpool apabila meledak dua gol pada masa kecederaan ketika The Reds menumpaskan Brenford 2-0, sebentar tadi. Pengurus Liverpool, Arne Slot memasukkan Nunez pada minit ke-65 bagi menggantikan Luiz Diaz bagi menguatkan lagi barisan hadapan untuk memburu jaringan. Penyerang Uruguay itu membalas kepercayaan Slot apabila meledak gol pertama pada […]

Continue Reading

Bournemouth tamatkan aksi cemerlang Newcastle

NEWCASTLE: Newcastle United gagal meneruskan rentak cemerlang di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tumbang 4-1 kepada Bournemouth di laman sendiri, malam ini. Pemain tengah Bournemouth, Justin Kluivert meledak hatrik untuk menamatkan catatan enam kemenangan berturut-turut Newcastle dalam saingan EPL musim ini. Dalam perlawanan itu, Alexander Isak juga gagal meledak sebarang gol untuk Newcastle selepas menjaringkan […]

Continue Reading

Peluang Sabah, Sri Pahang ke final masih terbuka

KOTA KINABALU: Sabah FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia selepas seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Likas, sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk memburu tempat ke final dengan aksi separuh akhir kedua bakal berlangsung di Stadium Temerloh pada 2 Februari, menjadi […]

Continue Reading

Irfan Bakti mahu manfaat semangat ‘gila bola’ rakyat Kelantan

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW), Irfan Bakti Abu Salim bertekad membawa Kelantan ke persada Liga Malaysia (Liga M) bagi mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi rakyat di negeri Serambi Mekah ini. Irfan berkata, apabila bersama pasukan yang mewakili Kelantan, maka tiada masa untuk bereksperimen sebaliknya perlu terus mengembling usaha selain memanfaatkan sepenuhnya semangat […]

Continue Reading

Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon tersingkir di separuh akhir

PETALING JAYA: Dua beregu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas di separuh akhir selepas tunduk kepada lawan masing-masing pada Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, India, hari ini. Pearly-Thinaah yang menghuni ranking No. 7 dunia terpaksa akur dengan kekalahan straight set di tangan beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong […]

Continue Reading

BS Freshmart labur RM32.9 juta lengkap 30 cawangan

KUALA SELANGOR: Syarikat Pasaraya BSK Sdn. Bhd. (BS Freshmart) bersama anak syarikatnya melabur sebanyak RM32.9 juta dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka termasuk pembukaan lima cawangan baharu yang disasarkan pada tahun ini. Pelaburan tersebut turut melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi sektor perikanan yang menjadi fokus pasar raya berkenaan bagi pemasaran barangan keperluan […]

Continue Reading

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat untuk melabur di Forest City selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Zon Kewangan Khas Forest City (Forest City SFZ) pada 25 Ogos 2023. Timbalan Presiden Country Garden Pacificview Sdn. Bhd., Syarul Izam Sarifudin yakin tahun ini bakal menyaksikan perubahan signifikan dalam pembangunan […]

Continue Reading

Petronas Lubricants International lancar minyak enjin LCV baharu

PETALING JAYA: Petronas Lubricants International melancarkan rangkaian minyak enjin PETRONAS Urania Kenderaan Komersial Ringan (LCV) untuk memenuhi keperluan unik pasaran LCV tempatan. Minyak enjin PETRONAS Urania LCV yang baharu, diformulasikan dengan teknologi Strong Tech™, membolehkan kenderaan terus bergerak lebih lama tanpa memerlukan servis yang kerap. Ini akan menghasilkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, selang penukaran […]

Continue Reading

Berjaya Group cari rakan kongsi tempatan bagi projek HSR

KLANG: Berjaya Group berminat untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan dalam konsortium bagi membida Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura.  Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan berkata, beliau lebih tertarik untuk mencari rakan kongsi tempatan berbanding pemain asing.  “Saya lebih suka (prefer) konsortium tempatan,” katanya kepada pemberita ketika […]

Continue Reading

FMOS perkukuh penyelesaian pertikaian kewangan, pelaburan

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) memperkenalkan Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS), sebuah platform penyelesaian pertikaian yang menyeluruh untuk pengguna dan pelabur kewangan di Malaysia. FMOS menggabungkan fungsi Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC), menyediakan perkhidmatan pengantaraan dan adjudikasi secara bebas dan adil sebagai alternatif kepada […]

Continue Reading

Ekonomi negara dianggar berkembang 5.1 peratus pada 2024

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dianggar meningkat kepada 4.8 peratus pada suku keempat 2024, berikutan pertumbuhan yang lebih kukuh 5.3 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM). Bagi keseluruhan 2024, anggaran awal DOSM itu menunjukkan ekonomi negara berkembang 5.1 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada 2023. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir […]

Continue Reading

JDT hampiri final Piala Malaysia, benam Terengganu 4-0

KUALA TERENGGANU: Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di landasan terbaik untuk mempertahan kejuaraan Piala Malaysia selepas menundukkan  Terengganu FC (TFC) 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini. Dua jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi dan masing-masing satu  oleh Romel Morales  dan  Bergson da Silva di gelanggang lawan […]

Continue Reading