400 calon SPM SMK Bandar Baru Bangi terima sumbangan

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyumbangkan alat tulis kepada hampir 400 pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, sempena Majlis Restu Ilmu 2024, baru-baru ini. Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban pelajar yang memerlukan serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang bakal menduduki […]

Continue Reading

JS-SEZ mampu jadi mercu tanda pasaran hartanah Malaysia, Singapura

PETALING JAYA: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi satu mercu tanda yang mengubah pasaran hartanah di Malaysia dan Singapura, namun bergantung kepada komitmen diberikan kedua negara, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI. Kashif Ansari berkata, pihaknya menjangkakan ia akan memacu pelaburan langsung asing baharu, aktiviti pembuatan, pelancongan dan aktiviti hartanah […]

Continue Reading

Selangor Tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor

SHAH ALAM, 7 Jan (Bernama) — Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Semikonduktor negeri, sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang, sekali gus meletakkan negeri itu di hadapan dalam industri berkenaan. Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata pasukan petugas yang bakal dipengerusikannya itu akan […]

Continue Reading

‘Orang Langkawi sendiri semakin tidak selesa’

ALOR SETAR -Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah senada dengan kerajaan negeri berhubung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya secara mudah melalui perairan pulau peranginan itu. Mohd. Suhaimi berkata, sudah tiba masanya perkara itu disiasat secara telus termasuk mengenal pasti punca utama sebelum masalah lebih parah. “Tentulah ada (tali barut)…sesuatu yang tidak […]

Continue Reading

Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran penahanan Yoon

SEOUL – Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa meluluskan lanjutan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan susulan tindakan singkat beliau menguatkuasakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap. Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan lanjutan itu atas permintaan penyiasat dari Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Kanan (CIO) selepas waran asal tamat […]

Continue Reading

BERNAMA Radio – OPPO MALAYSIA PERKENAL SIRI OPPO RENO13, TELEFON PINTAR BERKUASA AI

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — OPPO Malaysia hari ini memperkenalkan siri telefon pintar berkuasa kecerdasan buatan (AI) terbaharu, OPPO Reno13, yang menampilkan model Reno13 Pro 5G, Reno13 5G, dan Reno13 F 5G. Pakar Reno, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, yang juga pelakon popular berkata telefon pintar itu dilengkapi dengan ciri-ciri AI bertaraf […]

Continue Reading

3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian berjaya disekat.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyekat lebih 3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian tahun lalu. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil  berkata, SKMM juga memproses hampir 12,000 aduan sekali gus ia satu pencapaian penting dan menunjukkan komitmen Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat. Katanya, usaha itu juga […]

Continue Reading

Legenda pecut negara ketuai PSPT UniMAP

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar langkah besar dalam arena sukan dengan pelancaran Projek Sukan Prestasi Tinggi (PSPT). Inisiatif ini bertujuan memperkasa pembangunan atlet bertaraf dunia dan memastikan kejayaan konsisten di pentas antarabangsa, sekaligus memperkukuhkan reputasi universiti di peringkat global. Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr Zaliman Sauli berkata, PSPT dirancang secara menyeluruh dengan menumpukan […]

Continue Reading

BERNAMA – Pelesenan Penyedia Platform Media Sosial, Pencapaian Penting Peraturan Dalam Talian Negara

KUALA LUMPUR, 7 Jan 7 (Bernama) — Langkah kerajaan mewajibkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) kepada semua penyedia perkhidmatan media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna, merupakan satu pencapaian penting kepada peraturan dalam talian negara, kata Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Derek John Fernandez. Beliau menyifatkan keperluan pelesenan itu sebagai pencapaian besar dalam […]

Continue Reading

Tiga kesan jika kerajaan terus bersikap ‘biar mahkamah selesaikan’

Muhammad Asri (dua dari kiri) ketika Wacana Sinar edisi 470 bertajuk ‘Politik 2025, Perpaduan Melayu dan Faktor Najib’ yang disiarkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. SHAH ALAM – Terdapat tiga kesan kepada kerajaan jika terus bersikap ‘biar mahkamah selesaikan’ dalam isu Titah Adendum termasuk dilihat gagal […]

Continue Reading

JS-SEZ Permulaan Transformasi Era Baharu Hubungan Ekonomi Malaysia-Singapura

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) — Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura. Timbalan Presiden Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputera Negeri Johor Zaini Atan berkata inisiatif itu juga bakal menyaksikan kepesatan pembangunan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada usahawan […]

Continue Reading

Vivian-Chiew Sien, Wei Chong-Kai Wun turut mara ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR: Beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien terus menceriakan peminat yang hadir di Axiata Arena, apabila muncul wakil Malaysia kedua yang meneruskan kemaraan ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, malam tadi. Pasangan yang menghuni ranking ke-43 dunia itu tidak berdepan masalah mengetepikan gandingan ke-62 dunia Cheng Yu Pei-Sun […]

Continue Reading

FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil

FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil. Tiga tonggak utama yang akan memacu transformasi menerusi MoC itu iaitu pertama dengan memperkasa pekebun kecil kerana kejayaan mereka penting bagi pertumbuhan dan kestabilan industri; kedua, memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap […]

Continue Reading

‘Situasi politik dinamik, UMNO tidak tolak kerjasama parti politik lain’ – Armand Azha

SHAH ALAM – UMNO tidak menolak kemungkinan sekiranya perlu bekerjasama dengan parti politik lain seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada masa akan datang. Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanafiah berpandangan, situasi politik yang dinamik ketika ini menyebabkan banyak perubahan berlaku, namun setiap keputusan memerlukan perbincangan terperinci pimpinan tertinggi parti. […]

Continue Reading

Padah Enggan Jual Minyak Masak Peket, Peniaga Berdepan Tindakan

IPOH, 7 Jan (Bernama) — Keengganan sebuah kedai runcit di Halaman Pasar dekat Taiping menjual minyak masak peket kepada pelanggan mengundang padah apabila premis itu dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam. Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan diambil menerusi operasi dijalankan pada 1 tengah hari […]

Continue Reading

Titah Adendum: Iswardy persoal tindakan pembangkang serang Anwar

SHAH ALAM – Setiausaha Koordinasi Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni mempersoalkan tindakan pembangkang menyerang dan mempersalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Titah Adendum. Iswardy mendakwa, gesaan supaya Anwar melepaskan jawatan bagi bertanggungjawab ke atas isu berkenaan tidak sepatutnya dilakukan memandangkan Peguam Negara yang perlu dipertanggungjawabkan. “Pembangkang sentiasa gunakan apa sahaja […]

Continue Reading

BERNAMA – ASEAN : JS-SEZ Bukti Komitmen Malaysia Terhadap Integrasi Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuktikan komitmen Malaysia terhadap usaha integrasi serantau, lebih tepat lagi ketika negara ini menggalas tugas  kepengerusian ASEAN pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Seiring dengan tema “Inklusiviti dan Kelestarian” ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia, beliau turut menegaskan keazaman negara ini untuk mengukuhkan hubungan serantau. […]

Continue Reading

Giliran Pearly-Thinaah tersingkir

KUALA LUMPUR: “Terima kasih kerana sudi datang, maaf kami tewas dan jangan serik sokong kami.” Itu kata-kata yang diluahkan Pearly Tan-M. Thinaah selepas mereka tewas mengejut di tangan beregu baharu digandingkan dari Indonesia, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-19, 14-21, 13-21 pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi. […]

Continue Reading

Lantik Pejabat Kemendikdasmen, Mendikdasmen Abdul Muti Tegaskan Komitmen Pendidikan untuk Semua

Ilustrasi(Dok BKHM Kemendikdasmen) KEMENTERIAN Pendidikan Dasar dan Menengah (Kemendikdasmen) melaksanakan Pelantikan Pejabat Manajerial Pejabat Pimpinan Tinggi Utama di Lingkungan Perpustakaan Nasional, Pejabat Pimpinan Tinggi Madya di Lingkungan Kementerian Pendidikan Dasar Dan Menengah, serta Penyerahan Keputusan Pengangkatan Ketua Harian Komisi Nasional Indonesia (KNIU) untuk UNESCO, di Graha Utama, Gedung A Kemendikdasmen, Jakarta, pada Selasa (7/1). Dalam […]

Continue Reading