Amanah bukan parti pinggiran Kerajaan Perpaduan

Mukadimah Kerap kali Parti Amanah Negara (Amanah) dimomokkan lawan sebagai parti pinggiran walaupun berada dalam kerajaan. Bagaimanapun, sangkaan sedemikian disanggah dan parti itu dijelas memainkan peranan unik dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Bersama wartawan MOHAMAD ATHIR ISMAIL Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), DATUK AIMAN ATHIRAH SABU menampan dakwaan tersebut. Parti lawan masih sifatkan Amanah […]

Continue Reading

JDT enggan ambil mudah cabaran Terengganu

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan mengambil mudah pertemuan dengan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super malam ini, biarpun berjaya menewaskan skuad Penyu itu dengan jaringan yang besar pada minggu lalu Pengendalinya, Hector Bidoglio berkata, barisan pemain ditagih untuk memberi komitmen penuh setiap perlawanan dan rekod perlawanan lalu tidak memberi sebarang makna kerana […]

Continue Reading

Perbelanjaan isi rumah dijangka meningkat 5.2 peratus pada 2025

PETALING JAYA: Malaysia dijangka akan terus mengalami pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna sepanjang 2025, dengan perbelanjaan isi rumah sebenar dijangka meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh persekitaran makroekonomi yang menggalakkan, menurut BMI, unit Fitch Solutions. Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan yang dijangkakan ini akan membawa perbelanjaan isi rumah kepada RM954.5 bilion, meningkat daripada […]

Continue Reading

‘UMNO, DAP retak menanti belah’

KANGAR: Pertembungan antara Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang berbalas serangan memberi isyarat hubungan dua parti itu ibarat retak menanti belah. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau percaya hubungan kedua-dua parti itu tidak mampu bertahan lama memandangkan kebanyakan pemimpin atau akar umbi UMNO termasuk […]

Continue Reading

Tidak sabar lihat ‘ngauman’ Harimau Malaya 2025

PETALING JAYA: Penstrukturan baharu Harimau Malaya secara keseluruhan menjadikan semua pihak tidak sabar melihat sejauh mana proses itu mampu mencipta kejayaan. Ketibaan pengendali baharu, Peter Cklamovski dan pelancaran jersi baharu menambahkan lagi keterujaan untuk menyaksikan penampilan berbeza Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Keterujaan itu bukan hanya dinantikan peminat, malah ia turut mempengaruhi pemain yang dilihat […]

Continue Reading

TIV dijangka turun selepas bertahun-tahun berdepan lebihan tempahan

PETALING JAYA:MIDF Research menjangkakan penurunan secara beransur-ansur dalam  jumlah volum industri (TIV) kenderaan pada 2025 selepas bertahun-tahun mengalami lebihan tempahan, dengan unjuran sebanyak 792,000 unit..  Firma penyelidikan itu berkata, ini secara amnya konsisten dengan ramalan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 780,000 unit (-4.5 peratus tahun ke tahun).  “Perlu diambil kira bahawa baki tempahan untuk Perodua […]

Continue Reading

Impian Jojo jinakkan jaguh Columbia tidak kesampaian

PETALING JAYA: Hasrat jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk menghadiahkan kekalahan pertama kepada petarung Colombia, Johan Estupinan pada pertarungan ONE 170 di Impact Arena Bangkok, Thailand tidak kesampaian. Begitupun, Johan atau lebih mesra disapa Jojo memberi tentangan sengit dalam pertarungan tiga pusingan itu. Pada pusingan pertama, Jojo kelihatan menguasai pertarungan itu apabila […]

Continue Reading

Aaron-Wooi Yik temui rentak, mara ke separuh akhir Indonesia Masters

PETALING JAYA: Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir Indonesia Masters 2025 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini. Pasangan No. 5 dunia itu berjaya menumpaskan beregu pecah ganding Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho menerusi kemenangan straight set 19-21, 15-21 dalam masa 41 minit. Menunggu […]

Continue Reading

Malaysia perlu jadi hab tenaga boleh baharu ASEAN

PETALING JAYA: Malaysia perlu memanfaatkan kedudukan strategiknya sebagai Pengerusi ASEAN dalam mempromosikan pelaburan dalam grid dan infrastruktur tenaga hijau untuk menjadi hab tenaga boleh baharu (RE) serantau. Pengarah Utusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata dengan kestabilan politik dan disokong dasar dan perundangan berkaitan tenaga yang jelas, negara ini mempunyai kelebihan dalam merealisasikan […]

Continue Reading

Tiada bintang dunia ke badminton campuran Asia

PETALING JAYA: Tanpa kelibat bintang-bintang utama, skuad negara akan diketuai beregu senior yang menghuni ranking No. 4 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025, 11-16 Februari ini di Qingdao, China. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan tidak menurunkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, Pearly Tan-M […]

Continue Reading

AWAN terima usul wujudkan RUU pekerjaan pesalah seksual

KLANG: Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) (AWAN) mencadangkan kepada kerajaan supaya pesalah seksual tidak lagi memasuki pekerjaan yang melibatkan golongan rentan. Ketuanya, Datuk Aiman Athirah berkata, cadangan tersebut adalah sebahagian daripada tiga usul yang dibahaskan dalam Konvensyen AWAN 2024 iaitu mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Bagi Mengawal Pesalah Laku Seks Daripada Terlibat Dengan Pekerjaan dan […]

Continue Reading

Zverev pertahan Djokovic selepas diejek penonton

MELBOURNE: Pemain Jerman, Alexander Zverev tampil mempertahankan Novak Djokovic yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika separuh akhir Terbuka Australia, hari ini. Juara Grand Slam 24 kali itu meninggalkan gelanggang selepas tewas set pertama 7-6 (7/5), sekali gus menyaksikan Zverev mara ke final buat kali pertama dalam kejohanan Grand Slam itu. Bagaimanapun, tindakan Djokovic itu […]

Continue Reading

TNG Digital perkenal ciri baharu, SOS Balance

PETALING JAYA: TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital) memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi TNG eWallet iaitu SOS Balance, bagi memastikan pengguna yang tidak mempunyai baki mencukupi masih dapat melalui plaza tol. Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berkata, pelancaran SOS Balance adalah bukti komitmen mereka dalam menyediakan inovasi yang berfokuskan pengguna,  memudahkan dan meningkatkan […]

Continue Reading

Kes rasuah Musa Aman diselesai ketika pembangkang jadi kerajaan

DENGKIL:  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kesal dengan dakwaan pihak tertentu termasuk pembangkang yang membangkitkan kes-kes rasuah terdahulu yang berlaku dan diselesaikan di luar tempoh pimpinannya sebagai Perdana Menteri. Anwar menjelaskan, beliau baru memimpin negara selama dua tahun sahaja. “Ada yang dibangkitkan soal (kes) rasuah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Itu (kes rasuah […]

Continue Reading

Jojo cabar jaguh Columbia malam ini 

PETALING JAYA: Atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sudah merangka strategi terbaik untuk menumbangkan jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam pertarungan ONE 170 di Impact Arena di Bangkok, Thailand, 8.30 malam ini. Dia yang mesra disapa Jojo, berkata dirinya tidak gentar dengan rekod cemerlang lawannya yang masih belum pernah tewas dalam pertarungan ONE Championship […]

Continue Reading

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi pada suku kedua 2025

PETALING JAYA: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka kembali beroperasi pada suku kedua 2025, bergantung kepada kemajuan ujian dan pelaksanaan.  Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Mohd. Izani Ghani, aerotrain itu beroperasi semula selepas dua tahun sejak Mac 2023 digantung operasi.  “Kami menjangkakan semua ujian untuk […]

Continue Reading

Adakah Bersih hanya untuk jatuhkan BN? – Dominic Lau

KUALA LUMPUR: Gerakan Gabungan Pilihan Raya dan Bersih (Bersih) kini seperti kehilangan hala tuju dan gagal mempertahankan perjuangan asalnya. Pengerusi Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai, berkata, gerakan tersebut kini tidak lagi ‘seaktif’ semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN). “Bersih pada awalnya memperjuangkan keadilan dalam pilihan raya dan menuntut ketelusan. “Namun kini, […]

Continue Reading

Pierer letak jawatan CEO KTM

LONDON: Kumpulan Pierer Mobility (PMG) telah mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka, Stefan Pierer akan meletakkan jawatannya. Pierer juga akan meninggalkan jawatannya sebagai CEO KTM AG, dan akan menjadi CEO bersama Gottfried Neumeister, yang menyertai struktur pengurusan PMG pada tahun lalu. “Stefan Pierer akan menyerahkan peranannya sebagai CEO Pierer Mobility AG dan KTM AG […]

Continue Reading

Indeks Pelopor meningkat 2.5 peratus pada November 2024

PETALING JAYA: Prestasi ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 2.5 peratus pada November 2024, mencapai 112.6 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan dua digit dalam Indeks Perusahaan Bursa Malaysia sebanyak 24.6 peratus menjadi […]

Continue Reading

Konsep Rahmah mesti diteruskan – Aiman Athirah

KLANG: Konsep Rahmah yang diperkenalkan Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya diteruskan serta dikembangkan dalam pelbagai dasar kerajaan. Malah, ia tidak seharusnya terhenti setakat Menu Rahmah, Payung Rahmah, Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah kerana ia mempunyai falsafah khusus yang menjadi faktor kewujudan gagasan tersebut. Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Datuk Aiman […]

Continue Reading