Tabung Haji, Saudia Airlines sedia penerbangan sewa khas jemaah haji

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) memeterai perjanjian bersama syarikat penerbangan Saudia Airlines (Saudia) bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci bagi tempoh lima tahun bermula 2025 sehingga 2029. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, kerjasama yang sudah terjalin sebelum ini diperkukuhkan lagi […]

Continue Reading

Ahli Parlimen perlu bijak buat kenyataan, elak timbul polemik masyarakat Islam – Mohd. Sharkar

KUANTAN: Ahli Parlimen yang melafazkan sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mencadangkan supaya diwujudkan seorang menteri bagi hal ehwal bukan Islam. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, seseorang ahli Parlimen itu sepatutnya bijak membuat kenyataan demi mengelakkan polemik dalam kalangan rakyat khususnya umat […]

Continue Reading

smart Malaysia buka dua cawangan pengedar di Kuantan dan Kuching

PETALING JAYA: smart Malaysia membuka dua pengedar baharu iaitu HK Electra smart Kuantan di Pahang dan Ghee Hua smart Kuching di Sarawak, menandakan pencapaian dalam komitmen smart Malaysia untuk menyediakan akses yang meluas kepada kenderaan elektrik premium. Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, kedua-dua pengedar ini juga merupakan pengedar bagi Proton e.MAS, sekali […]

Continue Reading

Malaysia perlu manfaatkan Turkiye sebagai gerbang ke pasaran Eropah

PETALING JAYA: Malaysia perlu memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Türkiye, terutama dalam memanfaatkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke pasaran Kesatuan Eropah (EU). Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, langkah itu menjadi lebih penting selepas United Kingdom (UK), rakan strategik utama Malaysia, tidak lagi menjadi ahli EU. “Türkiye mempunyai ekonomi […]

Continue Reading

UMNO Perlis ingatkan DAP lebih cermat keluar kenyataan, elak jejas keharmonian kaum

KANGAR: UMNO negeri memberi peringatan kepada DAP agar memastikan sebarang kenyataan atau ucapan membabitkan pemimpinnya agar lebih cermat agar tidak menjejaskan keharmonian antara kaum. Ketua Penerangan UMNO negeri, Hamunir Hamzah berkata, cadangan atau kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dari DAP agar Menteri Hal Ehwal bukan Islam diwujudkan berpotensi menjejaskan keharmonian yang sudah lama […]

Continue Reading

Imbangan akaun semasa catat lebihan RM32.8 bilion pada 2024

PETALING JAYA: Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) RM11.4 bilion pada suku keempat 2024, menghasilkan lebihan RM32.8 bilion bagi keseluruhan tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Akaun kewangan pula mencatatkan aliran keluar bersih RM5.8 bilion pada suku itu, menyumbang kepada jumlah aliran keluar bersih RM14.8 bilion bagi 2024. Aliran masuk Pelaburan Langsung Asing […]

Continue Reading

Glomac lancar Sukuk Wakalah RM3 bilion

PETALING JAYA: Glomac Bhd. memeterai kerjasama strategik dengan Maybank bagi memperkukuh kedudukan kewangannya melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai sehingga RM3 bilion. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Tan Sri FD Mansor berkata, program Sukuk Wakalah itu akan mengukuhkan simpanan kewangan kumpulan dan membuka peluang untuk pemerolehan tanah baharu. […]

Continue Reading

Netizen amuk penutup Curang Tanpa Niat, tapi mujur Elina tak bodoh

PETALING JAYA: Penutup drama popular, Curang Tanpa Niat yang berakhir malam tadi kekal menjadi bahan perdebatan warga maya sehingga kini. Drama 34 episod itu mengejutkan orang ramai apabila mengakhiri cerita dengan genre thriller apabila tiba-tiba ada aksi tembak-menembak, culik dan pembunuhan dalam satu episod. Mengintai respons media sosial, nampaknya orang ramai berang kerana merasakan ia […]

Continue Reading

Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus tahun lalu berbanding 3.6 peratus pada 2023, disokong permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan pemulihan eksport. Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pertumbuhan dalam negeri didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih mantap, mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, langkah-langkah dasar untuk menyokong isi rumah […]

Continue Reading

KDNK suku keempat 2024 berkembang 5.0 peratus

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada 5.0 peratus pada suku keempat 2024 berbanding 5.4 pada suku sebelumnya, didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri. Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aktiviti pelaburan yang kukuh disokong oleh pelaksanaan berterusan projek baharu dan projek sedia ada. “Perbelanjaan isi rumah terus mampan berikutan keadaan pasaran pekerja […]

Continue Reading

Fadhlina wajar dikekalkan terajui Wanita PKR

KANGAR: Prestasi cemerlang yang ditunjukkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek mewajarkan beliau dikekalkan menerajui sayap parti itu menjelang pemilihan PKR, Mei ini. Menteri Pendidikan itu telah berjaya mengalas amanah dengan cukup baik sepanjang tempoh lalu yang wajar diteruskan bagi menerajui wanita PKR pada sesi 2025-2028. Ketua Wanita PKR Selangor, Rozana Zainal Abidin berkata, Fadhlina telah […]

Continue Reading

Syarikat minyak antarabangsa mula berhentikan pekerja

PETALING JAYA: Syarikat-syarikat minyak antarabangsa dilaporkan mula mengurangkan tenaga kerja mereka sehingga menjelang akhir 2026 sebagai sebahagian langkah pengurangan kos utama syarikat. Ini termasuk syarikat minyak utama dunia iaitu ExxonMobil, BP dan Chevron. Syarikat minyak utama Britain, BP sebelum ini mengumumkan perancangan untuk mengurangkan sehingga ribuan pekerja bagi tujuan tersebut. “Kami telah memberitahu semua kakitangan […]

Continue Reading

Agrobazar Ramadan tawar pembiayaan hingga RM100,000

PETALING JAYA: Agrobank mengumumkan pembiayaan Inisiatif Agrobazar Ramadan kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan sempena bulan puasa yang menawarkan pembiayaan bermula RM1,000 hingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif itu bertujuan membantu golongan yang berhasrat untuk berniaga di bazar Ramadan dan […]

Continue Reading

Keunikan keropok ikan campur daun kesum

KOTA BHARU: Keropok ikan yang diadun bersama campuran daun kesum, cili dan bawang membuatkan seorang wanita dari Kampung Kuala Besar di sini, tidak menang tangan apabila makanan ringan yang dihasilkannya daripada resepi arwah ibu mentuanya mendapat permintaan tinggi. Nadia Hassan, 29, berkata, setiap hari dia menghasilkan adunan sehingga 60 kilogram (kg) untuk diproses menjadi keropok. […]

Continue Reading

Nilai ringgit, infrastruktur punca bandar sempadan suram

KOTA BHARU: Nilai ringgit yang rendah berbanding bath Thailand dan kemudahan infrastruktur menjadi punca zon bebas cukai Rantau Panjang serta Pengkalan Kubor yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini, suram berbanding suatu masa dahulu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, semasa ringgit lebih tinggi berbanding bath, Rantau Panjang dan Pengkalan […]

Continue Reading

Sanusi ucap ‘selamat menanti’ kepada pembangkang di Kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (gambar) menegaskan mana-mana gabungan parti boleh memasang cita-cita untuk mentadbir negeri ini. Bagaimanapun katanya, pemilihan pentadbiran dalam kerajaan negeri itu tetap berpaksi kepada sistem demokrasi politik iaitu melalui undi rakyat dalam pilihan raya akan datang. “Tunggulah sampai kiamat, selamat menanti. Sesiapa pun boleh memasang cita-cita, […]

Continue Reading

MRT, Sunway bangunkan hartanah bersepadu RM2.6b di Bukit Chagar

JOHOR BAHRU: Pembangunan Hartanah Bersepadu di Bukit Chagar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM2.6 bilion bakal menjadi katalis pembangunan pelbagai infrastruktur di selatan tanah air. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek dibangunkan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dengan kerjasama Sunway Integrated Properties Berhad (Sunway Berhad) itu bakal menjadi model […]

Continue Reading