Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat ke RM4,850

PETALING JAYA: Harga minyak sawit dijangka meningkat kepada RM4,850 sebelum kembali turun dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan import minyak sawit dari India serta peningkatan harga minyak kacang soya dan minyak bunga matahari. Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata, perubahan dasar terbaru di Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia juga telah memberi kesan kepada […]

Continue Reading

Agrobank Cawangan Bukit Pelandok beri kemudahan komuniti pertanian

PORT DICKSON: Agrobank memperluas ekosistem perbankannya di luar bandar menerusi pembukaan cawangan ke-213 di Bukit Pelandok, di sini baru-baru ini. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembukaan cawangan itu sekali gus mencapai Hasrat syarikat perbankan itu bagi menyediakan perkhidmatan yang mudah diakses di samping menyokong pembangunan sosioekonomi […]

Continue Reading

Tiada insiden pukul tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada insiden pukul membabitkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh. Menurutnya, perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Penjara yang menjalankan pemeriksaan susulan dakwaan berlakunya insiden itu. “Saya terima laporan penuh itu dan insiden memukul itu tidak berlaku,” katanya ketika ditemui […]

Continue Reading

Ariani RTW bekerjasama dengan gedung fesyen mewah terkenal, Liberty of London

KUALA LUMPUR: Ariani Ready To Wear (RTW) berkolabarasi dengan sebuah gedung fesyen mewah terkemuka antarabangsa, Liberty of London sempena Hikayat Ariani Karya Seindah Busana 2025.  Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, buat julung kali pihaknya amat berbangga dapat bekerjasama menggunakan kain daripada Liberty sempena perayaan Aidilfitri kali ini.  Katanya, Liberty […]

Continue Reading

PRU16 hujung tahun ini spekulasi dicipta pembangkang – Wan Rosdy

KUANTAN: “Itu memang kerja dialah (pembangkang),” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail apabila diminta mengulas tentang dakwaan pembangkang yang mengatakan kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan hujung tahun ini. Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai persepsi yang sengaja dicipta bagi mengelirukan rakyat dan kerajaan tidak akan terpengaruh dengan spekulasi terbabit sebaliknya akan […]

Continue Reading

MAHB kemuka permohonan nyahsenarai dari Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mengemukakan permohonan kepada Bursa Malaysia Securities untuk mengeluarkan status penyenaraiannya daripada senarai rasmi, selaras dengan Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian. Langkah itu susulan penerimaan tawaran oleh Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium), yang memperoleh sejumlah 1.646 bilion saham MAHB, bersamaan 98.68 peratus daripada jumlah saham […]

Continue Reading

KWAP catat pendapatan bersih tertinggi RM12.9 bilion tahun lalu

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pendapatan bersih tertinggi dalam sejarahnya iaitu RM12.9 bilion pada 2024, dengan pulangan keseluruhan sebanyak 12 peratus. Saiz dana turut meningkat sebanyak RM15.8 bilion kepada RM185.6 bilion, mencerminkan peningkatan 9.3 peratus bagi kewangan tidak diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM169.8 bilion pada 2023. Pelaburan domestik […]

Continue Reading

MBSB Bank, Adab Youth Garage luaskan Program Pembangunan Komuniti

SHAH ALAM: MBSB Bank dengan kerjasama Adab Youth Garage, memperkasa semula tujuan dan program Pusat Interaktif Belia yang diperluas dengan inisiatif pemerkasaan kapasiti menyasarkan kanak-kanak, belia dan keluarga di PPR Kampung Baru Hicom, di sini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBSB Bank, Rafe Haneef berkata, pihaknya akan membiayai sepenuhnya operasi pusat itu sepanjang tahun akan datang, […]

Continue Reading

PN tak perlu takut kalau rasa kuat di Kedah

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) Kedah tidak perlu merasa gusar dengan kenyataan ‘kerajaan menanti’ sekiranya merasakan mereka kuat di negeri ini. Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan rakyat negeri Kedah yang dapat menilai pihak mana yang lebih baik. “Kenyataan kerajaan menunggu tidak perlu menggusarkan PN kalau mereka […]

Continue Reading

Malaysia pulang awal, tewas 2-3 kepada Indonesia

PETALING JAYA: Malaysia tersingkir awal selepas tewas buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025 di Pusat Sukan Qingdao Conson, Qiangdao, China, hari ini. Skuad negara tewas 2-3 kepada Indonesia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dan gagal mengutip sebarang mata selepas turut kalah 2-3 di tangan Hong Kong […]

Continue Reading

YB DAP diminta berhenti beri cadangan ‘pelik’

KEPALA BATAS: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang hari ini membantah cadangan Ahli Parlimen DAP dari Raub, Chow Yu Hui untuk melantik Menteri bagi Hal Ehwal Agama Bukan Islam di peringkat Persekutuan. Pengarah Komunikasinya, Abrar Sadiq berkata, cadangan itu tidak selari dengan sistem pentadbiran negara serta boleh menimbulkan polemik yang tidak perlu. Sehubungan itu, […]

Continue Reading

Pengeluaran getah asli menurun 5.1% pada Disember

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli menurun 5.1 peratus pada Disember 2024 (38,299 tan metrik) berbanding pada November 2024 (40,341 tan metrik), kata Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 26.2 peratus (Disember 2023: 30,342 tan metrik). Katanya, pengeluaran getah asli Malaysia pada […]

Continue Reading

Menang atau balik awal

PETALING JAYA: Percaturan tidak menjadi sewaktu berdepan Hong Kong, semalam, menyaksikan Malaysia tumbang 2-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2025 di Pusat Sukan Qingdao Conson di Qingdao, China, semalam. Kekalahan itu telah meletakkan skuad negara berdepan misi sukar menentang Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, hari ini. Barisan kejurulatihan […]

Continue Reading

JDT fokus berdepan Pohang- Bidoglio

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui komitmen tinggi yang ditunjukkan para pemainnya menjadi faktor utama skuad Harimau Selatan berjaya menjinakkan Central Coast Mariners di Gosford, Australia. Lebih manis kemenangan 2-1 yang dicatat JDT pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu, dicipta di tempat lawan. Katanya, kemenangan sulung di gelanggang lawan […]

Continue Reading

Tiada pelanggaran peraturan dalam jual beli saham MAHB

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan berkenaan. Pengurus dana persaraan pekerja swasta itu berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas. “Selaras dengan Polisi Chinese Wall KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara […]

Continue Reading

Tiga pemain tunggu pelepasan rasmi

PETALING JAYA: Tiga pemain skuad sepak takraw kebangsaan masih menunggu pelepasan rasmi daripada majikan masing-masing sebelum dapat menyertai latihan bersama Program Podium dalam masa terdekat. Ketika ini, tekong utama Selangor Pistons, Zuhri Muhammad Zain, apit kiri Negeri Sembilan Antlers, Zuleffendi Sumari, dan Tekong KPT-Masum, Muhammad Amar Roslan masih belum mendapat pelepasan rasmi. Ketua jurulatih negara, […]

Continue Reading

Pelaburan saham negara kekal stabil

KUALA LUMPUR: Kedudukan pelaburan saham negara kekal stabil meskipun mengalami penyusutan kecil sebanyak 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham bernilai RM2 trilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka tersebut bukan petanda ketidakstabilan atau kehilangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia. “Kehilangan hanya 0.2 peratus adalah perkara kecil dalam konteks pasaran saham yang dinamik.  […]

Continue Reading

Shah Firdaus tetap turun beraksi di ACC 2025

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tetap akan beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 biarpun mengalami kecederaan lutut. Ketua jurulatih skuad negara, Harnizam Basri berkata, biarpun pelumba berusia 29 tahun itu kini masih dalam pemantauan, beliau tetap bersemangat menjalani latihan bagi memastikan prestasi […]

Continue Reading

Malaysia perlu dialog dengan AS, China untuk perkukuh rantau ASEAN

PETALING JAYA: Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini boleh mengambil inisiatif mengukuhkan lagi saluran dialog dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi memastikan rantau ini terus menjadi rakan kongsi utama kedua-dua negara tersebut. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pelaburan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), Zalina Zainol berkata, inisiatif ini penting bagi menghadapi ketidaktentuan global […]

Continue Reading

Wakil tunggal PH Perlis belum putus bertanding pemilihan PKR

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling yang merupakan satu-satunya wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Perlis belum memutuskan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Kangar dalam pemilihan, Mei ini. Jika Ay Ling selaku Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis mengambil keputusan bertanding, beliau dijangka sekali lagi berdepan penyandang, […]

Continue Reading