‘Kenyataan pilihan raya mengejut adalah permainan politik tidak baik’

SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menegaskan pilihan raya mengejut berkemungkinan besar tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Beliau berkata, hak untuk membubarkan parlimen terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sehingga hari ini, tiada sebarang arahan atau keputusan dibuat berhubung perkara tersebut. Jelasnya, kenyataan demikian hanyalah satu […]

Continue Reading

MOM sedia dapatkan dana untuk Aruwin

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersedia membantu atlet peluncur alpine ski wanita negara, Aruwin Salehuddin bagi mendapatkan dana dalam usahanya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 dan Sukan Musim Sejuk Asia 2029. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kejayaan Aruwin di Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 membuktikan negara mempunyai potensi […]

Continue Reading

Selangor ‘puas’ jinakkan Sri Pahang

PETALING JAYA: Dendam disingkirkan daripada Piala Malaysia pada pusingan ke-16 dibayar Selangor FC (SFC) dengan kemenangan bergaya apabila membenam Sri Pahang 2-0 pada aksi Liga Super kelmarin. Kemenangan itu juga mengukuh kedudukan Gergasi Merah di tangga kedua liga, sekali gus dilihat bakal menjadi naib juara dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun dihambat oleh Sabah yang […]

Continue Reading

Tiada CIA, tiada FBI- Fandi Ahmad

PETALING JAYA:Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad menjelaskan tentang status individu yang dihubunginya ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Sabtu lalu. Gambar yang menunjukkan Fandi memegang telefon bimbit dan sedang membuat panggilan kepada seseorang sewaktu meraikan jaringan pasukannya dalam perlawanan itu tular di media sosial. Gambar kurang jelas […]

Continue Reading

Hasil ES Sunlogy dipacu peningkatan penggunaan solar

PETALING JAYA: Hasil ES Sunlogy Bhd. dijangka berkembang pada pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 17 peratus sepanjang tiga tahun didorong oleh peningkatan penggunaan tenaga solar, kata RHB Research. Firma penyelidikan berkata, ia turut menjangkakan permintaan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) akan meningkat bagi bangunan kediaman, komersial dan perindustrian. “Peningkatan permintaan tersebut berdasarkan trend pengguna […]

Continue Reading

BN Pahang sasar dua pertiga PRU16

TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) Pahang menyasarkan kembali memperoleh penguasaan majoriti dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semangat antara komponen yang masih kental dalam perjuangan dapat membantu parti kembali bangkit pada pilihan raya umum itu. Katanya, selain semangat kental, hubungan yang baik terus terjalin antara […]

Continue Reading

Motosikal terpakai pilihan dalam ekonomi pekeliling

MUKADIMAH Peningkatan kesedaran tentang kemampanan dan ekonomi pekeliling telah menjadikan motosikal terpakai sebagai pilihan yang lebih menarik. Memilih barang terpakai membantu mengurangkan sisa, menjadikannya pilihan yang mementingkan alam sekitar tanpa menjejaskan kebolehpercayaan. Syarikat seperti iMotorbike meletakkan diri mereka di barisan hadapan dalam peralihan ini. Mereka bukan sahaja menyediakan motosikal terpakai, malah mengubah keseluruhan pasaran, memastikan […]

Continue Reading

Itu bukan saranan saya tapi pakar

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan penetapan sasaran Sukan SEA Thailand 2025 yang dibuat mengikut jumlah pingat keseluruhan tidak dilakukan secara bersendirian sebaliknya saranan daripada pakar. Hannah berkata, beliau tidak mahu meneruskan kaedah yang digunapakai sebelum ini dengan menetapkan jumlah sasaran pingat emas kepada atlet yang mengambil bahagian dalam mana-mana temasya kerana […]

Continue Reading

Sivasangari ke final, kejutkan bintang No. 4 dunia

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita No. 1 negara, S. Sivasangari membuktikan dia bukanlah calang-calang pencabar apabila mengejutkan bintang No. 4 dunia, Olivia Weaver pada separuh akhir Piala Cincinnati Gaynor 2025 di Cincinnati, Amerika Syarikat (AS), semalam. Anak jati Sungai Petani, Kedah yang menghuni ranking No. 10 dunia itu membenam cabaran pilihan utama kejohanan yang merupakan […]

Continue Reading

Negeri Sembilan gagal kutip mata di Paroi

SEREMBAN: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mengutip mata tidak kesampaian apabila tumpas kepada Terengganu FC (TFC), 0-2, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini. Tanpa kelibat pemain import dari Brazil, Ricardo Pires Santos yang mempamerkan prestasi hambar, NSFC mengatur serangan melalui gandingan Jacque Faye dan Mohamad Ikhwan […]

Continue Reading

Nazri tidak gagal, laksanakan tugas dengan baik

PADANG RENGAS: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak gagal dalam memainkan peranan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) sebaliknya telah melaksanakan tugas beliau dengan baik. Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan yang mengaitkan kegagalan beliau mengatur panggilan telefon antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden […]

Continue Reading

PN ‘tiada kerja’, cuma tahu sabotaj kerajaan

PADANG RENGAS: Kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut mungkin berlaku pada hujung tahun ini menunjukkan Perikatan Nasional (PN) gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif. Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sejak awal kerajaan ditubuhkan, cita-cita utama kepimpinan […]

Continue Reading

Konsep healing dengan alam semula jadi di Payo Campsite

KUALA LUMPUR: Pemulihan jiwa (healing) yang berkonsepkan alam semulajadi kini menjadi trending kepada golongan sasar menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan. Menyifatkan ia sebagai aktiviti yang positif untuk dilakukan, pemilik Payo Campsite, Datuk Seri Murni Sheikh Ahmad berkata, beliau mengambil inisiatif tersebut dengan menampilkan kelainan sekali gus lebih menghargai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan semula jadi. Lebih menarik, […]

Continue Reading

‘Umum keputusan rasmi selepas jumpa Ahmad Zahid’

SHAH ALAM: “Saya akan mengumumkan keputusan itu selepas berjumpa Ahmad Zahid nanti,”. Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai ura-ura beliau bakal meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau akan menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi […]

Continue Reading

Malaysia akhiri kempen Piala Dunia di tangga ke-11

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan negara menamatkan kempen Piala Dunia 2025 di tangga ke-11 selepas menewaskan Trinidad and Tobago dalam aksi penentuan tempat ke-11 dan ke-12 di Pusat Sukan Zatika, Porec, Croatia hari ini. Pasukan bimbingan Rodzhanizam Mat Radzi itu bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan 2-0 selepas Mickell Pierre dan Darren Cowie masing-masing menjaringkan gol […]

Continue Reading

Bukti keikhlasan, UMNO Johor perlu kongsi kedudukan

JOHOR BAHRU: UMNO Johor perlu membuktikan keikhlasan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini dengan memberikan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri kepada rakan Kerajaan Perpaduan. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Muhammad Faezuddin Puad berkata, semangat kerjasama itu boleh dilihat di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka tetapi tidak di Johor. Menurutnya, […]

Continue Reading

Kenyataan Azmin pilihan raya mengejut hanya gimik politik

JOHOR BAHRU: Kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini adalah satu gimik politik. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenyataan itu juga dilihat sebagai helah Bersatu yang sengaja menarik perhatian rakyat kepada mereka. “Ini kerana mereka sengaja mahu […]

Continue Reading