Karnival Warisan Saloma sasar 50,000 pengunjung sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR: Seramai 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Warisan di Saloma Kuala Lumpur sepanjang Ramadan tahun ini. Karnival yang akan berlangsung bermula 3 Mac hingga 28 Mac di Lanai @ Matic akan memberi peluang kepada pelbagai agensi dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memaksimumkan jualan dalam suasana yang kaya dengan budaya dan warisan. Presiden […]

Continue Reading

MBSB catat untung sebelum cukai RM586.3 juta, melonjak hampir 200%

PETALING JAYA: MBSB Berhad mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM586.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2024, melonjak 185.6 peratus berbanding PBT teras tahun sebelumnya sebanyak RM205.3 juta (tidak termasuk keuntungan sekali sahaja daripada pemerolehan MIDF pada 2023). Pencapaian ini mengukuhkan lagi daya saing dan pertumbuhan MBSB. Jika mengambil kira keuntungan daripada pemerolehan MIDF tahun […]

Continue Reading

Pilih calon mampu teruskan legasi pembangunan Ishsam

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu menyambung legasi pembangunan yang dicetuskan oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi, 42, berkata, Allahyarham Ishsam walaupun pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu sejak terpilih pada Pilihan Raya Umum […]

Continue Reading

Pasaran saham ditutup lemah

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 2.11 mata kepada 1,586.60 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,588.71 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,587.99. Jumlah dagangan sebanyak 2.89 bilion unit bernilai RM2.45 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 576 berbanding 422 dengan 484 kaunter tidak berubah dan […]

Continue Reading

KPMG buka permohonan untuk program biasiswa

PETALING JAYA: Firma perkhidmatan profesional, KPMG in Malaysia mengulangi komitmennya terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pemerkasaan pendidikan melalui KPMG Young Star Scholarship Program, yang kini menerima permohonan. Rakan Kongsi Urusan KPMG in Malaysia, Foong Mun Kong berkata, program utama di bawah Dana Amanah Pendidikan (ETF) KPMG ini menyediakan bantuan kewangan, pembangunan profesional dan peluang kerjaya […]

Continue Reading

11 PKS rekod potensi jualan  RM140 juta di Gulfood Dubai

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) membawa 11 syarikat tempatan ke pentas antarabangsa, merekodkan potensi jualan eksport berjumlah RM140 juta di Gulfood Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.  Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut SME Bank menyertai pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar di dunia, yang berfungsi sebagai platform strategik […]

Continue Reading

Amirudin umum tanding Naib atau Timbalan Presiden PKR esok

MELAKA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengumumkan sama ada mempertahan kedudukan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau bertanding jawatan Timbalan Presiden, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. Amirudin berkata, majoriti penyokong memintanya bertanding jawatan lebih tinggi iaitu sebagai Timbalan Presiden. “Tapi kemungkinan besar saya akan […]

Continue Reading

DRB-HICOM catat keuntungan sebelum cukai RM247.39 juta

PETALING JAYA: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM247.39 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 disokong oleh hasil sebanyak RM16.19 bilion. Ini merupakan peningkatan 2.1 peratus daripada RM15.85 bilion yang dilaporkan bagi tahun kewangan sebelumnya berakhir 31 Disember 2023. Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2024, kumpulan melaporkan peningkatan hasil […]

Continue Reading

JS-SEZ mampu pacu Johor duduki tempat pertama pelaburan

KOTA TINGGI: Johor mampu menduduki tempat pertama berjaya menarik pelaburan keseluruhan dalam negara pada tahun ini menerusi pembangunan yang rancak dipacu pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), ketika ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ketika ini Johor berada pada kedudukan ketiga selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jumlah pelaburan keseluruhan RM48.5 bilion pada […]

Continue Reading

PKNP rancang buka kawasan perindustrian baharu

KUANTAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) berhasrat membuka kawasan perindustrian baharu jika kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM268.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).  Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Mohd. Faizal Jaafar berkata kawasan perindustrian itu dijangka akan dibina di Gebeng, di sini dan Lipis. “Dalam RMK13 kita ada mohon peruntukan, kalau diluluskan nanti oleh […]

Continue Reading

MKH Oil Palm catat untung bersih RM39.94 juta

PETALING JAYA: MKH Oil Palm (Kalimantan Timur) Berhad (MKHOP), sebuah syarikat perladangan minyak sawit huluan di Indonesia, melaporkan keuntungan bersih cemerlang sebanyak RM39.94 juta dengan hasil sebanyak RM102.65 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Disember 2024.  Pendapatan sesaham (EPS) bagi suku tersebut adalah 3.14 sen. Menurut kenyataan, prestasi cemerlang ini didorong oleh gabungan […]

Continue Reading

Glomac serah rumah RSKU Seri Kenanga, Saujana Perdana

PETALING JAYA: Kelana Kualiti Sdn. Bhd. (KKSB), sebuah anak syarikat milik penuh Glomac Berhad, menyerahkan kepada para pemilik, Serahan Milikan Kosong rumah RSKu ‘Seri Kenanga’, Saujana Perdana, yang terletak di dalam perbandaran Bandar Saujana Utama. Projek rumah bandar sebanyak 178 unit yang dibangunkan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kumpulan Glomac Berhad kepada Kerajaan Negeri dalam […]

Continue Reading

RUU Perkhidmatan Parlimen bukan ibu segala reformasi

KUALA LUMPUR: Pembangkang membidas usaha kerajaan berhubung Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang menggambarkan usaha itu sebagai ‘ibu segala reformasi’ kerana berpotensi merosakkan masa depan negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, gambaran itu tidak boleh dianggap sebagai perubahan menyeluruh, apatah lagi melibatkan aspek mencari kakitangan untuk berkhidmat di Parlimen.  “Kuasa untuk mencari staf […]

Continue Reading

‘Gadis Talam’ martabat kuih tradisi sempena Ramadan

KUALA LUMPUR: Kuih tradisi Melayu antara juadah utama untuk berbuka puasa sama ada dijual di bazar ataupun dibuat sendiri sebagai menu untuk memeriahkan sambutannya bulan Ramadan. Justeru, peluang itu tidak dilepaskan seorang pengusaha menu makanan tersebut, Khairunnisa dengan jenama ‘Gadis Talam’ akan tampil mengeluarkan pelbagai jenis kuih tradisi sepanjang bulan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) […]

Continue Reading

‘BN yakin dapat undi, sebab itu tidak perlu rayu rakyat’

PAPAR: ‘Mungkin BN yakin menang, jadi rakyat tidak perlu lagi mendengar rayuan mereka. Sebab yakin bahawa mereka akan mendapat undi rakyat.’ Demikian sindiran Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali terhadap kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengkritik rayuan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Hajiji sebelum ini […]

Continue Reading

KOM masih belum putuskan nasib Fadzil

PETALING JAYA: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih belum membuat sebarang keputusan terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Fadzil A Bakar terhadap badan induk itu. Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) yang diadakan badan induk itu adalah membincangkan pelbagai perkara dan bukannya menjurus kepada isu Fadzil A Bakar. Bagaimanapun, ketika […]

Continue Reading

Kon Yeow perjelas sebab sebenar mahu terus bertanding dalam CEC DAP

GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mahu meneruskan peranan dalam kepimpinan parti merupakan punca mahu bertanding dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP disebalik keputusan enggan mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang. Menurut Kon Yeow, seandainya memilih untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti di peringkat kebangsaan, maka beliau hanya akan menjadi ahli DAP biasa […]

Continue Reading