KLCCP Stapled catat untung bersih RM1.02 bilion

PETALING JAYA: KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.02 bilion, meningkat 9.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, dipacu oleh pertumbuhan mantap merentasi semua perniagaan berbanding RM931.29 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya. Hasil kumpukan turut naik 5.66 peratus kepada RM1.71 bilion daripada RM1.62 bilion, disokong oleh prestasi pasaran dan tumpuan strategik […]

Continue Reading

CapitaLand beli tiga hartanah industri RM72 juta di Johor

PETALING JAYA: CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) menandatangani perjanjian dengan anak syarikat Gromutual Bhd., Rainbow Entity Sdn. Bhd. (RESB) untuk memperoleh tiga hartanah perindustrian pegangan bebas pada harga tunai RM72 juta di Johor. CLMT berkata, hartanah berkenaan terletak dalam kawasan Senai Airport City (SAC), iaitu hab perindustrian dan pembuatan moden di wilayah Senai dalam Zon Ekonomi […]

Continue Reading

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PETALING JAYA: Pasaran buruh yang lebih dinamik dengan pekerja mempunyai peluang untuk meningkatkan kemahiran dan mobiliti pekerjaan boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, ini dapat dibantu melalui pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan meningkatkan pendapatan. “MEF juga sentiasa menyokong inisiatif kerajaan berkaitan pendidikan […]

Continue Reading

Negeri Sembilan buru pemain kebangsaan 

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) sudah memulakan persiapan awal menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dengan cuba memikat beberapa pemain kebangsaan menyertai pasukan itu. Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom berkata, pihaknya juga memburu pemain-pemain muda bagi turut membarisi skuad Liga Super dan bawah 23 tahun.   “Apa yang boleh dikongsikan […]

Continue Reading

Sektor industri dijangka terus berkembang disokong inisiatif kerajaan

PETALING JAYA: Sektor industri Malaysia dijangka terus berkembang tahun ini, disokong oleh inisiatif kerajaan yang kukuh, kemajuan infrastruktur dan taman industri yang baru muncul yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), menurut Knight Frank Malaysia. Firma perunding hartanah itu berkata, ketegangan perdagangan global, terutamanya kemungkinan kenaikan tarif di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, boleh […]

Continue Reading

Amarjit diangkat sebagai Presiden ACC

PETALING JAYA: Datuk Amarjit Singh Gill mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Presiden baharu Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) selepas menewaskan calon dari Indonesia, Raja Sapta Oktohari, dalam pemilihan yang diadakan di Bangkok, Thailand, hari ini. Amarjit, yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), meraih 24 undi berbanding 17 undi yang diperoleh Oktohari, Presiden Majlis Olimpik […]

Continue Reading

Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

PETALING JAYA: Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menurut kenyataan, sumbangan itu adalah manifestasi komitmen Genting Malaysia sebagai syarikat korporat di dalam menyantuni dan menyokong para veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara. “Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program […]

Continue Reading

Visa umum Previn Pillay sebagai Pengurus Negara bagi Malaysia

PETALING JAYA: Visa, peneraju sistem pembayaran digital mengumumkan pelantikan Previn Pillay sebagai Pengurus Negara Visa baharu bagi Malaysia. Previn adalah seorang pemimpin berpengalaman di Visa dan mempunyai pengalaman lebih 18 tahun di serata Asia Pasifik dan CEMEA. Sebelum pelantikan ini, Previn merupakan Ketua Jualan fdan Perolehan Rakan Niaga bagi Asia Pasifik, yang menyaksikan beliau menerajui […]

Continue Reading

Khazanah garis tiga teras perkukuh operasi masa depan MAHB

PETALING JAYA: Khazanah Nasional Bhd. menggariskan tiga teras utama bagi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) meningkatkan operasi pengendali lapangan terbang itu pada masa hadapan, kata Pengarah Urusan Khazanah. Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, tiga objektif tersebut memfokuskan kepada pengalaman pelanggan, teknologi dan ketersambungan. “Dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan MAHB dicadangkan supaya meneliti aliran penumpang […]

Continue Reading

Bukan Islam pun perlu jaga sensitiviti orang Islam

KUANTAN: Menjaga sensitiviti kaum bukan sahaja menjadi tanggungjawab orang Islam malah orang bukan Islam pun perlu berbuat demikian. Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan (mewakili golongan profesional), Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari mengulas tentang tindakan individu bukan Islam yang dilihat cuba mencampuri urusan Islam. Katanya, ingatan itu penting bagi memastikan keharmonian yang sudah […]

Continue Reading

Khazanah Nasional catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion tahun lalu, lebih rendah berbanding RM5.9 bilion yang direkodkan pada 2023. Prestasi itu didorong oleh pendapatan dividen yang stabil, strategi penswastaan yang aktif serta peningkatan nilai ekuiti awam global. Penyata kewangan Khazanah Nasional Berhad kekal kukuh dengan nisbah Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) […]

Continue Reading

JDT belasah PDRM 4-0, hampiri kejuaraan ke-11

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir merangkul trofi Liga Malaysia apabila menewaskan Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Skuad Harimau Selatan yang mengutip 55 mata daripada 19 perlawanan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk sah bergelar juara Liga Super 2024/2025, menjuarainya buat 11 […]

Continue Reading

Territory Stingers kongsi satu mata

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Territory Stingers, David Skippings mengakui terpaksa berpuas hati apabila berkongsi satu mata selepas seri 1-1 menentang TNB Thunderbolts dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kelab dari Australia itu beraksi kali pertama dalam LHM hampir pulang dengan tangan kosong selepas Fahmi Khalid meletakkan TNB […]

Continue Reading

Ge-Shen isytihar dividen interim satu peringkat 6 sen sesaham

PETALING JAYA:  Ge-Shen Corporation Berhad (Ge-Shen), penyedia perkhidmatan penyelesaian kejuruteraan dan pembuatan ketepatan yang mantap, yang mengkhusus dalam plastik berkualiti tinggi, pemasangan papan litar bercetak (“PCBA”), getah silikon cecair dan pemasangan lengkap untuk pelbagai industri, mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah telah meluluskan amaun dividen interim 6 sen sesaham. Ia bagi setiap amaun saham biasa berjumlah RM8.07 juta […]

Continue Reading

Malaysia, Uzbekistan mahu wujudkan zon perindustrian bersama

PETALING JAYA: Malaysia dan Uzbekistan menyasar untuk membangunkan zon perindustrian bersama di negara Asia tengah itu bagi membuka peluang baharu pelaburan strategik dan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev berkata, zon perindustrian itu membuka ruang bagi memperkenalkan amalan terbaik dan kepakaran dalam pembangunan dan operasi […]

Continue Reading

Pusat Perubatan Sunway rai 25 tahun transformasi penjagaan kesihatan

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) meraikan ulang tahun ke 25 tahun di mana ia mula beroperasi pada November 1999. Sebagai sebuah hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, pencapaian bersejarah ini memperlihatkan kecemerlangan klinikal, penjagaan komuniti dan inovasi perintis, serta menjulang visi yang menjadi asas penubuhannya. Ditubuhkan pada 25 tahun lalu untuk memenuhi […]

Continue Reading

Duo International Muaythai Fight 2025 janjikan pertarungan hebat

PETALING JAYA: Duo International Muaythai Fight 2025 yang berlangsung pada Sabtu ini di Padang KRT Beris Kubur Besar di Bachok, Kelantan bakal menjanjikan pertarungan yang menghiburkan. Kejohanan ini dijangka menarik perhatian peminat sukan seni mempertahankan diri tempatan dan antarabangsa, sekali gus menjadikan Kelantan sebagai hab utama perkembangan Muay Thai di Malaysia. Menurut jurucakap penganjur, kejohanan […]

Continue Reading

Akmal cadang GST dilaksana semula, persoal kesan kenaikan tarif

PETALING JAYA: Kerajaan disaran melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana sistem tersebut terbukti lebih berkesan dalam meningkatkan pendapatan negara dan adil kepada rakyat. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jika kerajaan enggan menggunakan nama GST, ia boleh diberikan nama lain asalkan dapat membantu menambah pendapatan negara dan memberi manfaat kepada […]

Continue Reading

Tiger Woods kehilangan ibunya

LOS ANGELES: Juara 15 kali kejohanan utama golf, Tiger Woods mengumumkan berita sedih selepas ibunya, Kultida meninggal dunia. “Dengan rasa kesedihan yang mendalam, saya ingin berkongsi bahawa ibu saya tercinta, Kultida Woods telah meninggal dunia pada pagi ini (awal pagi tadi). “Semangatnya sangat tidak dapat disangkal. Dia segera ketawa selepas mendapatkan rawatan. Dia adalah peminat […]

Continue Reading

Hanya pro kerajaan, tiada sertai parti politik

KUALA SELANGOR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi mahu kekal sebagai wakil rakyat yang menyokong kerajaan dan tidak menyertai mana-mana parti politik namun berhasrat untuk mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang. Beliau berkata, kerusi tersebut akan dipertahankan namun tidak akan bertanding dalam pilihan raya atas tiket bebas. “Insya-Allah saya […]

Continue Reading