United terus merana di Old Trafford

MANCHESTER: Krisis prestasi di gelanggang sendiri terus menghantui Manchester United apabila mereka tewas 0-2 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, malam tadi. Jean-Philippe Mateta muncul wira Palace dengan dua gol yang memastikan kemenangan selesa pasukan pelawat sekali gus membolehkan mereka melonjak ke tangga ke-12, mengatasi United yang kini jatuh […]

Continue Reading

Spurs tamat badi kekalahan, tundukkan Brentford 2-0

LONDON: Tottenham Hotspur akhirnya menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Brentford 2-0 di Stadium Gtech Community, malam tadi. Kemenangan penting itu hadir menerusi jaringan sendiri Vitaly Janelt pada minit ke-29 sebelum pemain gantian, Pape Sarr mengesahkan tiga mata buat Spurs dengan gol lewat permainan. Separuh masa pertama berlangsung […]

Continue Reading

Sri Pahang ke final Piala Malaysia

KUANTAN: Sri Pahang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi. Peluang terbuka antara Sri Pahang FC dan Sabah FC untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 menjadikan perlawanan berlangsung sengit dengan aksi menarik kedua-dua pasukan. Kehadiran […]

Continue Reading

Beri Cklamovski masa sebelum kritik

PETALING JAYA: Tanpa pengalaman sebagai ketua jurulatih mana-mana negara, pemilihan Peter Cklamovski seperti satu ekperimen yang membawa dua kemungkinan berjaya atau gagal kerana memberi tugas kepada individu yang tidak ada pengalaman. Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Australia itu berpeluang membuktikan kemampuan dan membalas kepercayaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menghadirkan kejayaan dalam masa singkat khususnya di kelayakan […]

Continue Reading

Tunggu dan lihat magis ‘air tangan’ Cklamovski

PETALING JAYA: Pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski perlu diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan dirinya walaupun tidak pernah membimbing mana-mana pasukan negara sebagai ketua jurulatih. Pandangan itu disuarakan pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd Karim, apabila ditanya mengenai susuk tubuh jurulatih dari Australia itu. Jelasnya, jika melihat latar belakang beliau, Malaysia menjadi […]

Continue Reading

Jurulatih tempatan mahu cari pengalaman

PETALING JAYA: Pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas menganggap langkah beberapa jurulatih tempatan berkelana di luar negara adalah normal. Anak jati Kuching Sarawak itu akan meletak jawatannya secara rasmi pada 22 Februari ini selepas menerima tawaran lumayan di luar negara sebagai jurulatih. Selain beliau, bekas penerjun wanita negara, Wendy Ng turut menyertai Singapura […]

Continue Reading

JDT bakal beradu kekuatan dengan PSG?

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan besar bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pra musim akan datang. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail mengesahkan perkara berkenaan dan ia bakal menjadi sejarah buat kelab dari Malaysia itu selepas cemerlang mendominasi Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa tahun […]

Continue Reading

Sri Pahang mahu menang dalam tempoh 90 minit

KUANTAN: Fandi Ahmad tidak mahu aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Sabah FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam ini berlarutan ke masa tambahan dan sepakan penalti. Pengendali Sri Pahang FC itu berkata, anak buahnya wajib menamatkan aksi 90 minit dengan kemenangan bagi mencipta sejarah mara ke final Piala Malaysia, biarpun sedar bakal menerima […]

Continue Reading

Hanya satu piala tinggal untuk Selangor

PETALING JAYA: Selangor perlu memberi segalanya menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran berdepan Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini jika berhasrat layak ke final. Kapten Gergasi Merah, Safuwan Baharudin menyeru rakan sepasukan untuk tidak melepaskan peluang menamatkan musim ini dengan satu kejuaraan dan berharap Selangor mampu mara ke final […]

Continue Reading

Nur Alyssa jaguh trek dalam pembikinan

KECIL tetapi berbisa, itu gambaran paling tepat buat pelumba muda berbasikal trek negara, Nur Alyssa Farid, yang kini semakin mencuri perhatian sebagai bintang baharu sukan ini. Pada usia 19 tahun, Alyssa bukan sekadar menumpang nama dalam skuad elit, malah telah membuktikan keupayaannya bersaing dengan pelumba-pelumba senior menerusi pencapaian cemerlang dalam Siri Piala Presiden baru-baru ini. […]

Continue Reading

Kecederaan tidak halang Mei Xing ke BAMTC

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing akan memberikan aksi terbaik pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025, biarpun masih bergelut dengan kecederaan patella tendon yang dialaminya sejak setahun lalu. Mengakui kecederaan tersebut sedikit menjejaskan pergerakannya, pemain berusia 28 tahun itu tetap optimis untuk menyumbang mata penting buat skuad negara dalam kejohanan […]

Continue Reading

PDRM hampakan Kedah untuk ke perlawanan akhir Challenge Cup

ALOR SETAR: Kecekapan penjaga gol PDRM FC, Bryan See membawa Sang Saka Biru ke pentas akhir Challenge Cup apabila dia menghalang sepakan terakhir pertahanan KDA FC, Wan Amirul Afiq, sekali gus membawa kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. Tuan rumah memiliki peluang seawal minit ke-2 untuk menuai hasil apabila […]

Continue Reading

Pemulihan sukan berteknologi tinggi di IDEAL Rehab Lab

PETALING JAYA: Atlet yang memerlukan pemulihan sukan kini mempunyai pilihan alternatif untuk mendapatkan rawatan di IDEAL Rehab Lab dan bukannya bergantung kepada Institut Sukan Negara (ISN), semata-mata. IDEAL Rehab Lab yang bertapak di Subang Jaya itu merupakan pusat fisioterapi dan pemulihan sukan berteknologi tinggi yang menawarkan penjagaan kesihatan dan kecergasan dengan harga mampu milik. Pengasas […]

Continue Reading

Kenyataan tidak selari prinsip Pas tidak boleh dianggap wakili parti, jawatan

KOTA BHARU: Sebarang kenyataan daripada pemimpin di mana-mana peringkat yang tidak selari atau bercanggah dengan pendirian serta prinsip Pas tidak boleh dianggap mewakili parti itu, malah tidak boleh mewakili jawatan disandang kepemimpinan berkaitan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara seperti dilakukan oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Ahli Parlimen Kepala Batas, […]

Continue Reading

Tiada kejutan, JDT mara ke final Piala Malaysia

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke final Piala Malaysia dengan agregat 6-1 selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) dalam aksi separuh akhir kedua, sebentar tadi. Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, skuad Harimau Selatan yang selesa berbekalkan kemenangan 4-0 pada aksi pertama mempamerkan aksi bertenaga bagi memburu gol awal sekali gus […]

Continue Reading

Herry tuntut komitmen penuh pemain untuk jadi juara dunia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menegaskan kerja keras dan komitmen penuh merupakan kunci utama dalam melahirkan juara dunia serta Sukan Olimpik. Menurut bekas jurulatih Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia itu, semua pemain perlu mempunyai disiplin tinggi, komitmen yang jitu serta semangat perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah. “Untuk mencapai tahap […]

Continue Reading

Amanah ambil tindakan ke atas Ketua Pemuda Pas Teluk Intan

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Pas Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu. Timbalan Pengerusi Biro Mobilisasi Amanah Nasional, Rafizal Ali berkata, pihaknya amat terkesan dengan satu hantaran dimuat naik dalam HarakahDaily kelmarin yang menyatakan bahawa fitnah dibawa Amanah terhadap […]

Continue Reading

JDT tetap turunkan pemain utama

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap akan membariskan kesebelasan terbaik ketika melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini walaupun sudah ‘sebelah kaki’ ke final. Pengendalinya, Hector Bidoglio mahu memastikan Harimau Selatan mempamerkan taring mereka dengan menambah derita buat skuad Penyu itu setelah selesa mencatatkan […]

Continue Reading

Wei Chong-Kai Wun mahu ‘smash’ 10 terbaik dunia

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong menjadikan tahun 2025 sebagai keutamaan untuk mengecapi impian berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Bergandingan bersama Tee Kai Wun, Wei Chong baru-baru ini menjuarai Indonesia Masters 2025, kini berada di kedudukan terbaik dalam karier mereka iaitu ranking ke-12 dunia. Sasaran untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 […]

Continue Reading

Miki sedia ikut jejak Jojo ke ONE Championship

PETALING JAYA: Petarung muda muay thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, semakin hampir merealisasikan impiannya untuk beraksi di pentas berprestij, ONE Championship. Mikail, atau lebih mesra disapa Miki, percaya peluangnya untuk menyertai kejohanan itu kini lebih terbuka selepas abangnya, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mencipta nama di kejohanan itu. Bagaimanapun, atlet berusia 16 tahun itu sedar […]

Continue Reading