Agape ATP tandatangani ICPO dengan Swiss One Oil & Gas AG

PETALING JAYA:  AGAPE ATP Corporation (ATPC) menandatangani Perintah Pembelian Korporat Tidak Boleh Dibatalkan (ICPO) dengan Swiss One Oil & Gas AG (Swiss One) dan memeterai perkongsian strategik untuk meningkatkan operasi penjualan dan pembelian minyak dan gas. ICPO memerlukan perolehan kira-kira 200,000 tan metrik diesel EN590 10PPM dan 2,000,000 tong Jet Fuel A1 untuk fasa percubaan awal. Kerjasama ini […]

Continue Reading

‘Ada jumpa Tengku Zafrul tapi belum bincang’ – Ahmad Zahid

IPOH: Belum ada perbincangan diadakan dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung khabar angin Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu akan meninggalkan parti untuk menyertai PKR. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia berjumpa Tengku Zafrul bagi membincangkan masa depan politiknya. “Ada jumpa tetapi kita belum bincang lagi. […]

Continue Reading

Sime Darby catat untung bersih RM305 juta pada suku kedua 2025

PETALING JAYA: Sime Darby Berhad (Sime) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM305 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2024 (tahun kewangan 2025), berbanding RM2.3 bilion yang dicatatkan pada suku kedua tahun sebelumnya. Ia turut mengambil kira keuntungan RM2 bilion yang diraih daripada pelupusan Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH). Menurut kenyataan, pendapatan yang […]

Continue Reading

Dividen KWSP hingga enam peratus mampu dicapai

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpotensi mengumumkan dividen sehingga enam peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.6 peratus Simpanan Syariah bagi tahun kewangan 2024 seperti yang disasarkan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi pendapatan kasar pelaburan KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama telah pun meningkat sebanyak […]

Continue Reading

Pas perlu reformasi untuk kekal dalam arena politik

BEBERAPA tokoh besar dalam Pas dilihat layak menggantikan posisi Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti itu pada muktamar di Kedah tahun ini, selepas lebih dua dekad ‘Ayah Chik’ menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu. Perubahan teraju itu dilihat penting bagi memastikan Pas terus kekal relevan dalam arena politik Malaysia yang menuntut kerjasama pelbagai […]

Continue Reading

Program Celik MADANI bantu pelajar IPT bina tabiat menyimpan

KUALA LUMPUR: Program Celik MADANI dapat membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meningkatkan pelaburan seterusnya membina tabiat menyimpan sejak usia muda. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, generasi muda harus memiliki kesedaran kewangan yang tinggi dan mampu membuat keputusan kewangan yang bijak bukan sahaja dapat mengemudi kewangan diri sendiri dan keluarga tetapi […]

Continue Reading

BA Group, YTL Communications bina infrastruktur gentian di Johor

PETALING JAYA: Bullish Aim Group (BA Group), inovator dalam infrastruktur telekomunikasi, dan YTL Communications Sdn. Bhd., anak syarikat YTL Power International Berhad menjalin usaha sama strategik untuk membangunkan infrastruktur gentian biasa generasi akan datang di Johor. Kerjasama itu akan menyaksikan penggunaan rangkaian gentian optik bersatu yang direka bentuk untuk meningkatkan keupayaan penghantaran data dan memupuk […]

Continue Reading

MITI sasar jumlah perdagangan tahun ini naik lima peratus

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan jumlah perdagangan keseluruhan tahun ini meningkat 5.0 peratus daripada RM2.879 trilion yang direkodkan pada 2024. Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bagaimanapun prospek itu masih bergantung kepada risiko luaran termasuk tarif, dasar baharu serta potensi konflik perdagangan. “Sama seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan […]

Continue Reading

JDT gagal digugat, juarai Liga Super kali ke-11

ISKANDAR PUTERI: Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan menjuarai Liga Super musim 2024/2025, kemenangan 11 musim berturut-turut selepas menewaskan Perak FC 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya mengesahkan kejuaraan lebih awal dengan berbaki empat permainan setelah mengumpul 58 mata daripada 20 […]

Continue Reading

Manfaat ilmu proses herba perluas perniagaan

KUALA LUMPUR: Tradisi turun temurun yang diamalkan dalam ilmu pembuatan herba bagi tujuan penjagaan kesihatan, seorang usahawan mengambil inisiatif untuk melebarkan perniagaan tradisinya itu dalam bentuk yang lebih moden diamalkan pengguna. Pengasas Hana Samudera, Norliza Md. Dewa berkata, amalan tersebut yang disifatkan sebagai rawatan alternatif itu kini semakin mendapat perhatian masyarakat untuk mencegah penyakit-penyakit kronik […]

Continue Reading

JDT hampiri rekod Tafea FC, tahun ke-11 Harimau Selatan dominasi Liga Super

MENEPATI ramalan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan dominasi mereka di Liga Super Malaysia apabila menewaskan Perak 2-0 dan kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan melakar kejuaraan ke-11 berturut-turut. Kali pertama JDT mula bergelar juara Liga Super adalah pada musim 2014 dan sejak daripada itu, skuad Harimau Selatan memegang erat gelaran berkenaan sehingga kejuaraan […]

Continue Reading

Kumpulan BA, YTL kerjasama bangun infrastruktur gentian

KUALA LUMPUR: Penyedia infrastruktur telekomunikasi, Kumpulan Bullish Aim (BA), memeterai kerjasama dengan YTL Communications Sdn. Bhd. bagi membangunkan infrastruktur gentian optik generasi akan datang. Kerjasama itu bertujuan memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan sambungan dan data berkelajuan tinggi. YTL Communications dan Kumpulan BA dalam satu kenyataan bersama berkata, kerjasama tersebut akan melibatkan penggunaan rangkaian gentian optik […]

Continue Reading

Harleein muncul juara remaja kebangsaan buat kali ketujuh

PETALING JAYA: Pemain skuasy remaja negara, Harleein Tan berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2025 di Pusat Skuasy Nasional di sini, semalam. Pemain yang bakal menginjak usia 16 tahun itu tidak berdepan masalah mengetepikan rakan seperjuangannya di kem negara, Najwa Zara Mohd Fakhrur Razi 13-11, 11-6, 11-0 pada perlawanan akhir […]

Continue Reading

Garis panduan baharu penganjuran kejohanan sukan

IPOH: Kerajaan negeri bercadang merangka garis panduan yang lebih ketat untuk memperbaiki sistem penganjuran kejohanan sukan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap acara sukan yang dianjurkan mematuhi standard yang tinggi dari segi keselamatan, pengurusan dan fasiliti. “Salah satu keperluan […]

Continue Reading

Proton, MPC bekerjasama dalam inisiatif produktiviti mampan

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd. bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengadakan persidangan sehari untuk meneroka peluang untuk bekerjasama dalam inisiatif produktiviti yang mampan. Persidangan bertajuk ‘Penerimaan Transformasi; Berinovasi ke arah operasi yang produktif’ itu bertujuan untuk mendapatkan idea penanda aras dan amalan terbaik yang berkaitan dengan strategi perniagaan dan produktiviti (QCD) Ia juga bagi […]

Continue Reading

Aisyah tuai perak acara perlumbaan mata

NILAI: Pelumba basikal trek negara, Nur Aisyah Zubir, mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat perak  dalam acara perlumbaan mata wanita elit pada kejohanan berbasikal Asia(ACC) 2025 di Velodrome Nasional, Nilai. Dalam saingan sengit itu, Aisyah mempamerkan kayuhan bertenaga serta strategi bijak untuk mengumpul 20 mata , sekali gus menempatkan dirinya di kedudukan kedua. Kejayaan tersebut […]

Continue Reading

Matrade mahu lebih banyak syarikat tempatan sertai CIIE ke-8

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan lebih banyak syarikat tempatan menyertai Ekspo Import Antarabangsa China ke-8 (CIIE) yang akan berlangsung dari 5 hingga 10 November ini di Shanghai bagi memperkukuh hubungan dagangan Malaysia-China serta meneroka pasaran baharu. Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz berkata, CIIE adalah platform perdagangan antarabangsa […]

Continue Reading

Gabungan muka lama, profesional sandaran Bersatu Kelantan

KOTA BHARU: Gabungan muka lama dan profesional menjadi sandaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bagi penggal 2024-2027 dalam mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. Ketua Badan Pimpinan Negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, kehadiran pemimpin yang berwibawa dan berpengalaman mampu memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada Bersatu di Kelantan. “Kita (Bersatu Kelantan) akan menjadikan agenda […]

Continue Reading

Perjanjian perdagangan bebas EU-Malaysia dijangka dimuktamadkan tahun depan

KUALA LUMPUR: Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) dijangka dimuktamadkan pada tahun depan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ketika ini perbincangan mengenai minyak sawit telah berjaya diselesaikan membabitkan kedua-dua pihak. “Saya gembira untuk melaporkan bahawa minyak sawit kini bukan lagi menjadi isu […]

Continue Reading