PM sangkal dakwaan halang pemimpin asing jumpa Tun Mahathir

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan menghalang beberapa pemimpin asing berjumpa dengannya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa. Katanya, tiada mana-mana pemimpin luar negara yang ingin bertemu […]

Continue Reading

‘Tidak adil masih panggil saya katak politik’

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob  menempak beberapa pihak yang masih mengelar dirinya sebagai katak politik. Yusof berkata, beliau sehingga kini masih menerima panggilan tersebut ekoran tindakannya keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Oktober 2021. Katanya, gelaran itu tidak adil diberikan kepadanya kerana dua ADUN DAP juga bertindak melompat […]

Continue Reading

Stadium Sultan Ibrahim jadi gelanggang Harimau Malaya

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi pertama Kumpulan F bertemu Nepal  pada 25 Mac ini. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul selepas menerima permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan perlawanan di stadium milik […]

Continue Reading

Hajiji ingatkan JKR sentiasa baiki jalan rosak

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) diingatkan untuk sentiasa memperbaiki jalan-jalan rosak di Sabah dan bukannya berbuat demikian apabila berlaku kemalangan mengakibatkan kehilangan nyawa. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jabatan itu harus bertanggungjawab membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berjadual agar mudah mengesan jalan-jalan rosak. “Biarpun perkara ajal dan maut itu adalah takdir yang […]

Continue Reading

TFC tempang lawan Kuching City FC 

KUALA NERUS: Persiapan Terengganu FC (TFC) menghadapi cabaran Kuching City FC dalam saingan Liga Super malam ini terjejas berikutan kehilangan pemain import, Nurillo Tukhtasinov  kerana penggantungan manakala Muhammad Akhyar Abdul Rashid menghadapi masalah kesihatan. Ketua Jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata, kehilangan dua pemain tersebut memberi kesan persiapannya berhadapan Kuching City FC dan terpaksa melakukan […]

Continue Reading

Faizal wira THT

KUALA LUMPUR: Jaringan tunggal Faizal Saari memastikan Terengganu Hockey Team (THT) mara ke final Piala TNB 2025 selepas menewaskan Matador 1-0 di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil, hari ini. Kemenangan itu mengukuhkan peluang THT untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 selepas menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara liga. Aksi separuh akhir […]

Continue Reading

Arif Aiman, bintang muda malaysia raih perhatian ‘World Soccer Magazine’

PEMAIN sayap kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi, terus mencatat sejarah sebagai pemain muda Malaysia pertama yang tersenarai dalam Football’s 50 Wonderkids edisi Februari 2025 oleh majalah bola sepak No. 1 dunia sejak 1960, World Soccer di mana namanya sejajar dengan bakat muda terhebat Eropah dan Amerika Selatan sekali gus membuktikan potensinya […]

Continue Reading

MIDF sasar 3,000 PKS sertai FRF, HATI 

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menyasarkan hampir 3,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai program Pembiayaan Sedia Masa Depan (FRF) dan Peningkatan Teknologi Akreditasi Halal (HATI). Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri berkata, program yang dikendalikan oleh MIDF itu merupakan langkah penting […]

Continue Reading

Kempen e-Bil #SambilBaring Air Selangor tarik 40,000 pengguna baharu

PETALING JAYA: Kempen e-Bil #SambilBaring Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam serta berjaya menarik seramai 43,911 pengguna baharu. Kempen tersebut bertujuan mengajak lebih ramai pengguna beralih kepada bil dalam talian (e-Bil), sekaligus memudahkan pengguna menguruskan pembayaran bil air dengan lebih cekap dan mesra alam. Di samping itu, […]

Continue Reading

TH Khairat berpeluang dapat perlindungan sehingga RM48,000

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada para pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful berganda sehingga RM48,000 melalui pendaftaran dua sijil perlindungan TH Khairat dengan setiap pengendali takaful yang dilantik. Menurut kenyataannya, sebelum ini, para pendeposit TH hanya boleh mendaftar satu sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga […]

Continue Reading

Produktiviti buruh bekerja tumbuh kepada RM44.2 setiap jam

PETALING JAYA: Produktiviti buruh per jam bekerja tumbuh 1.4 peratus pada suku tahun keempat 2024, mencatatkan RM44.2 setiap jam, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam penerbitan Statistik Produktiviti Buruh, Malaysia, Suku Tahun Keempat 2024. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku tahun keempat 2024 berbanding 5.4 peratus […]

Continue Reading

Southern Cable raih kontrak bernilai RM403.6 juta daripada TNB

PETALING JAYA: Southern Cable Group Berhad (Southern Cable), pengeluar kabel dan wayar memperoleh kontrak bekalan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).   Kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh kumpulan, Southern Cable Sdn. Bhd., melibatkan pembekalan dan penghantaran kabel kuasa bawah tanah serta konduktor kepada Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB untuk tempoh satu tahun […]

Continue Reading

Malaysia terajui ASEAN dalam penyediaan rumah mampu milik

PETALING JAYA: Malaysia merupakan peneraju ASEAN yang berjaya dalam usaha mempertingkatkan penawaran rumah mampu milik, menurut Juwai IQI.  Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, berbanding negara-negara ASEAN lain, kerajaan Malaysia sangat komited terhadap kebolehcapaian rumah mampu milik. “Ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat memandangkan jangkaan seramai 1.4 juta […]

Continue Reading

Minat terhadap motosikal buatan China semakin meningkat

SHAH ALAM: Sambutan terhadap motosikal keluaran China di pasaran tempatan meningkat kepada 30 peratus sejak lima tahun lalu. Pengarah Urusan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, peningkatan itu berdasarkan keyakinan pengguna terhadap khidmat lepas jualan khususnya alat ganti yang disediakan oleh pengedar di negara ini. Menurutnya, selain itu, kualiti produk yang baik turut mendorong peningkatan keyakinan […]

Continue Reading

Sekatan AS beri cabaran negara bangunkan pusat data AI

PETALING JAYA: Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip AI, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong. Bagaimanapun, beliau berkata, sekatan berkenaan tidak menjejaskan pembangunan ekosistem pusat data domestik secara keseluruhan. Menurutnya, Malaysia telah diletakkan di […]

Continue Reading

Glocomp gerakkan usaha hijau bersama peneraju industri

PETALING JAYA: Glocomp Systems (M) Sdn. Bhd. (Glocomp), penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi terkemuka di Malaysia berkerjasama strategik dengan pemegang kepentingan utama industri untuk memacu penerapan kelestarian dalam sektor pembuatan. Kerjasama itu melibatkan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Microsoft Malaysia, dengan sokongan Kementerian Digital. […]

Continue Reading

Saliran sasar raih RM21.71j daripada IPO

PETALING JAYA: Saliran Group Bhd. (Saliran), pembekal dan pengedar paip serta aksesori berkaitan, dijangka meraih dana RM21.71 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) membabitkan terbitan 80.4 juta saham biasa pada harga 27 sen sesaham. Menerusi prospektus IPO syarikat yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) pada 13 Mac ini, Saliran […]

Continue Reading

Bekas Exco jadi veteran DAP terbaharu tarik diri daripada CEC

GEORGE TOWN : Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh menjadi veteran DAP terbaharu yang menarik diri daripada menyertai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu bulan depan. Boon Poh, 74, berkata, walaupun namanya dicalonkan sekali lagi, namun, beliau membuat keputusan untuk menolak pencalonan itu kerana merasakan masanya sudah tiba untuk berbuat demikian. […]

Continue Reading

Tex Cycle meterai SSA untuk perolehi 60% pegangan dalam SEL

KUALA LUMPUR:  Tex Cycle Technology (M) Berhad (Tex Cycle), penyedia penyelesaian pengurusan sisa dan kitar semula mengumumkan bahawa anak syarikatnya, TC Chemical Sdn Bhd, telah menandatangani Perjanjian Jualan Saham (SSA) untuk memperoleh 60 peratus kepentingan ekuiti Safety & Environmental Laboratory Sdn. Bhd. (SEL) untuk jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM8.4 juta. Pemerolehan ini menekankan komitmen Tex Cycle untuk mengembangkan penawaran […]

Continue Reading

SPR sedia hadapi PRN Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan segala persiapan bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya telah bersiap sedia bagi melaksanakan PRN17. Beliau berkata, secara dasarnya SPR cukup bersedia untuk melaksanakan PRN Sabah yang akan tamat tempoh pada November ini. “Semua jentera di peringkat […]

Continue Reading