“Tunggu Sekejap” bila ditanya tentang keputusan pemilihan PKR

PUTRAJAYA: “Tunggu sekejap… Jangan dikenang orang jauh.” Itu reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh dengan mendendangkan lagu seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul ‘Tunggu Sekejap’ ketika ditanya pemberita berhubung keputusan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau kemudiannya meminta pemberita untuk membuat pencarian di Google tentang maksud lirik lagu tersebut sebelum […]

Continue Reading

Gaji Perak FC bukan di bawah kerajaan negeri

IPOH: Segala urusan operasi dan pengurusan Perak FC adalah di bawah syarikat telekomunikasi XOX selaku pemilik pasukan, bukannya kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bagaimanapun berkata, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh pasukan tersebut terutama dari segi pembayaran gaji. Katanya, kerajaan negeri akan cuba memperhalusi apakah pilihan […]

Continue Reading

Pelabur asing jual ekuiti RM330.5 juta minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan aliran jualan untuk minggu ke-26 berturut-turut, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM330.5 juta, jauh lebih rendah berbanding RM1.97 bilion pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Research.  Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan kecuali hari Jumaat, yang mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM39.9 juta. “Aliran […]

Continue Reading

Calon BN sudah isytihar harta

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, telah mengisytiharkan harta sebelum memilih untuk bersara daripada perkhidmatan awam. Menurut beliau, pengisytiharan harta adalah prosedur biasa dalam kalangan penjawat awam terutama bagi mereka yang mahu bersara awal. “Saya memang sudah isytihar harta sebelum […]

Continue Reading

Aidil Sharin puas hati aksi Kuching City musim ini

SEREMBAN: Menduduki tangga keempat keseluruhan dalam aksi Liga Super musim ini tetap memuaskan hati ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak. Pengendali berasal dari Singapura itu berkata, walaupun berdepan prestasi turun naik di awal musim namun perubahan yang dibuat ketika jendela perpindahan kedua telah mengubah prestasi pasukan secara keseluruhan. “Terima kasih kepada pemain, pengurusan […]

Continue Reading

Pemilihan isyarat ahli PKR tolak politik elit, kartel

PETALING JAYA: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan kebangkitan akar umbi yang dianggap sebagai satu ‘revolusi demokrasi’ apabila ramai tokoh besar yang sebelum ini mendominasi parti atas nama kartel, ditolak oleh ahli. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan keputusan pemilihan kali ini sebagai isyarat jelas bahawa ahli-ahli akar umbi menolak politik elit dan […]

Continue Reading

Na’im tegur Abdul Hadi, jangan gopoh keluarkan hukum

PETALING JAYA: Semua pihak diingatkan agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan berkaitan hukum agama terutama melibatkan isu sensitif seperti kedudukan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding kewajipan mengundi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, hukum agama adalah perkara yang perlu dibincangkan dengan teliti berlandaskan kefahaman menyeluruh serta […]

Continue Reading

Nadal bakal dirai di Terbuka Perancis

LONDON: Bekas pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal bakal diberi penghormatan dalam satu majlis khas di Terbuka Perancis, menurut pengarah kejohanan, Amelie Mauresmo. Legenda tenis dari Sepanyol itu, yang sudah bersara pada November lalu telah memenangi 14 daripada 22 gelaran Grand Slam miliknya di Roland Garros. Tiada pemain lain yang pernah memenangi gelaran perseorangan sebanyak […]

Continue Reading

Sultan Sallehuddin titah manfaatkan potensi bandar sempadan

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, agar kedudukan strategik negeri itu yang berjiran de­ngan Thailand dimanfaatkan bagi merancakkan ekonomi, khu­sus­nya melalui pembangunan bandar sempadan. Baginda bertitah, pembangunan bandar sempadan berpera­nan penting sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pelbagai sektor termasuk logistik dan industri yang berupaya menarik pelabur. “Kedudukan negeri Kedah yang berjiran dengan negara […]

Continue Reading

Martin sudah keluar hospital

LUSAIL: Aprilia mendapat perkhabaran berita gembira mengenai keadaan terkini Jorge Martin yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan di MotoGP Qatar. Penyandang juara MotoGP itu telah dimasukkan ke hospital sejak insiden menakutkan itu pada hujung minggu lalu yang mengakibatkan Martin mengalami 11 keretakan pada tulang rusuk dan cedera pada peparu. Bagaimanapun, pelumba 27 tahun itu dibenarkan […]

Continue Reading

Fadhlina susun gerak kerja, sedia pertahan jawatan Ketua Wanita PKR

NIBONG TEBAL : Ketua Cabang PKR Nibong Tebal yang baharu, Fadhlina Sidek kini mula menyusun gerak kerja dan strategi dalam mempergiatkan kempen untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita PKR menjelang sesi pemilihan parti, 24 Mei depan. Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, persiapan tersebut sama pentingnya dengan persiapan yang dilakukan ketika beliau […]

Continue Reading

TFC hadiah penamat bermakna, tumpaskan Kedah 3-0

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menghadiahkan penamat bermakna di hadapan penyokong sendiri apabila menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDA) 3-0 dalam perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam ini. Dalam perlawanan itu yang tidak mengubah kedudukan TFC di tangga kelima liga, jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-45, Ubaidullah […]

Continue Reading

Prakash ‘kejutkan’ dua Ahli Parlimen di Tebrau

JOHOR BAHRU: Pemilihan Ketua Cabang PKR Tebrau mencatatkan keputusan mengejutkan apabila dua Ahli Parlimen yang bertanding jawatan itu tewas kepada calon yang merupakan ahli biasa. Pada pemilihan itu, M. Prakash muncul pemenang apabila menewaskan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse dan Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran. Berdasarkan laman sesawang keputusan Pemilihan PKR 2025, Prakash […]

Continue Reading

Najwa Zara kejutkan pilihan pertama, Rania menjuarai Terbuka SRAFTKL

PETALING JAYA: Pemain remaja negara, Najwa Zara Mohd Fakhrur Razi mencipta kejutan selepas menyingkirkan pilihan pertama, Ayesha Rania Syed Humaiyun Kebir pada final Perempuan Bawah-19 Tahun Kejohanan Skuasy Antarabangsa Terbuka Remaja SRAFTKL Touch ‘n Go di ibu negara, hari ini. Najwa yang berusia 16 tahun, tetapi, beraksi di dalam kategori Bawah-19 Tahun, menewaskan seniornya itu […]

Continue Reading

 Fenomena ‘badan tanpa kepala’ Pemilihan PKR perlu pencerahan

KANGAR: Mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan pada Rabu ini diharap dapat merungkai dakwaan membabitkan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan parti, khususnya keanehan yang menyaksikan kumpulan tertentu menyapu bersih jawatan di peringkat cabang, namun calon ketua cabang mereka tewas. Trend yang berlaku di banyak tempat dan digelar sesetengah pihak […]

Continue Reading

Dakwaan UMNO lemah tidak gambar realiti politik semasa

TAPAH: Dakwaan UMNO semakin hilang taring apabila tidak lagi bersama Pas sama sekali tidak menggambarkan realiti politik semasa. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO tetap utuh sebagai sebuah parti apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan. Malah katanya, ada dalam kalangan pemimpin UMNO juga memainkan peranan penting […]

Continue Reading