Hannah tuntut MA selesai isu dalaman dengan segera

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Olahraga Malaysia (MA) menyelesaikan kemelut dalaman badan induk tersebut bersama beberapa atlet olahraga negara dengan segera. Hannah berkata beliau tidak mahu isu yang melanda MA menjejaskan prestasi skuad olahraga negara yang kini dalam persiapan untuk beraksi di Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini. “Kita dengar […]

Continue Reading

Permohonan tukar tempat duduk DUN tidak dibawa dalam mesyuarat PN

IPOH: ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengakui terkejut dengan tindakan Perikatan Nasional (PN) Perak yang memohon kepada Speaker supaya menukar tempat duduk beliau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). ADUN Bersatu itu berkata, beliau sudah dimaklumkan oleh Speaker, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengenai surat permohonan tersebut yang ditandatangani oleh Pengerusi PN Perak, Datuk […]

Continue Reading

Giliran Azizulhasni bergerak secara profesional

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuat pusingan U apabila keluar daripada persaraannya dan bergerak secara profesional di bawah Team Azizul. Atlet berusia 37 tahun itu sebelum ini mengumumkan persaraannya selepas Olimpik Paris 2024 namun selepas keadaan mentalnya pulih, Azizulhasni mengubah keputusannya. Azizulhasni menerima geran individu bernilai RM200,000 daripada Majlis Sukan Negara […]

Continue Reading

13,869 ahli PKR mengundi, Cabang Nibong Tebal jadi tumpuan

NIBONG TEBAL : Seramai 13,869 ahli PKR Pulau Pinang hari ini menjalankan tanggungjawab untuk mengundi bagi memilih jawatankuasa baharu di 12 daripada 13 cabang parti di sini. Daripada jumlah itu, seramai 13,542 ahli mengundi secara dalam talian manakala selebihnya iaitu seramai 327 ahli pula mengundi secara fizikal. Pengundian secara fizikal yang melibatkan Cabang PKR Bukit […]

Continue Reading

Manifesto BN di peringkat akhir, umum dalam masa terdekat

TAPAH: Manifesto yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kini berada di peringkat akhir dan dijangka akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, draf manifesto berkenaan akan dimuktamadkan selepas mesyuarat induk BN bersama calon diadakan pada malam ini. […]

Continue Reading

Kinoshi mahu pemain Selangor bersikap profesional

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) enggan mengambil sikap sambil lewa menjelang aksi terakhir Liga Super musim ini menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini. Perkara itu ditegaskan pengendalinya, Katsuhito Kinoshi yang menyeru anak buahnya menampilkan aksi terbaik biarpun kedudukan selaku naib juara liga tidak terjejas dengan apa sahaja keputusan pada […]

Continue Reading

Pastikan kempen beretika, elak fitnah

TAPAH: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya memastikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dijalankan secara bersih dan beretika tanpa melibatkan fitnah. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keutamaan BN adalah untuk memenangi hati pengundi berdasarkan kekuatan parti dan kewibawaan calon, bukannya melalui serangan peribadi dan dakwaan […]

Continue Reading

Nur Azmi dilantik Timbalan Presiden MOM

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Karate Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad dipilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas menerima 70 undian pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif MOM 2025-2029 kali ke-44 di sini, hari ini. Beliau menewaskan Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz yang menerima 20 undi. Sementara itu, untuk jawatan Presiden MOM, […]

Continue Reading

Pengundi matang, isu remeh tidak jejas sokongan

TAPAH: Isu kandang babi dan insiden paip pecah yang dimainkan pihak tertentu pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak memberi kesan terhadap pengundi. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pengundi tempatan diyakini lebih rasional dalam membuat pilihan sekali gus menolak kempen berlandaskan isu remeh. Katanya, naratif berkaitan […]

Continue Reading

Tang Jie mahu bantu Wen Tse sebelum ‘rujuk’ bersama Ee Wei

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie mahu membantu gandingan sementaranya, Chan Wen Tse sebelum kembali bergandingan bersama Toh Ee Wei pada penghujung Mei nanti. Tang Jie-Wen Tse yang mula digandingkan awal bulan ini selepas berpisah dengan Ee Wei, dijadual menyertai Terbuka Taiwan dari 6 hingga 11 Mei, diikuti Terbuka Thailand (13-18 Mei) […]

Continue Reading

Speaker sahkan terima permohonan PN tukar tempat duduk Zainol Fadzi di DUN

IPOH: Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengesahkan menerima surat permohonan daripada Perikatan Nasional (PN) Perak bagi menukar tempat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Menurutnya, surat yang ditandatangani oleh Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tersebut diterimanya pada […]

Continue Reading

Brunei ‘belanja’ kelab Liga Super

PETALING JAYA: Pasukan Liga Super bakal mendapat manfaat daripada penyertaan Brunei DPMM FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan. Ini kerana difahamkan, Brunei akan menaja tiket penerbangan, hotel penginapan dan kos-kos lain kepada kelab tempatan yang bertandang ke negara itu bagi mengharungi aksi liga di sana. Menurut sumber, perkara berkenaan sudah dipersetujui […]

Continue Reading

Mercedes diberi amaran jangan dekati Verstappen

JEDDAH: Bos Williams, James Vowles memberi amaran kepada bekas majikannya, Mercedes agar tidak mengejar juara dunia Formula 1 (F1) bertahan, Max Verstappen. Prestasi hambar Red Bull dalam Grand Prix (GP) Bahrain menyaksikan Verstappen hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan masalah pasukan itu dengan jentera RB21 telah mencetuskan spekulasi bahawa pelumba Belanda itu mungkin […]

Continue Reading

Dua pemimpin PKR Terengganu kekal pertahan jawatan Ketua Cabang 

KUALA TERENGGANU: Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Azan Ismail mengekalkan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu dalam pemilihan parti itu, semalam. Azan, 59, memperoleh sebanyak 363 undi mengatasi dua pencabarnya iaitu Ahmad Yani Hashim (175 undi) dan Wan Muhammad Haikal Wan Ghazali (52 undi). Azan menyandang jawatan Ketua Cabang Kuala Terengganu sejak 2022.  AHMAD […]

Continue Reading

Kami tidak pernah leka – Ducati

LONDON: Bos Ducati, Gigi Dall’Igna berkata dua pelumbanya menunjukkan betapa kehebatan mereka dalam Grand Prix (GP) Qatar sekali gus memberi peringatan kepada pencabar lain bahawa mereka tidak pernah leka. Pengeluar dari Itali itu, dengan bantuan Marc Marquez, meneruskan dominasi mereka dengan kemenangan berganda (pecut dan GP) di Qatar untuk musim 2025, dan masih belum ditewaskan […]

Continue Reading

Ekonomi Malaysia dianggar berkembang 4.4% pada suku pertama

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.4 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih perlahan daripada pengembangan 5.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh dalam situasi cabaran global yang berlarutan, disokong oleh asas ekonomi domestik yang […]

Continue Reading

Dua nama besar tidak sertai London Maraton

LONDON: Pemegang rekod dunia, Ruth Chepngetich telah menarik diri daripada menyertai London Maraton bersama juara bertahan Peres Jepchirchir. Chepngetich, 30, menjadi wanita pertama mencatat masa bawah dua jam 10 minit dalam Chicago Maraton 2024, berkata dia belum bersedia untuk perlumbaan tersebut yang bakal diadakan pada minggu depan. Atlet dari Kenya itu mengakui berasa sangat sedih […]

Continue Reading

Pengeluar kenderaan, pembekal alat ganti China alih fokus ke Malaysia

PETALING JAYA: Pengeluar kenderaan dan pembekal alat ganti dari China dijangka mengalihkan fokus perniagaan ke rantau yang mesra tarif seperti Asia Tenggara, dengan Malaysia berpotensi menjadi penerima manfaat utama selepas berdepan kadar tarif yang tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. CIMB Securities berkata, peralihan itu boleh membawa kepada lonjakan import kenderaan dan komponen dari […]

Continue Reading

Pilih pemimpin tidak hilang selepas menang

GUA MUSANG: Kira-kira 14,000 pengundi muda berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu memilih pemimpin yang sentiasa ada bersama rakyat supaya boleh bergantung harap dan ‘tidak hilang’ selepas menang. Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berharap pengundi muda dapat membuat keputusan bijak dengan memilih pemimpin daripada wakil kerajaan Pusat.  […]

Continue Reading

Peluang terakhir pemain Sri Pahang pikat Fandi

KUANTAN: Pemain Sri Pahang FC perlu berusaha memikat hati pengendalinya, Fandi Ahmad untuk membarisi kesebelasan utama dalam aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 April ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, aksi menentang Penang FC malam ini menjadi medan terakhir untuk para pemain mempamerkan bakat […]

Continue Reading