Chelsea terus ‘tergelincir’ ke Liga Juara-juara

LONDON: Chelsea terus tercicir mata dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara apabila sekadar seri 2-2 menentang pasukan tercorot, Ipswich Town di Stamford Bridge, malam tadi. Kelekaan pertahanan tuan rumah dihukum awal apabila Julio Enciso meledak gol pembukaan hasil hantaran Ben Johnson pada minit ke-19. Enciso kemudian membalas budi 12 minit kemudian apabila hantarannya disudahkan Johnson […]

Continue Reading

Ethan pertahan takhta, Adania raih emas remaja

SUBANG JAYA: Bintang boling remaja negara, Ethan Damien Goh Chen Ming terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya mempertahankan kejuaraan di Kejohanan Boling Terbuka Malaysia 2025 di Sunway Megalanes, Subang Jaya, sebentar tadi. Pemain berusia 15 tahun itu mengungguli saingan kategori remaja lelaki selepas mencatat 1,820 mata dalam lapan pusingan, menewaskan rakan sepasukan, Wan Muhammad Zarif Ikram […]

Continue Reading

Aaron-Wooi Yik juara Asia 2025

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, sebentar tadi. Mereka menewaskan gandingan muda China, Chen Bo Yang-Liu Yi dengan kemenangan bergaya 21-19, 21-17 dalam aksi final di Ningbo, China. Kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjulang gelaran beregu lelaki Asia sejak kali […]

Continue Reading

Isu tauliah, sampai waktu saya akan jawab – calon PN

TAPAH: Calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek belum bersedia untuk mengulas mengenai dakwaan menipu dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini. Abdul Muhaimin, 44, berkata, beliau menunggu masa yang sesuai untuk menjawab dakwaan berkenaan. “Kalau isu itu (tauliah) saya tak perlu bagi komen. Saya nak beri harapan, saya nak orang tanya […]

Continue Reading

Patuhi garis panduan tidak umum peruntukan, projek pembangunan semasa PRK

TAPAH: Semua pihak perlu patuh dengan tidak mengumumkan sebarang peruntukan penyaluran dana dan projek pembangunan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini. Menteri Komunikasi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sepanjang kempen pilihan raya itu, semua pihak perlu patuh dengan garis panduan yang […]

Continue Reading

PRK Ayer Kuning: PN tolak kempen serangan peribadi

LARUT: Perikatan Nasional (PN) menolak kempen berbentuk serangan peribadi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, untuk itu semua parti bertanding diminta menjaga etika sepanjang kempen PRK tersebut. Menurutnya, walaupun berbeza ideologi politik, kempen harus tertumpu kepada keupayaan calon, bukannya menyerang peribadi individu. […]

Continue Reading

Jangan kempen berunsur fitnah – Mohamad Sabu

TAPAH: Parti pembangkang tidak seharusnya berkempen berunsur fitnah demi meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sekiranya gabungan parti pembangkang mengkritik kelemahan kerajaan itu merupakan perkara biasa dalam politik. “Takpalah itu hak mereka, tetapi kita harap kempen tidak berunsur […]

Continue Reading

Mohamad Yusri mahu bangunkan Ayer Kuning

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berjanji akan merangka strategi bagi membangunkan kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat. Mohamad Yusri Bakir, 54, berkata, sekiranya terpilih, kemenangan itu bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kesejahteraan rakyat Ayer Kuning. “Menang untuk kesejahteraan kita bukan untuk kepentingan […]

Continue Reading

Bakat muda lumba motosikal terjamin bawah teraju MAM

Program pembangunan bakat muda pelumba motosikal negara bakal melalui proses peralihan apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas berhasrat untuk melepaskan kepada pihak yang sewajarnya menggalas tanggungjawab tersebut. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali ketika ditemui, baru-baru ini, tanpa berselindung menyuarakan pandangannya bahawa peranan bagi membangunkan pelumba-pelumba muda negara seharusnya diserahkan kepada Persatuan […]

Continue Reading

Biar ahli gabungan menilai, tiada kepentingan peribadi- Nur Azmi

PETALING JAYA: Pengalaman berharga lebih tiga dekad dimiliki dalam arena sukan tanah air dan mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tempoh berkenaan, meletakkan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad adalah individu tepat untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) penggal 2025-2029. Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) itu yang kini memegang jawatan Naib Presiden MOM, menjelaskan keputusan […]

Continue Reading

De Bruyne jadi wira kebangkitan City belasah Palace 5-2

MANCHESTER: Kevin De Bruyne membuktikan beliau masih berbisa apabila memimpin kebangkitan luar biasa Manchester City untuk membenam Crystal Palace 5-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad, hari ini. Dua jaringan awal oleh Eberechi Eze dan Chris Richards hampir memalukan tuan rumah, namun semangat juang City yang kembali menyala menyaksikan mereka berpesta gol dengan […]

Continue Reading

KDA ikat Sabah 1-1 dalam aksi terakhir di Darul Aman

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak berpeluang menghadiahkan kemenangan dalam aksi terakhir mereka di laman sendiri musim ini, apabila terikat 1-1 dengan pasukan tangga ketiga Liga Super, Sabah FC di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. Perlawanan berlangsung seimbang sejak dimulakan sebelum pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi sepakan penalti pemain tengah, Amirul […]

Continue Reading

Adik-beradik Marquez kuasai petak depan

LUSAIL: Marc Marquez muncul wira kelayakan Grand Prix (GP) Qatar apabila memecahkan rekod litar Lusail dan merampas petak utama, sementara saingan kejuaraan Francesco Bagnaia terjatuh dan bakal bermula dari barisan keempat. Pelumba Sepanyol itu, yang sedang memburu kejuaraan bersama Ducati, mencatat petak utama ke-70 dalam kariernya dan pertama di Qatar sejak 2014, sekali gus menebus […]

Continue Reading

Setiausaha Politik PM menang di Alor Setar, anak Johari Abdul tewas di Jerai

ALOR SETAR: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai yang juga bekas Ahli Parlimen Alor Setar menang pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Alor Setar, semalam. Ming Kai memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Alor Setar setelah menerima 932 undi mengatasi pencabarnya, Ang Say Thong yang mendapat 471 undi. Penyandang jawatan itu, Datuk Zamri […]

Continue Reading

Aaron-Wooi Yik gegar pentas final BAC 2025

PETALING JAYA: Jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengaum garang di bumi China apabila menyingkirkan juara bertahan dari negara Tembok Besar untuk menempah tiket ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, sebentar tadi. Beregu No. 6 dunia itu tidak memberi ruang langsung kepada Liang Wei Keng-Wang Chang apabila melakar kemenangan meyakinkan 21-12, 21-14 […]

Continue Reading

Tiada ceramah besar-besaran, BN fokus turun ke lapangan

TAPAH: Barisan Nasional (BN) tidak bercadang untuk mengadakan ceramah besar-besaran sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera parti akan menggunakan strategi menyantuni pengundi secara terus dengan turun ke lapangan. “Dari segi kesiap-siagaan, jentera di bawah Menteri Besar Perak, Datuk Seri […]

Continue Reading