ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

KUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27 trilion) setiap tahun dalam hasil hijau dan dapat membuka nilai sehingga AS$1.5 trilion (RM6.36 trilion) nilai baharu menjelang 2030. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, unjuran nilai itu sekiranya pelaburan hijau dan kerjasama rentas sempadan dalam grid kuasa serantau, pasaran […]

Continue Reading

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 meningkat kepada RM4.9 bilion daripada RM4.5 bilion pada 2023, dengan suntikan modal ke dalam ekonomi negara terkumpul berjumlah RM5.6 bilion. Prestasi itu mencerminkan kekuatan portfolio Ekuinas yang berterusan, pelaksanaan berdisiplin dan pelaburan modal yang strategik. Dana di bawah pengurusan […]

Continue Reading

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

SERDANG: Malaysia masih menunjukkan tahap kebergantungan tinggi terhadap import makanan meskipun nilai eksport agromakanan negara mencatatkan angka yang memberangsangkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pada tahun lalu, nilai eksport produk agromakanan negara mencecah RM105.6 bilion, manakala nilai import pula berjumlah RM79.1 bilion. Menurutnya, keadaan ini menimbulkan cabaran besar kepada usaha memperkukuh keterjaminan […]

Continue Reading

Sze Fei-Izzuddin enggan hanyut dengan status No.1 dunia

PETALING JAYA: Pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membuktikan status beregu No.1 dunia bukan alasan untuk dibuai keyakinan apabila kekal tenang menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-13, 21-11 di pusingan kedua Terbuka Singapura, hari ini. Kemenangan ke atas Arif-Roy King itu juga mengukuhkan rekod bersih mereka dengan tiga kemenangan tanpa kalah […]

Continue Reading

Skuad Harimau Malaya hampir kejutkan pasukan ke-72 dunia

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya hampir mengejutkan pasukan di ranking ke-72 dunia, Cape Verde apabila mengikat pasukan itu 1-1 pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. Malaysia yang berada di tangga ke-132 dunia bagaimanapun memilih untuk menurunkan tujuh pemain tempatan membarisi kesebelasan utama dan ia jelas keputusan berani diambil […]

Continue Reading

Jonah perbaiki catatan peribadi di Korea Selatan

PETALING JAYA: Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Anak Rigan menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 12 peserta dalam Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan, sebentar tadi. Bagaimanapun, Jonah masih boleh berbangga apabila dia berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaiknya musim ini selepas melakukan lontaran 18.05 meter (m). Pingat emas dimenangi oleh atlet Iran, […]

Continue Reading

Harimau Malaya ketinggalan 0-1 kepada Cepe Verde

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya tetap memperagakan aksi menghibur meskipun ketinggalan 0-1 pada babak pertama, bagi aksi persahabatan Tier 1 berdepan Cepe Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. Beraksi dihadapan lebih 5,000 penyokong, anak buah Peter Cklamovski terlebih dahulu menguji pintu gol Cepe Verde pada minit ketujuh menerusi percubaan kencang pemain warisan, […]

Continue Reading

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

PETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke suku keempat 2025 berikutan isu-isu yang masih belum diselesaikan seperti kelayakan dan mekanisme pelaksanaan. MIDF Amanah Investment Bank Bhd. berkata, potensi penangguhan itu ke separuh kedua 2025 dijangka memberi kelegaan sementara kepada pengguna, sekali gus menyokong perbelanjaan swasta dalam persekitaran inflasi yang stabil. “Walaupun […]

Continue Reading

Harimau ‘asli’ barisi kesebelasan lawan Cepe Verde

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengambil keputusan berani dengan menurunkan tujuh anak tempatan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan berdepan Cepe Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini. Tujuh pemain tempatan yang mendominasi kesebelasan utama itu diketuai penjaga gol berpengalaman, Ahmad Syihan Hazmi mengawal benteng skuad Harimau Malaya. Bahagian pertahanan diperkuatkan oleh […]

Continue Reading

Destini catat untung bersih RM23.2 juta dalam sembilan bulan

PETALING JAYA: Destini Berhad (Destini), penyedia penyelesaian kejuruteraan mencatat Keuntungan Selepas Cukai (PAT) bernilai RM23.2 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2025, disokong oleh hasil sebanyak RM250.2 juta. Bagi suku ketiga 2025, Destini mencatatkan pertumbuhan hasil yang stabil sebanyak 4.9 peratus, mencecah RM87.67 juta berbanding RM83.56 juta pada suku sebelumnya. Untung bersih dalam […]

Continue Reading

PM jumpa barisan Kabinet hari ini, isu kekosongan menteri tidak dibincang

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan ada pertemuan antara barisan Kabinet dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Menurutnya, pertemuan itu berlangsung sekitar pukul 2 petang tadi. “Ya. Ada perjumpaan dengan Perdana Menteri tadi, pada pukul 2 tadi,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bil. 1 2025, di sini […]

Continue Reading

Pasaran saham tempatan ditutup lemah

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif, apabila susut 4.50 mata kepada 1,518.98 pukul 5 petang tadi, berbanding 1,523.48 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,525.60. Jumlah dagangan sebanyak 3.3 blion unit bernilai RM2.2 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 478 berbanding 466 dengan 460 kaunter tidak berubah dan […]

Continue Reading

KJ nafi sertai semula UMNO

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan desas-desus akan menyertai semula parti itu dalam masa terdekat. Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau perlu memberi fokus terhadap beberapa projek yang masih tertangguh. “Buat masa sekarang, banyak projek dan perniagaan tertangguh yang perlu diuruskan. Saya perlu memberikan fokus dan masa serta akan sibuk […]

Continue Reading

Mana hilang penyokong Harimau Malaya?

KUALA LUMPUR: Perlawanan persahabatan Tier 1 antara Harimau Malaya berdepan Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam gagal menarik sokongan peminat skuad kebangsaan apabila suasana agak suram. Tinjaun Utusan Malaysia sehingga pukul 6 petang menyaksikan pergerakan penonton agak perlahan, berkemungkinan perlawanan diadakan pada hari bekerja. Kurang daripada 1,000 penyokong kelihatan berada di kawasan […]

Continue Reading

UEM Edgenta catat kerugian RM11.8 juta

PETALING JAYA: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), mencatatkan Kerugian Sebelum Cukai (LBT) sebanyak RM11.8 juta keputusan kewangan yang belum diaudit bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, berbanding Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM19.6 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Hasil keseluruhan turut menurun sebanyak 4.6 peratus, daripada RM677.6 juta dalam suku pertama tahun […]

Continue Reading

ASM sasar raih RM21.82 juta IPO di Pasaran ACE

PETALING JAYA: ASM Automation Group Berhad (ASM), pakar terkemuka penyelesaian jentera automasi di Malaysia menyasarkan hasil kasar sebanyak RM21.82 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) pada harga 17 sen sesaham. IPO itu melibatkan terbitan awam sebanyak 128.34 juta saham baharu, mewakili 24 peratus daripada modal saham […]

Continue Reading

KDN FC tanggung kos pasang papan markah baharu Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) akan menanggung sepenuhnya kos pemasangan papan markah baharu di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini dianggarkan bernilai hingga RM4 juta. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhammad berkata, hasil perbincangan KDN FC telah bersetuju untuk membawa masuk pelabur […]

Continue Reading

Saya tak letak jawatan, patuh arahan parti

GEORGE TOWN : “Saya tak letak jawatan, saya ikut arahan parti.”  Demikian ditegaskan Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Fahmi Zainol yang tidak akan meletak jawatan Exco negeri walaupun dilihat satu kem dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli pada pemilihan parti baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri […]

Continue Reading