Bukan Hakim, Qabil sahaja jadi mangsa taktik ‘slipstream

PETALING JAYA: Gara-gara taktik ‘slipstream’, pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mendapat jolokan Mr. P2 dan nasib serupa turut menimpa pelumba cilik, Qabil Irfan Azlan yang berdepan taktikal sama pada Kejuaraan Superbike Sepanyol 2025 di Motorland Aragon, Sepanyol, hujung minggu lalu. Namun begitu, bagi Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, perkara tersebut merupakan satu insiden […]

Continue Reading

Iskandar sah kembali ke BAM 1 Oktober ini

KUALA LUMPUR: Bekas perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sah kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai jurulatih perseorangan bermula 1 Oktober ini. Perkara itu diumumkan Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media selepas sesi libat urus bersama pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. “Iskandar akan […]

Continue Reading

Kontrak Pearly-Thinaah terjawab sebelum Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai kontrak baharu Pearly Tan-M. Thinaah bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka terjawab sebelum Terbuka Jepun bermula 15 Julai ini. Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rundingan bersama beregu wanita utama negara itu sudah hampir dimuktamadkan. “Kita bersetuju Pearly-Thinaah akan terus memainkan peranan penting dalam badminton negara. Perbincangan […]

Continue Reading

Dulu ‘pengurus’ permainan FIFA di Playstation, kini bina legasi bola sepak tempatan

BUKAN sekadar cerita manis seorang pewaris takhta, kisah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, , yang pernah bermain permainan FIFA di Playstation kini menjadi ia satu simbol bagaimana visi dimilikinya sejak kecil dijelmakan dalam dunia sebenar. Perkongsian menyentuh hati daripada bondanya, Raja Zarith Sofiah, sempena ulang tahun kelahiran baginda ke-41 mendedahkan sisi peribadi TMJ yang […]

Continue Reading

Saiful optimis skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin optimis pasukan bawah 18 (B-18) mampu mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-18 di China pada 3 hingga 13 Julai ini. Nor Saiful dipertanggungjawabkan untuk memantau skuad B-18 negara yang kini di bawah bimbingan Mohd. Sufian Mohamad berkata, selepas melihat senarai pencabar […]

Continue Reading

Bank Islam pekenal Mastercard Move

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjadi institusi kewangan yang pertama di Malaysia yang mengguna pakai Mastercard Move, satu penyelesaian pemindahan tunai yang membolehkan transaksi dalam Malaysia dan rentas sempadan menerusi integrasi bersama Mastercard. Penyelesaian telus dan menyeluruh tersebut bertujuan untuk memudahkan operasi, mengoptimumkan kecairan, mengurangkan risiko Bank Islam dan pelanggan korporatnya. Perkhidmatan […]

Continue Reading

Qabil Irfan selesa ungguli carta ESBK Talent

PETALING JAYA: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan kini mengungguli carta kategori ESBK Talent selepas mengumpul 135 mata daripada enam perlumbaan pada Kejuaraan Superbike Sepanyol 2025. Qabil Irfan kini memiliki kelebihan 43 mata di hadapan pencabar terdekatnya, Izan Rodriguez dari Sepanyol yang mengutip 92 mata dan pelumba Switzerland, Alessio Arnold di tempat ketiga dengan 82 […]

Continue Reading

Pelabur asing catat aliran masuk bersih RM33.2 juta minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM33.2 juta di Bursa Malaysia minggu lalu, sekali gus menamatkan trend jualan selama lima minggu berturut-turut, kata MIDF Amanah Investment Bank Berhad. Dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 27 Jun 2025, MIDF berkata, aktiviti pelabur asing adalah bercampur sepanjang minggu tersebut, dengan pembelian bersih dicatatkan […]

Continue Reading

Norris berdebar sebelum raih kemenangan GP Austria

AUSTRIA: Pelumba McLaren, Lando Norris mengakui dia terpaksa berdepan cabaran sukar daripada rakan sepasukan dan pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri sebelum melakar kemenangan dalam Grand Prix (GP) Austria sekaligus mencatat keputusan 1-2 buat pasukannya. Dalam cuaca panas terik di Litar Red Bull Ring, pelumba dari Britain berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan 2.695 saat di hadapan […]

Continue Reading

Sukan hoki kehilangan sebuah permata

PETALING JAYA: Jenazah bekas pemain hoki kebangsaan dan Olimpian, Muhammad Khairy Nunis Abdullah atau lebih dikenali Kevin Nunis telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar pada pukul 10.45 pagi semalam. Allahyarham, 65, meninggalkan seorang balu, Rahimah Awang Mohd dan tiga orang anak. Turut hadir memberi penghormatan terakhir Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), […]

Continue Reading

Hormati pelumba lain – Marc Marquez

Assen, BELANDA: Pelumba Ducati, Marc Marquez berang terhadap pengkritik yang mendakwa pesaingnya tidak berlumba dengan bersungguh-sungguh menentangnya selepas melakar kemenangan tipis di MotoGP Belanda, semalam. Marquez menjadi pilihan utama untuk bersaing merebut kemenangan setiap hujung minggu setakat ini, apabila dia kini berada 68 mata di hadapan dalam kejuaraan selepas meraih kemenangan berganda di Assen. Namun, […]

Continue Reading

Marquez unggul di Assen, Alex cedera

ASSEN: Marc Marquez terus memperkukuh cengkaman dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP selepas menjuarai Grand Prix (GP) Belanda hari ini, namun kemenangan itu dibayangi insiden kecederaan adiknya, Alex Marquez. Juara dunia enam kali itu menamatkan saingan di tempat pertama dengan mengetepikan dua pelumba Itali, Marco Bezzecchi (Aprilia) dan rakan sepasukan Ducati, Francesco Bagnaia yang sekadar berpuas […]

Continue Reading

GP Austria tertangguh, kereta Sainz terbakar

SPIELBERG: Perlumbaan Grand Prix (GP) Austria Formula Satu (F1) hari ini terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas kereta Carlos Sainz dari pasukan Williams terbakar di atas grid. Insiden berlaku sejurus sebelum pusingan formasi apabila Sainz gagal menggerakkan jenteranya dan memerlukan bantuan penolak daripada petugas litar. Pemandu Sepanyol itu sepatutnya memulakan perlumbaan dari lorong pit, namun […]

Continue Reading

Verstappen kecundang di laman sendiri

SPIELBERG: Harapan Max Verstappen untuk mencipta sejarah di Litar Red Bull lebur selepas dia terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama dalam Grand Prix (GP) Austria, hari ini. Juara dunia empat kali itu berlanggar dengan pelumba Mercedes, Kimi Antonelli sebaik sahaja perlumbaan bermula, sekali gus menyaksikan penamat pertamanya musim ini tanpa sebarang mata. Verstappen yang bermula […]

Continue Reading

Norris takluk GP Austria

SPIELBERG: Pelumba McLaren, Lando Norris menebus kekecewaan di Grand Prix (GP) Kanada dua minggu lalu apabila muncul juara GP Austria 2025 sebentar tadi, sekali gus merapatkan jurang mata dengan pendahulu kejuaraan yang juga rakan sepasukannya, Oscar Piastri. Norris, yang bermula dari petak utama, mengekalkan ketenangan sepanjang saingan sengit bersama Piastri dan meraih kemenangan ketujuh dalam […]

Continue Reading

‘Kaitkan dengan realiti hari ini jika bercerita sejarah UMNO’

BUTTERWORTH : Pemimpin UMNO khususnya perlu memainkan peranan dengan mempelbagaikan teknik atau pendekatan untuk menarik minat generasi muda mendekati parti itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pendekatan itu termasuk ketika bercerita mengenai sejarah perjuangan parti tersebut kepada golongan berkenaan. “Bukan semua generasi muda ini tidak suka mendengar cerita […]

Continue Reading

Dua permata litar dunia: Hakim Danish, Qabil Irfan perlu diberi tajaan penuh kerajaan – Zuhairi

KUANTAN: Dua permata sukan permotoran negara, Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan perlu diberikan tajaan dan sokongan penuh oleh kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam membantu mereka meneruskan kerjaya di peringkat antarabangsa. Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, beliau difahamkan, dua pelumba muda negara itu […]

Continue Reading

‘UMNO tidak terhegeh-hegeh rayu siapa-siapa kembali’

TANGKAK: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga berpendapat sama ada penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditarik semula ataupun tidak perlu diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu. Kata beliau, Ahli Parlimen Sembrong itu perlu membuat permohonan kepada parti supaya tindakan penggantungan keahliannnya itu ditarik semua, itupun jika masih berminat menyertai […]

Continue Reading