Pogacar tambah koleksi kejuaraan di bumi Perancis

PARIS: Juara bertahan Tour de France, Tadej Pogacar mengukuhkan status sebagai pelumba terhebat era moden apabila menjuarai keseluruhan Criterium du Dauphine 2025, lewat malam semalam. Pelumba UAE Team Emirates itu menamatkan saingan lapan peringkat dengan kelebihan 59 saat (s) mengatasi pencabar utama, Jonas Vingegaard dari Denmark. “Ia minggu yang luar biasa dan pasukan saya berjaya […]

Continue Reading

Spaun bangkit juarai Terbuka AS, Ciganda tamat kemarau

OAKMONT: J.J. Spaun melakar kejutan dramatik di lubang terakhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila merangkul kejuaraan utama sulungnya dengan pukulan birdie sejauh 65 kaki meskipun bergelut teruk pada permulaan pusingan akhir. Spaun, 34, menamatkan 72 lubang di padang legenda Oakmont dengan catatan satu bawah par 279, dua pukulan mengatasi pencabar dari Scotland, Robert MacIntyre manakala […]

Continue Reading

PSG benam Atletico, Bayern belasah Auckland

LOS ANGELES: Paris Saint-Germain (PSG) memberi isyarat awal terhadap penguasaan mereka dalam Piala Dunia Kelab, manakala Bayern Munich langsung tidak menunjukkan belas kasihan pabila membelasah pasukan amatur dari Auckland dengan kemenangan besar 10-0. Hari pertama kejohanan edisi sulung melibatkan 32 pasukan kelab menyaksikan juara Eropah yang baru dinobatkan, PSG, mempamerkan aksi cemerlang dengan kemenangan 4-0 […]

Continue Reading

Russell juara GP Kanada

MONTREAL: George Russell menghadiahkan kemenangan pertama musim ini buat Mercedes selepas menjuarai Grand Prix (GP) Kanada yang penuh debaran, awal pagi tadi. Pelumba Britain itu menamatkan saingan 70 pusingan dengan kelebihan 0.228 saat (s) mengatasi juara dunia empat kali, Max Verstappen dari Red Bull. Kejayaan itu juga menyaksikan rakan sepasukannya, Kimi Antonelli menamatkan perlumbaan di […]

Continue Reading

Pfizer beri keutamaan pada inovasi, kukuhkan perkongsian

PETALING JAYA: Syarikat biofarmaseutikal, Pfizer memberi keutamaan di Malaysia dalam tiga tonggak utama iaitu memacu inovasi, mengukuhkan perkongsian dan meningkatkan penjagaan pesakit dalam beberapa tahun akan datang.  Ketua Kluster Pfizer, Malaysia-Indonesia-Singapura-Filipina (MISP), Deborah Seifert berkata, pihaknya akan terus melabur dalam rawatan dan terapi generasi akan datang untuk menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi, terutamanya dalam […]

Continue Reading

Speedy Tigers cemas sebelum ikat Pakistan

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan terpaksa beraksi dengan penuh debaran sebelum berjaya memastikan satu mata berharga menjadi milik pasukan selepas seri 3-3 menentang Pakistan dalam aksi sulung Kumpulan B Piala Negara-Negara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Bagaimanapun skuad kendalian Sarjit Singh bermula dengan perlahan apabila menyaksikan Pakistan berjaya mendapatkan dua gol awal […]

Continue Reading

Karim kembali terajui Olahraga Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Karim Ibrahim kembali menerajui Olahraga Malaysia (MA) bagi penggal 2025-2028 selepas menang dalam saingan dua penjuru pemilihan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, hari ini. Beliau memperoleh 25 undi untuk menewaskan pencabarnya, Datuk Mark William Ling yang meraih 14 undi daripada keseluruhan 39 perwakilan yang hadir. Pemilihan kali ini […]

Continue Reading

Shahidan undur saat akhir sebelum pemilihan presiden MA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim mengejutkan kem olahraga tanah air apabila menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Olahraga Malaysia (MA) pada saat akhir. Turut menarik diri ialah Presiden Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh sekali gus membuka ruang kepada saingan dua penjuru antara Datuk Mark William Ling dan Datuk Karim Ibrahim. […]

Continue Reading

Pas masih perlukan khidmat Abdul Hadi

BACHOK: Pas masih memerlukan khidmat Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerajui parti itu bagi mengharungi arena politik negara yang semakin mencabar. Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil bagaimanapun berkata, semua itu bergantung kepada ahli Pas untuk membuat keputusan berhubung perkara tersebut. “Saya mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan pemilihan […]

Continue Reading

Impian besar Qaseh Rania

QASEH Rania Khairul Najib yang menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya memasang impian besar untuk mengharumkan nama Malaysia sebagai pemain bola sepak wanita negara di pentas Eropah. Pemain berusia itu membuktikan impian itu bukan sekadar angan-angan apabila dia berjaya memikat salah sebuah kelab Jerman, VfL Wolfsburg dan ditawarkan tempat dalam skuad belia kelab gergasi Eropah itu. […]

Continue Reading

Gattuso dilantik bimbing Itali

ROM: Pengurus pasukan Itali, Gianluigi Buffon, mengesahkan bahawa mereka akan melantik Gennaro Gattuso sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan Luciano Spalletti yang dipecat. Skuad Azzurri tidak mempunyai jurulatih selepas Spalletti dipecat susulan kekalahan 3-0 kepada Norway, walaupun dia masih berada di bangku simpanan semasa kemenangan 2-0 ke atas Norway. “Kami telah membuat keputusan terbaik yang mungkin. […]

Continue Reading

Bekas perejam kebangsaan Thailand perkuat Kelantan Warriros

KOTA BHARU: Bekas perejam kebangsaan Thailand, Picet Pansan menjadi taruhan Kelantan Warriors dalam usaha memburu kedudukan terbaik dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) Premier, musim ini. Timbalan Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Mohamad Mohydddin Mohamed Nor berkata, kehadiran pemain berpengalaman itu dijangka meletakkan Kelantan Warriors menjadi salah satu pasukan pencabar musim ini. “Selain Picet, […]

Continue Reading

Marang pertahan kejuaraan bola sepak B-12 Tahun Terengganu

PASUKAN Marang mengungguli Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Terengganu buat tahun kedua berturut-turut selepas menumpaskan Kuala Nerus dalam perlawanan akhir di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat, Kemaman, semalam. Rekod dan prestasi cemerlang berkenaan dicatatkan Marang selepas bangkit daripada ketinggalan jaringan pada babak pertama untuk menundukkan Kuala Nerus 3-2, sekali gus memastikan […]

Continue Reading

United optimis dapatkan Ekitike

MANCHESTER: Manchester United optimis bahawa Hugo Ekitike akan berpindah ke Old Trafford dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas keutamaan Red Devils adalah membawa masuk seorang penyerang berkualiti tinggi. Pengurus United, Ruben Amorim bertekad untuk mendapatkan seorang penyerang bagi meningkatkan peluang pasukan untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan. […]

Continue Reading

Shahidan yakin miliki sokongan kukuh

PETALING JAYA: Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim yakin mampu meraih sokongan untuk terus mempertahankan jawatan No.1 badan induk olahraga itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini. Menurut Shahidan, meskipun berdepan persaingan sengit daripada calon lain yang mendakwa turut memiliki jumlah sokongan mencukupi, beliau percaya dirinya […]

Continue Reading

Tae-su selar sikap pengurusan Sabah FC

PETALING JAYA: Bekas tonggak pertahanan Sabah FC, Park Tae-su menyelar sikap tidak profesional pasukan itu berkenaan status kontraknya. Bagaimanapun, pemain kelahiran Korea Selatan itu akur dengan keputusan Sabah FC yang tidak menyenaraikan namanya pada musim depan. Pemain berusia 35 tahun itu, turut menitipkan nasihat kepada pengurusan Sang Badak supaya bersikap lebih profesional apabila berurusan dengan […]

Continue Reading

Cklamovski janji ‘kejutan’ pada September

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menjanjikan kejutan buat peminat bola sepat tempatan menjelang kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 1 hingga 9 September depan. Pengendali kelahiran Australia itu berkata, pihak pengurusan telah memiliki perancangan terbaik untuk persiapan pasukan kebangsaan, namun ketika ini masih terlalu awal untuk perkara itu diumumkan. Jelasnya, aksi persahabatan yang […]

Continue Reading

Speedy Tigers sedia gempur Pakistan

PETALING JAYA: Skuad Speedy Tigers berwaspada dengan ancaman pukulan sudut penalti Pakistan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kapten negara, Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, Pakistan mempunyai pakar pukulan sudut penalti Pakistan, Sufyan Khan yang boleh mengundang padah kepada skuad negara jika […]

Continue Reading