Scoot tawar tambang bermula daripada RM961.24 ke Vienna

PETALING JAYA: Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA) meraikan sebuah detik bersejarah dengan penerbangan terus sulung dari Singapura ke Vienna, Austria. Ketibaan pesawat penerbangan TR710 di Vienna pada 4 June 2025 telah disambut meriah dengan pancuran air. Sambutan ketibaan penerbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil utama dari Scoot,  Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, Austria […]

Continue Reading

KWAP, Malaysia Forest Fund jalin kerjasama perkasa agenda kelestarian

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Malaysia Forest Fund (MFF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi mempercepatkan agenda kelestarian Malaysia melalui pendekatan penyelesaian berasaskan hutan. Kerjasama penting itu dijangka akan memperkukuh transisi Malaysia ke arah ekonomi emisi sifar bersih sambil mengukuhkan komitmen KWAP mencapai Portfolio Emisi Sifar Bersih menjelang 2050 sebagai sebahagian daripada […]

Continue Reading

SC gantung Chengco, isu kualiti audit

PETALING JAYA: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) menggantung pendaftaran firma audit, Chengco PLT (CCO), selama dua tahun berkuat kuasa hari ini, selepas mendapati firma itu gagal mematuhi piawaian pengauditan antarabangsa membabitkan isu kualiti audit yang serius dan berulang. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan berkata, AOB turut mengenakan sekatan terhadap lima rakan kongsi audit firma […]

Continue Reading

Hamzah percaya pertuduhan Yusoff Rawther satu konspirasi

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainudin percaya wujud konspirasi dan penganiayaan terhadap bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther dalam kes pengedaran dadah dan memiliki senjata tiruan. Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepada Muhammed Yusoff selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan. Hamzah turut mengucapkan tahniah kepada barisan peguam […]

Continue Reading

Ninja Van, PDRM banteras ‘scam’ bungkusan

SUBANG JAYA: Walaupun industri e-dagang terus mencatat pertumbuhan pesat selari dengan agenda pendigitalan negara, kes penipuan atau ‘scam’ bungkusan dilihat semakin membimbangkan apabila lebih 3,500 kes direkodkan di luar Lembah Klang dalam suku pertama 2025. Peningkatan drastik ini sebanyak 85 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Perkembangan ini turut mendorong Ninja Van Malaysia memperkukuh kerjasama […]

Continue Reading

Kewpie rai 100 tahun mayonis Jepun

PETALING JAYA: Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (Kewpie Malaysia), nama isi rumah yang sinonim dengan mayonis dan dressing premium, sedang meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonnaise, menandakan satu abad inovasi perisa, inspirasi kulinari dan kualiti yang dipercayai. Sambutan ini menandakan satu abad inovasi dan rasa daripada jenama kelahiran Jepun itu, dan menandakan komitmennya untuk memupuk bakat […]

Continue Reading

BNM laksana Program QRI, galak aliran dana dua hala tukaran asing

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelaksanaan penuh Program Syarikat Pelabur Pemastautin yang Berkelayakan (Qualified Resident Investor, QRI) berkuat kuasa 1 Julai 2025 sebagai langkah menggalakkan aliran dana dua hala dalam pasaran pertukaran asing tempatan. Langkah itu dilihat sebagai usaha BNM mempertingkatkan daya saing pasaran kewangan Malaysia di samping menarik lebih ramai pelabur untuk […]

Continue Reading

J&T Express perkenal hab logistik pintar baharu, kendali 1.2 juta bungkusan

SHAH ALAM: J&T Express Malaysia memperkenalkan hab logistik pintar tercanggihnya setakat ini yang terletak di Setia Alam, Klang, dengan keupayaan mengendalikan sehingga 1.2 juta bungkusan dalam tempoh 24 jam serta menyokong lebih 300 pergerakan trak setiap hari. Pengurus Pusat Pengasingan Barang J&T Express Malaysia, Raymond Ng berkata, pelaburan strategik itu membolehkan syarikat meningkatkan daya tahan […]

Continue Reading

Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 37.3 peratus

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia mengalami kemerosotan ketara sebanyak 37.3 peratus pada bulan April lalu berbanding Mac 2025, iaitu daripada 28,739 tan metrik kepada hanya 18,008 tan metrik. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan sebanyak 15.6 peratus berbanding April 2024 yang mencatatkan 21,325 tan […]

Continue Reading

Iskandar antara calon terbaik bimbing perseorangan wanita

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen mengakui bekas pemain kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin antara calon terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan jurulatih perseorangan wanita negara. Jonassen menyifatkan Iskandar yang kini bersama Persatuan Badminton Ireland sebagai jurulatih berpengalaman dan mampu memperkukuh barisan kejurulatihan BAM jika diberi peluang. “Saya tak boleh sahkan (dalam […]

Continue Reading

Revolusi Harimau Malaya di landasan tepat

PETALING JAYA: Projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berada di landasan tepat apabila skuad negara berjaya menumpaskan Vietnam 4-0, kelmarin. Bukan itu sahaja, skuad nngara kendalian Peter Cklamovski juga sebelum ini berjaya mengikat pasukan ditangga ke-72 dunia iaitu cape Verde 1-1 dalam aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung pada […]

Continue Reading

Aliff Rakib raih hadiah lumayan hampir RM1 juta

KUALA LUMPUR: Jaguh muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib berjaya mengumpul hadiah kemenangan hampir RM1 juta sejak menyertai kejohanan seni bela diri terkenal, ONE Championship bermula April 2023. Pada sabtu lalu, Atlet berusia 21 tahun itu merekodkan kemenangan kelapan daripada 10 pertarungan di pentas ONE Championship selepas menewaskan jaguh Maghribi, Elmehdi El Jamari […]

Continue Reading

McIntosh pecah dua rekod dunia dalam seminggu

MONTREAL: Perenang remaja Kanada, Summer McIntosh melakar sejarah luar biasa apabila memecahkan dua rekod dunia dalam tempoh tiga hari pada Kejohanan Percubaan Olimpik Kanada 2025, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai bintang utama renang dunia baharu. Atlet berusia 18 tahun itu memadam rekod 200 meter (m) rampaian individu wanita dengan catatan 2 minit 05.70 saat (s) […]

Continue Reading

foodpanda pertingkat pelaburan untuk pemasaran 

KUALA LUMPUR: Platform penghantaran makanan, foodpanda akan memperkukuhkan pasarannya di Malaysia, sekali gus memperuntukkan pelaburan lebih besar dalam segmen pemasaran bagi memperluas pangkalan pengguna dan meningkatkan kesedaran jenamanya. Pengarah Urusan Negara foodpanda, Tan Ming Luk berkata, pasaran negara ini menunjukkan pertumbuhan stabil dan tahun ini foodpanda mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk pasaran Malaysia. “Kawasan seperti […]

Continue Reading

Azeem bantu kuartet Universiti Auburn ke final

PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya membantu kuartet Universiti Auburn mara ke final 4×100 meter (m) di Kejohanan NCAA di Eugene, Amerika Syarikat (AS), semalam. Azeem yang berpangkalan di negara Uncle Sam menamatkan larian 37.97 saat (s) bersama tiga lagi rakannya iaitu Kayinsola Ajani, Dario Matau and Makanakaishe Charamba sekali gus menjadi […]

Continue Reading

Pembantu Cef dinobat Juara Genting Culinary Classic 2025

BENTONG: Pembantu cef di sebuah terkemuka di Kuala Lumpur, Budiman Bistari Mohamed, 50 dinobatkan Juara Genting Culinary Classic 2025. Budiman yang menampilkan menu ‘Ayam Golek Buah Kulim’  menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang didapati di negara ini. Katanya, pertandingan seperti ini perlu diperbanyakkan agar pelancong luar lebih mengenali makanan dan tanaman Malaysia seperti buah kulim, buah […]

Continue Reading

Madrid kembali ke F1, Imola digugurkan musim 2026

LONDON: Kalendar Formula Satu (F1) 2026 diumumkan dengan kejutan apabila Madrid kembali ke pentas utama sukan itu selepas 45 tahun, manakala Imola di Itali digugurkan daripada senarai. Perlumbaan di ibu kota Sepanyol itu akan berlangsung pada 11 hingga 13 September menerusi litar baharu “Madring” yang unik dengan gabungan jalan raya dan trek kekal. Presiden F1, […]

Continue Reading

Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.25 mata kepada 1,528.09 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,523.84 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.71. Jumlah dagangan sebanyak 37.77 juta unit bernilai RM18.38 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 91 berbanding 61 dengan 213 kaunter tidak berubah dan 2,056 tidak […]

Continue Reading

Scheffler buru kejuaraan utama berganda di ‘neraka hijau’

OAKMONT: Pemain golf No.1 dunia, Scottie Scheffler bersedia menempuh ujian paling ekstrem dalam kariernya apabila memburu kejuaraan utama berganda di Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung di Oakmont, bermula hari ini. Juara Masters dua kali itu kini berada dalam prestasi luar biasa dengan tiga kejuaraan dalam empat kejohanan terakhir termasuk gelaran utama ketiga […]

Continue Reading