‘Belum ada pemimpin pas mampu ganti Abdul Hadi’

HULU TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat secara peribadi melihat belum ada kepemimpinan Pas yang mampu menggantikan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Kata beliau, Abdul Hadi dilihat masih sangat diperlukan bagi menerajui pucuk pimpinan Pas ketika ini. “Saya sebenarnya tidak berhasrat mana hendak mengulas pun, sebab ini parti orang, […]

Continue Reading

Pelabur asing jual ekuiti RM387.4 juta minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan rentak jualan mereka di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut apabila mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM387.4 juta, minggu lalu. MIDF Research berkata, jumlah itu namun adalah lebih rendah berbanding RM1.02 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. Katanya, pelabur asing merupakan penjual bersih setiap hari dengan aliran keluar antara RM5.4 […]

Continue Reading

Hartanah Kenyalang mula mendatar di Pasaran ACE

PETALING JAYA: Syarikat pembinaan bangunan dan infrastruktur, Hartanah Kenyalang Berhad (Hartanah Kenyalang) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dengan harga pembukaan 16 sen, kekal tidak berubah daripada harga terbitannya. Saham syarikat tersebut kekal mendatar pada 16 sen dengan sebanyak 14.27 juta unit saham diniagakan setakat pukul 9 pagi. Melalui […]

Continue Reading

Bank Muamalat buka cawangan baharu di Melaka

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) membuka cawangan terbaharu di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh, Melaka sekali gus mengukuhkan komitmen bank dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri itu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, cawangan baharu itu terletak strategik di kawasan pentadbiran negeri dan perindustrian pesat […]

Continue Reading

Harimau Malaya cukup ‘senjata’ lawan Vietnam 

PETALING JAYA: Harimau Malaya memiliki ‘senjata’ mencukupi untuk mengecewakan Vietnam pada pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.  Kenyataan itu disuarakan tonggak kacukan Belanda-Malaysia, Hector Hevel yang berkata, dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menghadiahkan kemenangan kepada peminat Malaysia dalam perlawanan tersebut. Katanya, kehadiran pemain-pemain warisan baharu juga menambah kekuatan skuad kebangsaan […]

Continue Reading

‘Mr. P2’ akhirnya muncul juara di Aragon

PETALING JAYA: Hakim Danish Ramli terpaksa menunggu sehingga perlumbaan keenam untuk dia bergelar juara pada Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Motorland Aragon, Sepanyol, hari ini. Kejayaan tersebut cukup manis buat pelumba berusia 17 tahun itu selepas mendapat jolokan Mr.P2 gara-gara dalam lima perlumbaan sebelum ini Hakim Danish muncul sebagai naib juara, tetapi kali ini […]

Continue Reading

Payung UMNO lebih besar bela Melayu, bumiputera

PONTIAN: UMNO tidak pernah meninggalkan perjuangan membela nasib Melayu dan bumiputera meskipun bekerjasama dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perjuangan itu kekal utuh sejak penubuhan parti dan termaktub jelas dalam asas serta tujuan perlembagaan UMNO. Katanya, UMNO tidak pernah berhenti memperjuangkan orang Melayu sejak […]

Continue Reading

Final terburuk saya – Sabalenka

PARIS: Bintang tenis No. 1 dunia, Aryna Sabalenka menyifatkan kekalahannya kepada Coco Gauff di Terbuka Perancis semalam sebagai final terburuk yang pernah dilaluinya selepas persembahan yang dipenuhi kesilapan telah memusnahkan harapannya untuk merangkul gelaran Grand Slam keempat. Sabalenka memenangi set pembukaan dalam keadaan berangin di Paris tetapi menyaksikan trofi terlepas daripada genggamannya selepas mencatat 70 […]

Continue Reading

Wei Chong-Kai Wun terkandas di separuh akhir

PETALING JAYA: Hasrat beregu lelaki Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mengulangi pencapaian tahun lalu tidak kesampaian selepas mereka tewas kepada gandingan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini. Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking No. 7 dunia itu kalah kepada […]

Continue Reading

Pearly-Thinaah julung kali mara ke final Super 1,000

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah melakar sejarah dalam karier mereka apabila buat kali pertama mara ke perlawanan akhir Terbuka Indonesia yang merupakan kejohanan badminton berstatus Super 1,000 di Jakarta, Indonesia, hari ini. Gandingan No. 4 dunia itu menyingkirkan pasangan No. 6 dunia, Li Yi Jing-Luo Xu Min 12-21, 21-17, 21-11 […]

Continue Reading

Malaysia julung kali anjur perlumbaan FIM Supercross 2025

PETALING JAYA: Malaysia buat julung kali bakal menjadi tuan rumah Kejuaraan Dunia FIM Supercross 2025 dengan ibu negara, Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi pilihan untuk perlumbaan pembukaan musim. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di media sosial rasmi, fimwsx, semalam, Stadium Merdeka akan menjadi gelanggang utama perlumbaan di negara ini yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober. Menurut […]

Continue Reading

Bekas pengurus kelab EPL sertai JDT

PETALING JAYA – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan bekas pengendali Watford, Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026. Pengumuman tersebut dibuat menerusi kenyataan rasmi di platform media sosial rasmi kelab itu semalam, yang turut disertakan dengan satu video memaparkan kehadiran Munoz di Stadium Sultan Ibrahim, […]

Continue Reading

Dunia sudah mahu Gaza berhenti ‘berdarah’

PUTRAJAYA: Beberapa negara sudah tidak lagi mahu berdiam diri apabila melihat Gaza terus dibedil Israel, sebaliknya mengambil pendirian untuk membantu Palestin mencapai kemerdekaan mereka. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beberapa pemimpin dunia sudah menghubunginya dan menyatakan pendirian tersebut. Anwar berkata, antara pemimpin dunia yang melahirkan hasrat itu adalah Presiden […]

Continue Reading

Itali kecewa, Belgium gigit jari

PARIS: Itali hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri susulan kekalahan 3-0 kepada Norway dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 semalam manakala Belgium terikat 1-1 menentang Macedonia Utara. Alexander Sorloth, Antonio Nusa dan Erling Haaland masing-masing meledak gol pada separuh masa pertama dalam hujan lebat di Oslo, sekali gus menghadiahkan malam malang buat skuad Azzurri yang […]

Continue Reading

Malaysia sokong rundingan sempadan Thailand, Kemboja 14 Jun

PUTRAJAYA: Malaysia sedia untuk memberi kerjasama bagi membantu rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja pada 14 Jun ini bagi membantu kedua-dua negara itu mencapai persefahaman dan menoktahkan konflik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah maklumkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menerusi panggilan telefon […]

Continue Reading

Malaysia berharap konflik Pakistan dan India dinoktahkan

PUTRAJAYA: Malaysia terus mengharapkan pertikaian antara Pakistan dan India dapat dinoktahkan dengan aman. Harapan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini. Anwar menolak bahawa beliau mempunyai peranan dalam usaha mendamaikan dua negara yang berseteru itu, sebaliknya hanya memberi pandangan supaya […]

Continue Reading

Desakan PM berundur gugat kestabilan negara

KANGAR:  Desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti atau meletak jawatan susulan kes saman sivil yang sedang berjalan disifatkan sebagai tindakan pramatang dan tidak bertanggungjawab, yang berisiko menjejaskan kestabilan negara serta keyakinan pelabur. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perlis, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin, menegaskan bahawa pihaknya menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan untuk […]

Continue Reading

Holgado sertai Harimau Malaya esok?

PETALING JAYA: Jentera serangan Harimau Malaya dijangka lebih tajam dengan kehadiran pemain warisan baharu, Rodrigo Holgado yang dilaporkan akan menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula esok. Perkara itu dikongsikan oleh wartawan terkenal Colombia, Pipe Sierra dalam satu hantaran di laman sosialnya, selain turut mendedahkan segala dokumentasi berkenaan dan tiket penerbangan sudah dihantar kepada Holgado. Perkembangan […]

Continue Reading

Jangan pandang rendah gerakan satukan Melayu

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan tidak boleh memandang rendah berhubung gerakan baharu yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam usaha menggabungkan sokongan orang Melayu. Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr. Azmi Hassan berkata, sekiranya Sekretariat Orang Melayu (SOM) berjaya dilaksanakan, maka ia bermaksud terdapat ahli UMNO menyokong pembentukan itu. “Dan jika […]

Continue Reading