Pearly-Thinaah, ‘Man-Tee’ ke separuh akhir Terbuka Indonesia

PETALING JAYA: Dua beregu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengesahkan slot separuh akhir menjadi milik mereka selepas membenam lawan masing-masing di peringkat lapan terbaik pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora, Senayan, Jakarta, Indonesia, hari ini. Bagi beregu wanita No. 1 Malaysia, Pearly-Thinaah kejayaan menjejakkan kaki ke separuh akhir pada […]

Continue Reading

Bank Muamalat lancar ATLAS, bank digital Islam pertama

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melancarkan ATLAS yang dikenali sebagai bank digital Islam sepenuhnya pertama di Malaysia berteraskan nilai keimanan dan gaya hidup muslim moden. Platform ini direka khas untuk menawarkan pengalaman perbankan patuh syariah yang lancar, menggabungkan inovasi kewangan dengan ciri gaya hidup yang disesuaikan untuk generasi celik teknologi dan berteraskan […]

Continue Reading

Cadangan supaya Anwar bercuti tidak berasas

SHAH ALAM: Cadangan Ketua Penerangan Pas agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti berikutan satu perbicaraan saman sivil yang difailkan terhadap beliau adalah bermotifkan politik semata-mata. Ketua Angkatan Muda Keadilan Klang, Mohd. Shahrul Adnan berkata, cadangan tersebut tidak berasaskan fakta kerana kes yang dihadapi Anwar merupakan kes sivil, bukan pendakwaan jenayah. “Dalam kes […]

Continue Reading

Azizan dilantik CFO baharu Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Azizan Abd Aziz sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2025. Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed berkata, pengalaman luas dan kepakaran kewangan Azizan akan memainkan peranan penting dalam terus mengukuhkan kecekapan operasi dan usaha strategik Bursa Malaysia. “Azizan akan bekerjasama dengan pasukan […]

Continue Reading

Nasib berbeza buat beregu campuran negara

PETALING JAYA: Beregu campuran negara meraih keputusan berbeza apabila hanya Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia 2025, hari ini. Pasangan pilihan kedua itu memperagakan kebangkitan bermutu tinggi selepas tewas set pertama untuk menewaskan Jesper Toft-Amalie Magelund dari Denmark 17-21, 21-16, 21-14. Kemenangan dalam tempoh 54 minit itu juga menyaksikan […]

Continue Reading

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menawarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di semua cawangan CBP sebagai rakan promosi rasmi. Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, inisiatif itu memperkukuh komitmen CBP dalam membangunkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat menerusi penyediaan akses kepada perlindungan sosial yang […]

Continue Reading

Tugas berat menanti Hakim Danish buru kejuaraan di Aragon

PETALING JAYA: Misi berat menanti pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli untuk mengekalkan kedudukan pendahulu menjelang pusingan ketiga pada Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Motorland Aragon, Sepanyol, hujung minggu ini. Anak muda berusia 17 tahun itu kini mendahului carta selepas mengumpul 80 mata, meninggalkan pelumba Sepanyol, Benat Fernandez di tempat kedua dengan 57 mata, […]

Continue Reading

TOT MPOB 2025 tawar inovasi merentas sektor industri

PETALING JAYA: Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT MPOB 2025), acara tabunan Lembaga Minyak Sawit Malaysia menawarkan pengkomersialan teknologi dalam industri sawit kepada penggiat industri, syarikat tempatan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada 19 Jun yang akan diadakan di Bangi, […]

Continue Reading

Undur sebagai presiden, tunggu kenyataan Tok Guru-Ahli Parlimen Bachok

BACHOK: Ahli Parlimen Bachok Mohd. Syahir Che Sulaiman mengambil pendekatan mengunci mulut semasa diminta mengulas khabar angin Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang akan melepaskan jawatan sebagai pemimpin No.1 parti itu pada Muktamar kali ke-71 pada September ini. Beliau yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, perkara tersebut hanya […]

Continue Reading

Hasrat Sivasangari melangkah lebih jauh tidak kesampaian

PETALING JAYA: Hasrat untuk menyaksikan satu-satunya wakil negara, S. Sivasangari mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain tidak kesampaian, selepas dia tunduk kepada bintang remaja Mesir, Amina Orfi, awal pagi tadi (waktu Malaysia). Pemain yang menghuni ranking No. 9 dunia itu tewas dalam permainan empat set kepada bekas juara remaja dunia yang kini merupakan […]

Continue Reading

Tze Yong sah jalani pembedahan ACL

PETALING JAYA: Harapan Ng Tze Yong untuk bangkit musim ini musnah seketika apabila pemain perseorangan negara itu disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL) dan bakal jalani pembedahan pada lutut kanannya. Insiden itu berlaku ketika pusingan pertama Malaysia Masters 2025, memaksa Tze Yong tarik diri selepas alami kesakitan melampau ketika berdepan Angus Ng dari Hong Kong. […]

Continue Reading

Sukar laksana pengecilan Kabinet

PETALING JAYA: Cadangan untuk mengecilkan Kabinet sukar dilaksanakan kerana ia memerlukan penyusunan semula barisan kepimpinan yang melibatkan 18 entiti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan. Penganalisis Politik, Dr. Azmi Hasan berkata, usaha untuk mengecilkan saiz Kabinet bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan rundingan rumit dan pengagihan jawatan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan. Kata beliau, […]

Continue Reading

Tun M perlu cari formula lain

PETALING JAYA: Penubuhan ‘payung besar’ orang Melayu dilihat sukar bertahan dan berpotensi menghadapi nasib sama seperti kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang akhirnya berpecah. Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencari formula baharu yang mampu membina kesatuan orang Melayu kekal dan kukuh. Katanya, perjuangan orang […]

Continue Reading

Kenapa hendak tinggalkan kehidupan terbaik saya – KJ

PUTRAJAYA: Kehidupan di luar kancah politik disifatkan sebagai yang terbaik oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali gus menepis desas-desus mengenai penyertaan semulanya ke dalam Kabinet. Khairy berkata, beliau kini menjalani kehidupannya dengan baik iaitu sebagai penyampai radio dan hos audio siar (podcast). Beliau kekal memilih untuk tidak menjawab persoalan mengenai kemungkinan penyertaannya ke […]

Continue Reading

Sze Fei-Izzuddin bergelut sebelum mara

KUALA LUMPUR: Gandingan No.1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum menempah slot ke suku akhir Terbuka Indonesia 2025, malam tadi. Aksi sesama wakil negara di Istora Senayan, Jakarta menyaksikan mereka dipaksa bermain tiga set 21-14, 16-21, 21-14 oleh Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dalam pertarungan yang cukup mendebarkan. Perlawanan selama […]

Continue Reading

Harimau Malaya wajib jinakkan Vietnam, demi ‘tiket’ ke Arab Saudi

PERLAWANAN menentang Vietnam pada Selasa ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bukan sekadar aksi kelayakan biasa, ia adalah pertarungan hidup mati buat Harimau Malaya dalam misi ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi. Hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir dan kekalahan atau seri di laman sendiri bakal menyukarkan impian Malaysia. Malaysia […]

Continue Reading

Forum MPOC jana potensi perdagangan RM122 juta di Filipina

PETALING JAYA: Forum Minyak Sawit Malaysia (MPOF) Filipina 2025 yang dianjurkan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berjaya menjana potensi perdagangan kira-kira RM122 juta hasil daripada 121 sesi mesyuarat perniagaan yang diadakan di Manila, Filipina. Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Belvinder Sron berkata, sesi pertemuan bersemuka tersebut dijalankan menerusi platform BizMatch yang mempertemukan 16 pembekal minyak sawit […]

Continue Reading

Kedah dan Perak antara 12 pasukan bermain di Liga A1 2025-2026

PETALING JAYA: Saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 menyaksikan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan setakat ini dengan sepak mula dijadualkan pada penghujung Julai dan berakhir Mei 2026. Empat pasukan baharu dan lima pasukan sedia ada serta tiga pasukan ‘feeder’ dijangka memeriahkan saingan yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Pengerusi Liga […]

Continue Reading

Johor Port labur RM72.3 juta dalam kren baharu

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), anak syarikat Kumpulan MMC, memperkukuh infrastruktur operasinya melalui pelaburan berjumlah RM72.3 juta bagi pemerolehan empat unit kren jenis Level Luffing berteknologi tinggi. Kren berkenaan akan dipasang di Terminal Konvensional Johor Port dan dijangka meningkatkan produktiviti operasi di jeti selain mempercepatkan masa pusingan kapal serta menawarkan pengalaman pengendalian kargo […]

Continue Reading