Pearly-Thinaah diamkan penyokong Indonesia

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya membuat penyokong di Istora Senayan terdiam seketika selepas menyingkirkan gandingan tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini. Menggalas status sebagai beregu No. 4 dunia, Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan […]

Continue Reading

SC beri amaran laman web klon Daftar Awam 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai tentang penipuan pelaburan baharu yang melibatkan versi klon Daftar Awam Pemegang Lesen dan Individu Berdaftar SC. Kaedah menipu pelabur ini melibatkan pihak tidak bertanggungjawab secara palsu mendakwa mewakili entiti yang kononnya dilesenkan oleh SC.  SC berkata, bagi menyokong dakwaan tersebut, mangsa diarahkan untuk ke laman web […]

Continue Reading

Huat Lai Resources bangun fasiliti telur tanpa sangkar terbesar

PETALING JAYA: Huat Lai Resources Bhd., pengeluar telur dan ayam itik terbesar di Malaysia, akan membangunkan fasiliti pengeluaran telur tanpa sangkar terbesar di negara ini yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Fasiliti di Melaka itu akan menempatkan 200,000 lapisan dalam sistem sangkar burung pelbagai peringkat, meletakkan syarikat itu di barisan hadapan dalam pengeluaran […]

Continue Reading

Hong Leong All Roads Funds diperkenalkan

PETALING JAYA: Hong Leong Asset Management Bhd. (HLAM) memperkenalkan Hong Leong All Roads Funds, tiga dana berbilang aset yang direka untuk pelabur sofistikated yang mencari portfolio yang pelbagai di peringkat global, kestabilan dan pertumbuhan terurus risiko sama ada konservatif, seimbang atau berorientasikan pertumbuhan. Dana dengan kerjasama Hong Leong Bank Berhad (Hong Leong Bank) tersebut memanfaatkan […]

Continue Reading

UMNO belum bincang isu Tengku Zafrul

SHAH ALAM: UMNO belum mengadakan perbincangan berhubung keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang meninggalkan parti itu. Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Tengku Zafrul meletak jawatan sebagai Ahli MKT UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan keahliannya pada 30 Mei lalu. […]

Continue Reading

Dua beregu campuran tempah slot suku akhir

PETALING JAYA: Kem badminton negara terus garang di pentas Terbuka Indonesia apabila dua wakil beregu campuran negara mara ke suku akhir hari ini. Gandingan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai membuka langkah ke kelompok lapan terbaik selepas menumbangkan pasangan tuan rumah, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah 21-12, 21-17 dalam masa 33 minit. Beregu No.5 dunia itu bakal […]

Continue Reading

Sekretariat Orang Melayu bermotif politik, jauh tertinggal

SHAH ALAM: Penubuhan Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu oleh Perikatan Nasional (PN) semata-mata bermotifkan politik dan jauh ketinggalan berbanding perjuangan berterusan UMNO dalam membela nasib kaum Melayu dan Bumiputera sejak sekian lama. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) konsisten memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera termasuk Sabah, Sarawak, […]

Continue Reading

Langkah Aaron-Wooi Yik akhirnya temui noktah

KUALA LUMPUR: Langkah cemerlang Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya tersekat di tangan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan pertama Terbuka Indonesia, hari ini. Beregu No. 3 dunia itu tunduk 21-13, 19-21, 21-18 dalam aksi yang berlangsung selama 68 minit di Istora Senayan, Jakarta. Ianya sekali gus menamatkan rentetan empat final berturut-turut yang disertai Aaron-Wooi […]

Continue Reading

Pearly-Thinaah lepasi halangan awal di Istora Senayan

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat 16 terbaik selepas membenam cabaran pasangan Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia, hari ini. Pearly-Thinaah yang menghuni ranking No. 4 dunia itu melakar kemenangan straight set […]

Continue Reading

Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu ditubuh, usaha satukan bangsa bawah satu payung besar – Dr. Mahathir

PUTRAJAYA: Satu gerakan dikenali sebagai Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu ditubuhkan bagi menyatukan bangsa majoriti itu di bawah satu payung besar. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata, inisiatif itu sebagai langkah untuk mengembalikan kekuatan politik dan mempertahankan kedudukan orang Melayu di negara ini. Menurut beliau, penubuhan gerakan ini tercetus daripada kesedaran mendalam terhadap pelbagai […]

Continue Reading

Tiada siapa ada imuniti, termasuk raja-raja

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan mutlak atau imuniti, termasuk raja-raja mengikut sistem perundangan negara, Menurut Bekas Perdana Menteri, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan boleh dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat, apatah lagi seseorang ahli politik. “Dalam negara kita, tak ada siapa pun dapat imuniti. […]

Continue Reading

Bola EPL musim 2025/26 diperkenalkan di Malaysia

PETALING JAYA: Bola rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26, PUMA Orbita Ultimate PL, diperkenalkan secara rasmi kepada peminat bola sepak tanah air, hari ini. Majlis pelancaran penuh warna-warni itu berlangsung di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Lembah Klang yang menampilkan rekaan terkini bola perlawanan EPL. Kemunculan edisi terbaharu itu memberi isyarat bahawa musim baharu […]

Continue Reading

IOI Properties peroleh baki 50.1% kepentingan projek South Beach, Singapura dari CDL bernilai S$2.75 bilion

PETALING JAYA: City Developments Limited (CDL) dan IOI Properties Group Berhad (IOIPG) telah memeterai perjanjian penjualan saham untuk usaha sama (JV) pembangunan bersepadu bercampur di South Beach, Singapura. Di bawah perjanjian ini, IOIPG akan memperoleh 50.1 peratus kepentingan CDL dalam pembangunan, berdasarkan nilai hartanah yang dipersetujui sebanyak S$2.75 bilion pada asas faedah 100 [eratus, yang […]

Continue Reading

Dua wakil Perak bakal sertai Liga A1

IPOH: Negeri Perak bakal mempunyai dua pasukan beraksi dalam Liga Semi-Pro A1 musim 2025/2026 selepas Persatuan Bola Sepak Perak (Perak FA) mengesahkan penyertaannya. Sebuah lagi pasukan ialah Manjung City FC (MCFC) yang lebih awal telah mengumumkan penglibatannya dalam liga tersebut. Perak FA hari ini mengesahkan penyertaan dan dilihat oleh penyokong sebagai pengganti Perak FC yang […]

Continue Reading

Kumpulan CDL, IOI Properties umum kerjasama bangun projek S$2.75 bilion di South Beach, Singapura

PETALING JAYA: City Developments Limited (CDL) dan IOI Properties Group Berhad (IOIPG) telah memeterai perjanjian penjualan saham untuk usaha sama (JV) pembangunan bersepadu bercampur di South Beach, Singapura. Di bawah perjanjian ini, IOIPG akan memperoleh 50.1 peratus kepentingan CDL dalam pembangunan, berdasarkan nilai hartanah yang dipersetujui sebanyak S$2.75 bilion pada asas faedah 100 [eratus, yang […]

Continue Reading

Tunku Mahkota Ismail kota janji, bawa pemain warisan gred A

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengotakan janji dalam revolusi Harimau Malaya apabila berjaya membawa pemain warisan gred A memperkuatkan skuad kebangsaan. Terdahulu, pada Mac lalu Tunku Mahkota Ismail menerusi satu kenyataan berkata, skuad Harimau Malaya bakal menerima suntikan kekuatan baharu apabila tujuh pemain warisan akan menyertai pasukan dalam masa terdekat, Hari ini, […]

Continue Reading

Revolusi Harimau Malaya bukan gimik

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend memberi bayangan bahawa lebih ramai pemain berdarah Malaysia dari luar negara bakal diserap ke dalam pasukan kebangsaan. Menurut Friend, pengumuman tentang kemasukan pemain warisan baharu akan dibuat selepas proses dokumentasi bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selesai dan perkara itu tidak boleh diulas kerana belum rasmi. […]

Continue Reading