Malik rangka strategi terbaik Norliyana ke sukan SEA

KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi wanita negara, Norliyana Kamaruddin akan menjalani pemantauan rapi selepas pulih daripada kecederaan lutut serta buku lali bagi mengelak sebarang risiko menjelang temasya Sukan SEA 2025 di Thailand hujung tahun ini. Jurulatihnya, Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata, Norliyana akan menyertai empat kejohanan kompetitif tahun ini sebagai medan menguji kemampuan serta meningkatkan […]

Continue Reading

Petronas, Epic meterai MoU

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai kerjasama strategik dengan Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) untuk mengukuhkan pengurusan bahan huluan dan pergudangan di Pangkalan Bekalan Kemaman.  Memorandum persefahaman (MoU) yang dilakukan melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) itu ditandatangani oleh Pengurus Besar Kanan Pengurusan Pengeluaran dan Operasi […]

Continue Reading

Perkhidmatan perbankan harian tidak terjejas perluasan cukai

PETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai bahawa peluasan skop cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa 1 Julai 2025 ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan perbankan asas yang biasa digunakan oleh orang awam. Menurut ABM, Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), ini melibatkan perkhidmatan perbankan asas […]

Continue Reading

Zaharuddin nafi hina Datuk Johnny

PETALING JAYA: Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad menafikan dakwaan bahawa hantarannya di Facebook dengan memaparkan tangkap layar penganugerahan Datuk Johnny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral adalah satu penghinaan. Sebaliknya, beliau berkata, gambar penganugerahan Eng Seng di dalam hantaran itu hanyalah gambar hiasan yang tiada kaitan dengan penulisannya dalam hantaran sama. “Maksud tulisan […]

Continue Reading

Dua beregu Malaysia muncul naib juara Kejohanan Asia

PETALING JAYA: Pulang dengan tangan kosong, pemain skuasy negara gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas tewas dalam perlawanan akhir kepada pencabar masing-masing pada Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2025 di Kuching, Sarawak, hari ini. Dalam saingan beregu wanita, gandingan muda Malaysia, Noor Ainaa Amani Ampandi-Yee Xin Ying tewas kepada Joshana Chinappa-Anahat Singh 11-8, 9-11, […]

Continue Reading

Kenyataan Zaharudin bahaya, pecah belah kaum

SHAH ALAM: Kenyataan Zaharuddin Muhammad disifatkan sebagai naratif sistematik berbahaya dan memecah belah masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya kenyataan berbaur perkauman  Yang Dipertua Pas Sungai Buloh itu yang jelas cuba menyemai kebencian dan ketakutan rakyat. Jelasnya, sindiran terhadap pelantikan Leftenan […]

Continue Reading

Rekod untung tinggi, PBAPP masih perlu RM1b untuk siapkan projek air

GEORGE TOWN : PBA Holdings Berhad (PBAHB) dan anak syarikat penuh miliknya iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjaya merekodkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah 26 tahun penubuhan syarikat itu sepanjang tahun lepas. Keuntungan sebanyak RM144.167 juta itu merupakan peningkatan sebanyak 319.7 peratus berbanding keuntungan bersih yang dicatatkan pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM34.348 […]

Continue Reading

Tiada rayuan dari Hishammuddin, Zahid serah Majlis Tertinggi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kuasa kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk membuat keputusan berhubung usul UMNO Bahagian Sembrong mengenai penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.  Katanya, meskipun tiada sebarang permohonan rayuan yang diterima sehingga hari ini, namun MT masih boleh membuat keputusan tersebut jika usul tersebut dibawa ke dalam […]

Continue Reading

Tiada rayuan dari Hishamuddin, Zahid serah pada MKT

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mennyerahkan kuasa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk membuat keputusan berhubung usul UMNO Bahagian Sembrong yang diluluskan mengenai penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Katanya, meskipun tiada sebarang permohonan rayuan yang diterima sehingga hari ini, namun MKT masih boleh membuat keputusan tersebut jika usul tersebut […]

Continue Reading

Glomac catat untung sebelum cukai RM33.4 juta

PETALING JAYA: Glomac Berhad (Glomac), pemaju hartanah yang telah memenangi berbilang anugerah bagi pelbagai pembangunan di Kuala Lumpur Raya, Selangor dan Johor, mengumumkan pendapatan kewangan untuk suku tahun keempat yang berakhir pada 30 April 2025 (S4 TK2025). Kumpulan mencatatkan pendapatan tidak diaudit sebanyak RM74.9 Juta dan Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) sebanyak RM 12.1 Juta pada […]

Continue Reading

Muda tawar Syed Saddiq kembali terajui parti

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menawarkan semula jawatan Presiden kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abd. Rahman selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada semua pertuduhan kes pecah amanah. Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, tawaran itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP)  yang diadakan malam semalam dengan keputusan sebulat suara memutuskan […]

Continue Reading

Letshanaa kejutkan bekas juara dunia Jepun

PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa mencipta kejutan terbesar di Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menumbangkan bekas juara dunia Nozomi Okuhara dalam aksi pusingan pertama di Council Bluffs, Iowa, hari ini. Letshanaa yang menghuni ranking ke-50 dunia hanya memerlukan dua set untuk menewaskan pemain pilihan kelapan dari Jepun itu 21-8, 21-19 dalam tempoh […]

Continue Reading

Citaglobal, Republik Kyrgyz bekerjasama projek tenaga

PETALING JAYA: Citaglobal Bhd. (Citaglobal) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Tenaga Republik Kyrgyz (MEKR) bagi memajukan projek-projek tenaga di negara tersebut. Ini khususnya dalam pembinaan kemudahan tenaga boleh baharu dengan kapasiti sehingga 250 megawatt (MW) dengan potensi untuk pengembangan selanjutnya selaras dengan pelan hala tuju tenaga bersih negara tersebut. Pemeteraian MoU dengan MEKR ini […]

Continue Reading

Marquez hargai usaha Tardozzi pertahankan pasukan

MUGELLO: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui dia menghargai usaha Davide Tardozzi yang dilihat mempertahankan dirinya selepas menerima ejekan daripada penonton ketika menjuarai Grand Prix (GP) Itali, minggu lalu. Penonton mengejek Marquez selepas dia memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu lalu dan pengurus pasukan Ducati, Tardozzi pergi berdepan dengan peminat di tempat duduk dari kawasan utama litar. […]

Continue Reading

Svensson bantu Dortmund, empat kelab Brazil mara ke pusingan kalah mati

CINCINNATI: Gol tunggal Daniel Svensson membantu Borussia Dortmund menewaskan Ulsan HD 1-0 sekali gus menjuarai Kumpulan F dan mara ke pusingan 16 akhir Piala Dunia Kelab 2025. Aksi di Stadium TQL menyaksikan kelab Jerman itu mendominasi sepenuhnya menerusi gandingan Jobe Bellingham, Felix Nmecha dan Karim Adeyemi yang sering mengancam benteng Ulsan. Namun hanya pada minit […]

Continue Reading

KWSP perkukuh persediaan caruman mandatori bagi pekerja bukan warganegara

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempergiat usaha libat urus dan rundingan bersama majikan serta pihak berkepentingan utama bagi memperkukuh persediaan menjelang pelaksanaan caruman mandatori KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia. KWSP berkata, pihaknya telah melaksanakan lebih 30 sesi libat urus strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan sejak pengumuman Belanjawan 2025 mengenai caruman mandatori KWSP […]

Continue Reading

Carlos Sainz Sr tak jadi bertanding Presiden FIA

LONDON: Peluang Mohammed Ben Sulayem untuk memenangi jawatan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) tanpa bertanding cerah selepas Carlos Sainz Sr tidak berhasrat untuk merebut kerusi No. 1 badan induk itu. Sainz merupakan juara dunia rali dua kali dan bapa kepada pemandu Formula Satu (F1) pasukan Williams yang mempunyai nama sama dengannya sebelum ini pernah berkata, […]

Continue Reading

Proton meterai perjanjian pacu pengeluaran komponen tempatan

PETALING JAYA: Proton mengambil langkah ke arah mendapatkan bekalan komponen tempatan berteknologi tinggi untuk model-model akan datang dengan penandatanganan perjanjian antara vendor dan syarikat yang membekalkan produk kepada Geely.  Ketua Pegawai Perolehan Proton, Wang Huaibing berkata, empat usahasama baharu dan dua perjanjian teknikal telah ditandatangani untuk mengukuhkan rantaian bekalan tempatan syarikat dan meningkatkan keupayaan vendor-vendor […]

Continue Reading