ACSR buka maklum balas awam cadangan rangka kerja jaminan kemampanan

PETALING JAYA: Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas awam berhubung cadangan rangka kerja jaminan kemampanan. Rangka kerja tersebut bertujuan memastikan kebolehpercayaan pendedahan syarikat yang tertakluk di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF). Kertas perundingan itu antara lain membincangkan penggunaan piawaian jaminan […]

Continue Reading

Seramai 260 pemain sertai Kejohanan Golf Trofi Mazda 2025 

SHAH ALAM: Seramai 260 pemain menyertai Kejohanan Golf Trofi Mazda 2025 yang berlangsung di Kelab Golf Glenmarie di sini baru-baru ini. Acara tahunan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu jemputan dan ahli di mana pemain yang terdiri daripada ahli kelab Glenmarie beraksi di lapangan Garden, sementara peserta jemputan di lapangan Valley. Bagi kategori jemputan, Mohd. […]

Continue Reading

Satu dari tiga intai pekerjaan baharu

PETALING JAYA: Pasaran pekerjaan Malaysia yang berkembang pesat mendorong lebih ramai mengejar peluang baharu apabila 35.2 peratus responden merancang untuk  menukar majikan antara Januari dan Jun 2025, kata syarikat bakat terbesar di dunia, Randstad. Syarikat berkata, penemuan awal yang diterbitkan daripada Penyelidikan Jenama Majikan 2025 itu menunjukkan peningkatan 1.3 mata daripada tahun lepas. Dari Julai […]

Continue Reading

5 Pasukan Korporat layak ke Pusingan Akhir Kebangsaan WCGC

PETALING JAYA: Sebanyak lima pasukan korporat golf amatur tempatan layak ke pusingan akhir dari Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia yang berlangsung di Tropicana Golf & Country Club, di sini semalam. Kejohanan anjuran Enotech itu menampilkan empat pusingan kelayakan dan pusingan kelayakan ketiga bakal berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club pada 22 Julai ini. Enotech […]

Continue Reading

Toshiba lancar peti sejuk berkapasiti terbesar Asia Pasifik sempena ulang tahun ke-95

PETALING JAYA: Toshiba Malaysia melancarkan NaturePURE Series 820L Refrigerator, yang secara rasmi diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai peti sejuk berkapasiti terbesar di Asia Pasifik. Pelancaran itu menandakan pencapaian penting sempena ulang tahun ke-95 jenama tersebut, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam inovasi dan teknologi perkakas rumah. Pengarah Urusan Toshiba Malaysia, Steven Yang berkata, […]

Continue Reading

Lima pasukan mara ke pusingan ketiga WCGC

PETALING JAYA: Sebanyak lima pasukan pemain golf amatur tempatan layak ke pusingan ketiga kejohanan Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia yang berlangsung di Tropicana Golf & Country Club, di sini semalam. Kejohanan anjuran Enotech itu menampilkan empat pusingan kelayakan dan pusingan kelayakan ketiga bakal berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club pada 22 Julai ini. […]

Continue Reading

Ajinomoto perkukuh inovasi pemakanan melalui MDA

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memperkukuh komitmen dalam bidang pemakanan sihat dan inovasi makanan menerusi penyertaan pada Persidangan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) 2025 ke-31 yang berlangsung pada 21 Jun lalu. AMB berkata, syarikat turut memperkenalkan Sistem Pemprofilan Nutrisi Kumpulan Ajinomoto (ANPS) kepada lebih 350 pakar diet, penyelidik dan pengamal kesihatan, sebagai langkah memacu […]

Continue Reading

Dua beregu Malaysia mara ke final Kejohanan Asia

PETALING JAYA: Beregu wanita dan campuran Malaysia menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2025 di Kuching, Sarawak, hari ini. Gandingan muda Malaysia, Noor Ainaa Amani Ampandi-Yee Xin Ying menepati status mereka sebagai pilihan pertama selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tomato Ho-Ching Hei Fung 11-2, 11-5 […]

Continue Reading

Benfica juara Kumpulan C, tumpaskan Bayern 1-0

CHARLOTTE: Benfica mengejutkan Bayern Munich 1-0 dalam aksi terakhir kumpulan, sekali gus sekali gus meletakkan wakil Portugal itu sebagai juara Kumpulan C Piala Dunia Kelab. Benfica akan menentang Chelsea atau Esperance de Tunis di pusingan 16 terakhir, manakala Bayern, yang menamatkan saingan di tempat kedua akan bertemu juara Kumpulan D, Flamengo. Gol kemenangan Benfica dijaringkan […]

Continue Reading

Swiatek mara ke suku akhir Terbuka Bad Homburg

Bad Homburg, JERMAN: Pemain tenis nombor lapan dunia, Iga Swiatek memulakan musim gelanggang rumput 2025 dengan kemenangan ke atas bekas bintang No. 1 dunia, Victoria Azarenka untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Bad Homburg. Dalam perlawanan di atas gelanggang rumput pertamanya sejak tewas di pusingan ketiga Wimbledon tahun lalu dan juga aksi pertamanya setelah […]

Continue Reading

Leclerc nafi Ferrari hadapi musim yang sukar

MONTREAL: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc menegaskan bahawa kempen Formula 1 (F1) pasukannya bagi musim 2025 tidak sepatutnya digambarkan sebagai mengejutkan walaupun mereka masih gagal meraih sebarang kemenangan tahun ini. Walaupun Scuderia bersaing rapat dengan McLaren untuk gelaran pengeluar sehingga perlumbaan terakhir F1 musim 2024, akhirnya tewas dengan hanya 14 mata, Ferrari tidak lagi bersaing secara […]

Continue Reading

MBSB Bank lancar Retailer Dashboard

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) melancarkan MBSB Retailer Dashboard, penyelesaian perbankan digital pertama yang dibangunkan secara tempatan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sektor peruncitan memantau dan mengautomasi urus niaga harian mereka. Papan pemuka digital itu direka khas untuk memberi paparan menyeluruh terhadap transaksi masuk di semua cawangan, platform serta saluran pembayaran, […]

Continue Reading

Untung bersih Kronologi Asia naik 4.7 peratus pada suku pertama

KUALA LUMPUR: Kronologi Asia Berhad, penyedia teknologi dan penyelesaian pengurusan data perusahaan hibrid dan awan di Asia mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) 4.7 peratus kepada RM1.51 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 berbanding RM1.44 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Prestasi itu disumbang oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi dengan margin keuntungan yang […]

Continue Reading

APS Asia Pasifik labur RM4 juta buka pusat selenggara kipas pesawat

SHAH ALAM: Syarikat pembuatan alat ganti pesawat, Aircraft Propeller Service (APS) Asia Pasifik melabur lebih RM4 juta bagi membuka pusat penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih (MRO) kipas pesawat yang pertama di Asia, di sini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APS, Daniel Colbert berkata, pihaknya memilih Malaysia sebagai destinasi membuka pusat tersebut berdasarkan kemudahan infrastruktur […]

Continue Reading

SC perkenal garis panduan tadbir urus produk

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan Garis Panduan Tadbir Urus Produk (PGG) sebagai langkah memperkukuh perlindungan pelabur serta menggalakkan pembangunan dan pengedaran produk yang lebih bertanggungjawab dalam pasaran modal negara. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada agenda pembaharuan pasaran dan kawal selia yang sedang digerakkan SC bagi meningkatkan tingkah laku industri serta integriti pasaran secara […]

Continue Reading

MOM sudah ada calon CDM, timbalan Sukan SEA 2025

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal melantik sekurang-kurangnya dua timbalan Ketua Kontinjen (CDM) bagi membantu mengetuai kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, beberapa calon telah disenarai pendek bagi mengisi jawatan CDM dan timbalannya. “Isu utama ialah daripada […]

Continue Reading

Bursa Malaysia ditutup negatif petang ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 2.32 mata kepada 1,514.29 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,516.61 pada penutup Isnin. Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,514.25. Jumlah dagangan sebanyak 2.57 bilion unit bernilai RM2.04 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 638 berbanding 349, dengan 458 kaunter tidak berubah dan […]

Continue Reading

‘Penyertaan wanita sebagai pemimpin, jurulatih sukan masih rendah’

GEORGE TOWN : Penyertaan serta peranan yang dimainkan oleh wanita dalam bidang kepimpinan dan kejurulatihan sukan di rantau ASEAN ketika ini masih berada pada tahap yang rendah serta tidak memuaskan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, data semasa menunjukkan, wanita hanya mewakili kurang daripada 20 peratus jurulatih bertauliah dalam kalangan negara anggota ASEAN berbanding […]

Continue Reading

Cukai modal teroka kukuh ekosistem syarikat tempatan

PETALING JAYA: Kerajaan telah meluluskan penambahbaikan rangka kerja insentif cukai modal teroka (VC) untuk mengukuhkan lagi ekosistem syarikat tempatan, kata Menteri Kewangan Il.  Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah pembaharuan tersebut berikutan ekosistem VC didapati masih lagi kekal sederhana iaitu AS$429 juta ( RM1.8 bilion) dalam pembiayaan sepanjang 2024. Katanya, rombakan skim itu menawarkan […]

Continue Reading

Rehat lama boleh ganggu prestasi beregu negara

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui ‘tempoh rehat’ hampir lima minggu tanpa sebarang kejohanan boleh mengganggu prestasi pemainnya. Selepas berakhirnya Terbuka Indonesia pada 8 Jun lalu, tiada kejohanan disertai oleh kem negara sehingga aksi seterusnya di Terbuka Jepun yang bermula pada 15 Julai depan. “Minggu tanpa kejohanan ini kita guna […]

Continue Reading