Skuad bola tampar pantai negara lakar sejarah kali keempat

PETALING JAYA: Skuad bola tampar pantai negara sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun (B-21) Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang akan berlangsung di Puebla, Mexico. Kejayaan itu menyaksikan Malaysia layak ke pentas dunia empat tahun berturut-turut sejak 2022, sekali gus membuktikan prestasi konsisten skuad remaja negara dalam […]

Continue Reading

Kelantan WTS FC sasar empat terbaik Liga A1 Semi Pro

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Wan Tendong Stable (Kelantan WTS FC) menetapkan matlamat untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025-2026 ini. Pemiliknya, Wan Muhd Ridhuan Wan Abdullah berkata, pasukan yang layak secara automatik ke liga devisyen dua negara itu yakin mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain […]

Continue Reading

Proses pemulihan Abdul Hadi positif

KUALA TERENGGANU: Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan menunjukkan perkembangan yang positif selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), minggu lalu. Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi kini berada dalam fasa pemulihan di pusat rawatan tersebut. Katanya, beliau berpeluang menziarahi Ahli […]

Continue Reading

Hakim Danish terus cemerlang di Eropah

PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli terus cemerlang di pentas Eropah dan menjadi anak Malaysia pertama melakar prestasi konsisten dengan tujuh podium. Prestasi cemerlang itu menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu mengungguli saingan Piala RedBull MotoGP Rookies selepas mengumpul 148 mata bagi musim 2025. Semalam dalam pusingan keempat di Litar Mugello, Itali, anak muda […]

Continue Reading

Speedy Tigers pamer aksi tidak konsisten

PETALING JAYA: Aksi tidak konsisten sepanjang kejohanan menjadi punca utama kegagalan skuad hoki lelaki negara untuk sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir saingan Piala Negara-Negara. Kapten negara, Muhammad Marhan Jalil, berkata, kelekaan terutama pada suku ketiga dan keempat dalam setiap perlawanan menyebabkan lawan mengambil kesempatan untuk mencuri kemenangan. “Bagi saya, pasukan yang berjaya ke final lebih […]

Continue Reading

Lebih banyak kejayaan Antonelli bakal menyusul

LONDON: Juara dunia Formula 1 (F1) empat kali, Max Verstappen memuji Kimi Antonelli yang mempunyai kualiti hebat menjadikan pelumba muda Mercedes itu sebagai bintang masa depan. Antonelli, 18, membuat penampilan sulung F1 yang dinanti-nantikan bersama Mercedes musim ini dan telah dibandingkan dengan kebangkitan pantas Verstappen sendiri dalam dunia perlumbaan. Selepas meraih petak utama mengejutkan dalam […]

Continue Reading

Harga minyak melonjak selepas AS menyerang tapak nuklear Iran

TOKYO: Harga minyak melonjak pada awal dagangan Isnin berikutan kebimbangan gangguan kepada pasaran tenaga selepas serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear Iran. Saham Asia lebih rendah apabila peniaga mencerna peristiwa hujung minggu, dengan Iran mengancam pangkalan AS di Asia Barat ketika kebimbangan meningkat mengenai konflik yang semakin meningkat di rantau yang tidak menentu […]

Continue Reading

Vidakovic jurulatih baharu KL City?

PETALING JAYA: Teka-teki siapa bakal menjadi pengendali baharu Kuala Lumpur City (KL City) akan terjawab esok selepas mesyuarat pihak pengurusan bersama ahli lembaga pengarah. PengerusiKL City, Syed Yazid Syed Omar berkata, selain jawatan ketua jurulatih, mesyuarat itu akan membincangkan mengenai barisan pemain yang bakal membawa cabaran The City Boys di saingan Liga Malaysia musim 2025-26. […]

Continue Reading

Marquez cemas sebelum juarai GP Itali

MUGELLO: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui bahawa dia bernafas lebih daripada biasa ketika perebutan awal kedudukan pendahulu di Grand Prix (GP) Itali berikutan teringat kemalangannya di Jerez dalam situasi yang hampir sama. Marquez berjaya menukar petak utama kepada kemenangan ke-93 dalam kariernya di Mugello, semalam, sekali gus melebarkan jurang pendahulu kejuaraannya kepada 40 mata. Dia […]

Continue Reading

SESMA OB juara Liga Ragbi Terengganu 2025

PETALING JAYA: Sekolah Menengah Sains Mahmud Old Boys (SESMA OB) mencipta kejutan berganda apabila dinobatkan sebagai juara Liga Ragbi Terengganu 2025 selepas menewaskan Marang Rugby 24-14 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail pada Jumaat lalu. Pasukan bekas pelajar SESMA itu turun dengan misi mempertahankan kedudukan kedua liga namun kejayaan memanfaatkan jurang jaringan memberi mereka kejuaraan […]

Continue Reading

Sarjit sedia letak jawatan

PETALING JAYA: Ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh bersedia melepaskan jawatan jika skuad bimbingannya gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda pada Ogos tahun depan. Sarjit yang mula membimbing skuad kebangsaan pada Mac tahun lalu berkata, dia akan mengambil tanggungjawab penuh jika misi berkenaan tidak berjaya direalisasikan tanpa menyalahkan mana-mana […]

Continue Reading

Qabil Irfan terus konsisten catat podium di Barcelona

PETALING JAYA: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan terus mengibarkan Jalur Gemilang di bumi Sepanyol, selepas menjuarai perlumbaan 2 pada Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Barcelona-Catalunya, hari ini. Anak jati Terengganu berusia 13 tahun itu yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Luqui Moly melakar masa terpantas 24 minit 46.464 saat (s) untuk […]

Continue Reading

Pemuda UMNO Pahang bawa usul pembebasan Najib ke Perhimpunan Agung UMNO

PEKAN: Pergerakan Pemuda UMNO Pahang akan membawa usul berkenaan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada Ogos nanti. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Kamil Ibrahim menyifatkan bahawa proses perundangan terhadap Najib dilihat sebagai tidak adil. Katanya, sistem penghakiman negara perlu diteliti semula kerana keputusan Mahkamah […]

Continue Reading

TRW Treble, ex-Red Giant gamit kenangan Liga M

KOTA BHARU: Lebih 20,000 peminat sukan bola sepak dan penyokong tegar The Red Warriors (TRW) era treble membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini untuk menyaksikan perlawanan persahabatan Duo Cup Ex-TRW Treble melawan Ex-Selangor. Kehadiran mereka yang memenuhi segenap ruang tempat duduk stadium sekali gus menggamit nostalgia ‘Gelombang Merah’ yang bukan sahaja pernah menggamatkan stadium […]

Continue Reading

Pas masih perlukan idea pemikiran Abdul Hadi

PARIT: Pas masih memerlukan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk mengetuai parti itu sebagai Presiden. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada isu mengenai kesihatan Abdul Hadi walaupun ada pandangan mengenai kewajaran menggantikannya atas faktor kesihatan. Menurutnya, ini kerana bukan sahaja Pas tetapi dunia Islam masih memerlukan pandangan, idea dan kepimpinan […]

Continue Reading

PHB umum 300 juta unit AHB

KUALA TERENGGANU: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Berhad (AHB) yang tersedia untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera di seluruh negara khususnya di wilayah Pantai Timur mulai semalam. Pengumuman itu dibuat Pengerusi PHB, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda ketika berucap pada Majlis Perasmian Mayang Mall, di sini. […]

Continue Reading

HRD Corp tawar lebih 70,000 kursus sempena Minggu Latihan Nasional

PETALING JAYA: Seramai 3.2 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menyertai lebih 70,000 kursus ditawarkan sepanjang Minggu Latihan Nasional (NTW) 2025 anjuran Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di seluruh negara. Melibatkan 1,516 penyedia latihan dengan 39 bidang kemahiran merangkumi e-dagang, keselamatan, kesihatan dan keusahawanan, NTW merupakan platform mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat melibatkan kursus secara fizikal […]

Continue Reading

New Zealand belasah Pakistan, pertahankan kejuaraan

KUALA LUMPUR: New Zealand mempertahankan kejuaraan Piala Negara-Negara buat kali kedua berturut-turut selepas membelasah Pakistan 6-2 dalam aksi final kejohanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. Jurulatihnya, Greg Nicol mengakui berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemainnya malah kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat pasukan apabila mereka dijadual beraksi menentang Australia dalam Piala […]

Continue Reading

Wales bikin Speedy Tigers kempunan

KUALA LUMPUR: Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 kepada Wales dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam Piala Negara-Negara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Speedy Tigers turun dengan misi menamatkan saingan lima pasukan terbaik menemui jalan buntu dalam mencari kemenangan selepas gagal memanfaatkan peluang yang ada dan itu diakui sendiri oleh jurulatih […]

Continue Reading