Pinjaman tanpa faedah SADC bantu Mahfud kembang pertanian

TAPAH: Bergelar usahawan tani sejak 15 tahun lalu dengan mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti kacang panjang, peria katak, terung dan bendi membolehkan Muhammad Mahfud Yusof, 58, memperoleh pendapatan mencecah empat angka setiap bulan. Dia komited mengusahakan tanaman tersebut di tanah seluas 0.81 hektar yang turut dibantu seorang pekerja di tanah yang diusahakannya di Kampung Haji Dahlan […]

Continue Reading

Honda sedia bangkit musim 2026

LONDON: Pengarah Teknikal Honda, Romano Albesiano melaungkan amaran bahawa pasukannya itu dijangka kembali menjadi pencabar utama dalam saingan MotoGP musim depan. Honda menunjukkan peningkatan ketara di bawah pimpinan Albesiano apabila memenangi satu perlumbaan walaupun dalam keadaan litar basah di Le Mans dan menaiki podium di Silverstone bersama Johann Zarco dalam lapan pusingan pertama musim ini. […]

Continue Reading

Rafizi, KJ dicadang bentuk parti politik baharu

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq serta bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin antara nama yang dicadang untuk membentuk satu parti politik baharu. Menggunakan analogi bola sepak, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, gabungan pemimpin yang mempunyai potensi dalam arena politik kebiasaannya […]

Continue Reading

Aplikasi Maybank kembali beroperasi

PETALING JAYA: Perkhidmatan transaksi Maybank kembali beroperasi sepenuhnya selepas mengalami gangguan melibatkan aplikasi mudah alih dan transaksi dalam talian. Maybank dalam kenyataan memaklumkan, semua perkhidmatan telah disambung semula dan pelanggan kini boleh menjalankan urusan perbankan seperti biasa. “Untuk maklumat lanjut atau bantuan, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di [email protected] atau hubungi kami di 1-300-88-6688 […]

Continue Reading

Empat lagi atlet sertai program RTG

PETALING JAYA: Beregu No. 1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan pasangan campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai menjadi kumpulan atlet terakhir yang menyertai program Road To Gold (RTG) bagi kitaran 2025. Menteri Belia dan sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan berkata keempat-empat atlet elit itu telah bersetuju dengan menyatakan komitmen mereka terhadap program tersebut. […]

Continue Reading

Lakers bakal dijual dengan nilai RM42 bilion

LOS ANGELES: Pasukan bola keranjang terkemuka Amerika Syarikat (AS), Los Angeles Lakers bakal dijual dalam satu perjanjian pecah rekod bernilai AS$10 bilion (RM42 bilion) sekali gus menjadi kelab sukan paling bernilai dalam sejarah negara itu. Menurut laporan ESPN, pemilik semasa Lakers iaitu keluarga Buss akan menjual pegangan kawalan mereka dalam pasukan tersebut kepada jutawan Mark […]

Continue Reading

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia

KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun ini terus memberi kesan ketara terhadap kos operasi dan kestabilan pasaran global khususnya kepada industri strategik seperti industri petrokimia. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Mazuin Ismail berkata, keadaan geoekonomi seperti sekatan perdagangan, dasar perlindungan teknologi dan ketidakseimbangan kuasa ekonomi juga dilihat semakin mengekang […]

Continue Reading

Jepun halang Speedy Tigers ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Impian skuad hoki negara untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara tidak kesampaian walaupun mereka menewaskan Jepun 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Malaysia menamatkan kempen peringkat kumpulan di tempat ketiga berkongsi empat mata dengan Pakistan namun dipisahkan dengan perbezaan gol. Itu bermakna […]

Continue Reading

Reformasi fiskal pastikan kelestarian, lindungi rakyat berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan reformasi fiskal kerajaan, termasuk peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta rasionalisasi subsidi elektrik dan diesel, bertujuan memastikan kelestarian fiskal selain terus melindungi golongan berpendapatan rendah dan sektor strategik negara. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, kerajaan Madani komited mencapai sasaran defisit fiskal bawah 3.0 peratus serta nisbah hutang kepada […]

Continue Reading

Johor bukan hanya terima manfaat, turut jadi pemacu ekonomi

ISKANDAR PUTERI: Johor bukan sahaja penerima manfaat daripada dasar-dasar ekonomi dilaksanakan kerajaan, malah turut menjadi pemacu bagi pertumbuhan ekonomi negara dan rantau ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, negeri ini sedang berubah daripada sebuah pangkalan industri tradisional menjadi kuasa ekonomi generasi baharu.  Katanya, perkara itu […]

Continue Reading

Pasaran saham tempatan ditutup positif

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.31 mata kepada 1,511.95 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,511.64 pada penutup Selasa. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,511.89. Jumlah dagangan sebanyak 2.42 bilion unit bernilai RM1.79 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 488 berbanding 361, dengan 503 kaunter tidak berubah dan […]

Continue Reading

Malaysia kekal kukuh dalam pasaran semikonduktor global

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dan cabaran perdagangan antarabangsa. Pengarah Eksekutif Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Andrew Chan Yik Hong berkata, permintaan terhadap semikonduktor dijangka terus meningkat walaupun terdapat kelembapan sementara dalam kemasukan pelaburan ke negara ini. Beliau turut mengakui wujud sedikit penurunan dalam […]

Continue Reading

Nazim, Firdaus juarai kategori Medal A PNAGS

PETALING JAYA: Pemain golf amatur, Nazrin Kassim dan Mohd Firdaus Ahmad muncul juara kategori utama Medal A selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2025 bagi Zon Timur. Nazrin yang mewakili Kelantan mencatat skor kasar 75 di Kelab Golf & Country Kelantan dalam format strokeplay sekaligus dilantik sebagai ketua pasukan […]

Continue Reading

Acosta sertai Ducati?

ALCANIZ: Juara dunia dua kali, Pedro Acosta mengakui dia tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika menunggang jentera Ducati Desmosedici selepas namanya dikaitkan bakal menyertai pasukan itu. Dominasi Ducati dalam Kejuaraan Dunia MotoGP nampaknya menurun sedikit di atas kertas pada musim ini berbanding 2024 apabila tahun lalu, pasukan itu memenangi semua perlumbaan kecuali satu grand prix. […]

Continue Reading

Pertumbuhan Malaysia terus stabil walau perdagangan global berubah

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan yang stabil meskipun berlaku perubahan dalam dinamik perdagangan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid Beliau berkata, negara memantau secara berhati-hati perkembangan landskap perdagangan dunia dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. “Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pagi tadi bahawa Menteri Pelaburan, […]

Continue Reading

Northport, Infinity rai kepelbagaian kaum dengan seni mural

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd dan Infinity Logistics & Transport Sdn. Bhd. melancarkan seni mural berskala besar di dinding Gudang D4, Northport Distripark Sdn. Bhd. (NDSB) sebagai simbol kerjasama strategik serta semangat kepelbagaian dalam persekitaran kerja moden. Mural bertemakan ‘Kepelbagaian’ itu merupakan hasil karya artis tempatan, Dr. Caryn Koh, yang disiapkan dalam masa 13 hari, […]

Continue Reading