EON lancar bilik pameran Proton e.MAS baharu di Damansara

PETALING JAYA: Edaran Otomobil Nasional (EON) Berhad, pengedar automotif pelbagai jenama terkemuka di Malaysia, melancarkan bilik pameran Proton e.MAS di Damansara, dengan menawarkan tawaran menarik untuk pelanggan terawal. Cawangan Proton e.MAS Damansara terletak bersama Pusat 3S Proton EON Damansara di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), memperluaskan jejak runcit EON bagi kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia.  Ini […]

Continue Reading

Perdagangan Malaysia berada di landasan untuk capai sasaran

KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia untuk tahun ini berada dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus, meskipun prospek perdagangan global dilihat semakin sederhana pada separuh kedua 2025. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, unjuran itu mengambil kira pencapaian pada separuh pertama tahun ini […]

Continue Reading

Zetrix AI dapatkan semakan kehakiman

PETALING JAYA: Zetrix AI Bhd., dahulunya dikenali sebagai MyEG Services Bhd. akan mendapatkan semakan kehakiman terhadap teguran awam Bursa Malaysia Securities Bhd. berhubung pendedahan yang mengelirukan dan ketidakpatuhan terhadap arahan kawal selia. Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, syarikat memberitahu, pihaknya telah berunding dengan peguam syarikat berhubung perkara tersebut. “Lembaga pengarah Zetrix ingin mengumumkan bahawa syarikat […]

Continue Reading

Ekonomi China berkembang 5.2% berikutan gencatan perang perdagangan

BEIJING: Ekonomi China berkembang lebih lima peratus pada suku kedua tahun ini berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan pada hari Selasa, selepas penganalisis meramalkan eksport yang kukuh akan memberikan sokongan penting walaupun tekanan perang perdagangan. Kepimpinan negara sedang bertarung dalam pertempuran berbilang barisan untuk mengekalkan pertumbuhan, cabaran yang menjadi lebih sukar oleh kempen tarif Donald Trump. Presiden […]

Continue Reading

MBSB umum penjenamaan semula rasmi MAIB kepada MBSB IB

PETALING JAYA: Kumpulan MBSB mengumumkan penjenamaan semula rasmi MIDF Amanah Investment Bank Berhad (MAIB) kepada MBSB Investment Bank Berhad (MBSB IB), berkuat kuasa 10 Julai lalu.  Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi transformasi dan penyatuan jenama yang lebih luas oleh kumpulan MBSB. Penjenamaan semula ini mencerminkan komitmen Kumpulan MBSB untuk mempersembahkan satu identiti tunggal dan […]

Continue Reading

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia

PETALING JAYA: Syarikat teknologi tenaga, Baker Hughes menjalinkan kerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi meneroka inisiatif perniagaan yang berpotensi menyokong perkembangan dan peralihan tenaga di Asia. Inisiatif itu bagi mengukuhkan rantaian bekalan tempatan selain meneroka kemungkinan pelaksanaan pelbagai rumusan teknologi termasuk pengembangan perkhidmatan gas asli cecair (LNG) serta program latihan serta pembangunan bakat rentas […]

Continue Reading

Bursa Malaysia tegur Zetrix Al, denda 7 pengarah syarikat

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Securities Bhd. menegur secara terbuka Zetrix Al Bhd. yang sebelum ini dikenali sebagai MYEG Services Bhd. dan mengenakan denda kepada tujuh pengarah syarikat kerana melanggar Keperluan Penyenaraian (LR) Pasaran Utama. Menurut kenyataannya, Bursa Malaysia mengenakan denda RM150,000 kepada setiap pengarah termasuk Pengarah Urusan Kumpulan,Wong Thean Soon; Pengerusi Eksekutif, Datuk Dr Norraesah […]

Continue Reading

MSN nafi isu persiapan tidak rapi, PKBM sudah diberi RM300,000

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan bahawa tiada isu kelemahan dalam persiapan pasukan berbasikal lebuh raya negara ke Sukan SEA 2025 memandangkan dana telah pun disalurkan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 telah diluluskan dan sebahagiannya sudah pun disalurkan kepada PKBM bagi tujuan persediaan ke […]

Continue Reading

Ahli Parlimen PH diberi taklimat mengenai Perkara 125 Perlembagaan

PUTRAJAYA: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara antara perkara utama dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana, di sini sebentar tadi. Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui di luar perkarangan bangunan itu, di sini. Fahmi yang juga Ahli Parlimen […]

Continue Reading

Tiga projek RKB Terengganu jimat RM8.23 juta setahun

PETALING JAYA: Tiga projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di Terengganu mencatatkan penjimatan kos pematuhan kira-kira RM8.23 juta setahun menerusi pengurangan tempoh masa memproses permohonan antara 85 hingga 95 peratus. Menurut kenyataan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), pencapaian itu diumumkan sempena Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Projek RKB sempena Program Madani Rakyat Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung di Laman Payang pada […]

Continue Reading

Jualan perdagangan borong dan runcit cecah RM154.3 bilion

PETALING JAYA: Perdagangan borong dan runcit mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154.3 bilion pada Mei, merekodkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).  Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu didorong terutamanya oleh subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong.  “Subsektor perdagangan runcit mencatatkan jumlah jualan RM67.1 bilion, meningkat […]

Continue Reading

Sivaneshwaran cipta kejutan, Score Marathon AIA Vitality 2025 cipta rekod baharu

PUTRAJAYA: Pelari jarak jauh kebangsaan, G. Sivaneshwaran, mencuri tumpuan apabila mengejutkan semua pihak dengan menjuarai acara lelaki Score Marathon AIA Vitality 2025, yang berlangsung di Putrajaya semalam dalam penampilan sulungnya di pentas maraton. Pertama kali menyertai perlumbaan sejauh 42 kilometer (km), Sivaneshwaran tampil penuh bertenaga, terutama pada kilometer terakhir yang menjadi penentu, sebelum melintasi garisan […]

Continue Reading

Kedudukan PM kukuh, himpunan tiada hala tuju

IPOH: Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih kukuh disebalik pelbagai isu dimainkan oleh pihak lawan termasuk untuk mengadakan perhimpunan mendesak beliau meletak jawatan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, Anwar masih mempunyai mandat daripada majoriti Ahli Parlimen termasuk menerusi kenyataan sokongan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri […]

Continue Reading

Sunzen tinggalkan perniagaan kesihatan haiwan, fokus segmen berpotensi tinggi

KUALA LUMPUR: Sunzen Group Berhad (Sunzen) memberi tumpuan sepenuhnya kepada segmen perniagaan berpotensi tinggi selepas mengambil langkah strategik untuk keluar daripada perniagaan kesihatan haiwan yang mencatatkan kerugian. Pada Februari lalu, Sunzen menandatangani perjanjian jual beli saham bagi melupuskan anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaan tersebut dengan nilai pertimbangan tunai sebanyak RM17.3 juta. Pengarah Urusan Kumpulannya, Teo […]

Continue Reading

Sinner raih kejuaraan sulung Wimbledon

LONDON: Juara Wimbledon, Jannik Sinner memberi amaran kepada Carlos Alcaraz bahawa dia akan menjadi lebih kuat selepas menewaskan seteru utamanya itu untuk merangkul gelaran kejohanan tersebut buat kali pertama, semalam. Sinner membalas dendam atas kekalahan menyakitkan di final Terbuka Perancis kepada Alcaraz pada Jun lalu dengan persembahan bertenaga dan pukulan padu untuk menundukkan pemain Sepanyol […]

Continue Reading

Menang G7, Razak tekad ‘gempur’ Jerantut untuk UMNO rampas tiga kerusi DUN, Parlimen

JERANTUT: Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud menyatakan komitmen padu untuk menjadi tenaga penggerak utama dalam usaha UMNO Bahagian Jerantut merampas semula kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tahan, Damak dan Pulau Tawar pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Menurut Razak, walaupun UMNO tewas semua kerusi tersebut pada pilihan raya umum […]

Continue Reading

Perbincangan BN-PH selesai 98 peratus

KUALA SELANGOR: Perbincangan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah selesai 98 peratus setakat ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu penting bagi mengelak pertindihan kerusi yang ditandingi selaras dengan hasrat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu […]

Continue Reading

UMNO teguh pejuang hak Najib, harap titah adendum dilaksanakan

JERANTUT: UMNO menzahirkan rasa syukur atas kewujudan Titah Adendum yang sudah pun diperakui dan disahkan oleh Jabatan Peguam Negara supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam bentuk tahanan rumah. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perkara itu bukan sekadar isu perundangan, malah menyentuh […]

Continue Reading

Titah Adendum perlu dilaksanakan, biarpun prosedur dipertikai, ia bukan khabar angin

KUALA SELANGOR: Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang memperkenankan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah perlu dihormati dan wajar dilaksanakan meskipun prosedurnya masih dipertikaikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, meskipun AGC mempertikaikan kaedah pengemukaan titah berkenaan sebagai […]

Continue Reading