Taufiq cabar pembangkang bawa usul tidak percaya terhadap PM

SUNGAI PETANI: Pembangkang dicabar membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa sama menamakan calon yang layak menggantikan Ahli Parlimen Tambun itu. Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, sehingga kini tiada pemimpin yang lebih layak berbanding Anwar untuk menerajui negara, terutama bagi memulihkan ekonomi dalam suasana […]

Continue Reading

Uriarte semakin hampir rampas takhta Hakim Danish

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sekadar melengkapkan aksinya di kedudukan ke-10 dalam perlumbaan 1 yang berlangsung dalam hujan pada pusingan kelima Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Sachsenring, Jerman, malam tadi. Hakim Danish mencatat masa 29 minit 02.019 saat (s) dan menokok enam mata yang sekali gus membolehkannya mengumpul 154 mata keseluruhan […]

Continue Reading

Addeen muncul juara Terbuka Morrinsville

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar merangkul gelaran ketujuh dalam kariernya selepas menewaskan rakan senegara, Joachim Chua pada perlawanan akhir Terbuka Morrinsville di New Zealand, semalam. Kejohanan yang berstatus Jelajah Cabaran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) itu berkesudahan Addeen melakar kemenangan selepas di paksa berhempas pulas selama 87 minit ke atas Joachim 7-11, […]

Continue Reading

Golf Amal Klinik Waqaf An-Nur kumpul dana RM588,877

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM588,877 berjaya dikutip pada Kejohanan Golf Amal Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) 2025 yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Country Club, Seri Kembangan, dekat sini semalam. Kejohanan itu dianjurkan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya selain bertujuan mengumpul dana untuk lebih 20 Klinik Waqaf An-Nur […]

Continue Reading

National Sevens medan pemilihan pemain ke Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2025 (National Sevens) yang berlangsung di Terengganu minggu hadapan menjadi medan terakhir buat pemain kebangsaan memburu tempat ke Sukan SEA 2025. Setiausaha Agung Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Abd Jalil, berkata, kejohanan itu bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi pentas pemilihan untuk membentuk skuad lelaki dan wanita […]

Continue Reading

Dari papan piano ke ‘kandang’ muay thai

“Saya ingin tunjukkan bahawa muay thai bukan sekadar tentang bertarung, tetapi juga tentang memelihara warisan yang sangat berharga.” Demikian luahan atlet sukan tempur negara, Yan Jia Chi atau lebih dikenali sebagai Angie, yang menunjukkan rasa cintanya terhadap bidang yang diceburi kini. Atlet kelahiran Johor namun membesar di Sabah ini aktif dalam dunia muzik sejak berusia […]

Continue Reading

Projek JDT beri kelebihan buat Harimau Malaya

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) seakan-akan meniru cara Barcelona dengan mengumpulkan hampir keseluruhan pemain kebangsaan Sepanyol dalam satu kelab dan hasilnya mereka berjaya membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2010 dan kejuaraan Euro 2012. Kejayaan skuad kendalian Vicente Del Bosque ketika itu banyak bergantung kepada pemain-pemain yang beraksi di bawah kendalian Pep Guardiola di […]

Continue Reading

Strategi taktikal penentu siapa juara- Maresca

EAST RUTHERFORD : Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menyifatkan perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi esok sebagai satu permainan catur. Kedua-dua pasukan kuasa besar bola sepak Eropah itu akan berebut kejuaraan dunia di Stadium MetLife, New Jersey. Maresca menekankan betapa pentingnya aspek taktikal dalam pertembungan tersebut, apatah lagi menentang pasukan bimbingan […]

Continue Reading

Kena berani umum awal sasaran Sukan SEA 2025

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disaran agar lebih berani menetapkan sasaran awal kutipan pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2025 bagi memberi hala tuju jelas kepada kontinjen negara. Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, berkata, pengumuman sasaran sepatutnya dibuat lebih awal bagi memberi panduan jelas kepada atlet tentang hala tuju dan pencapaian […]

Continue Reading

BN tolak cadangan tubuh RCI badan kehakiman

GOMBAK: Barisan Nasional (BN) menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara kerana ia bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN berpandangan pelantikan Ketua Hakim Negara adalah urusan prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang dibuat berdasarkan Perlembagaan dan atas nasihat Perdana […]

Continue Reading

langkah strategik JDT demi bola sepak Malaysia

TIDAK adil untuk mempersoalkan tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam merekrut pemain berdarah warisan. Hal ini kerana, ia adalah satu langkah strategik yang bijak dan memberi impak berganda bukan sahaja kepada kelab itu, tetapi turut memperkasa skuad Harimau Malaya dan mengangkat mutu Liga Malaysia (Liga M) secara keseluruhan. Empat pemain warisan yang kini menyarung jersi […]

Continue Reading

UMNO tidak akan tinggalkan MCA, MIC

GOMBAK: UMNO tidak akan meminggirkan rakan komponennya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Friends of BN (FOBN) untuk menghadapi pilihan raya akan datang walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun beliau bertegas tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dalam komponen dan meminta mereka memahami landskap […]

Continue Reading

BN kekal hormat MCA, MIC sebagai rakan setia – Ahmad Zahid

GOMBAK: Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalkan semangat setiakawan dan penghormatan terhadap parti komponen bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang kekal setia bersama gabungan itu sejak penubuhannya. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, MCA dan MIC bukan sahaja diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi-kerusi tradisi malah terus dihormati sebagai rakan kongsi […]

Continue Reading

BN mahu kekal dominan pada PRU16

GOMBAK: Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk kekal sebagai gabungan politik dominan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kekuatan BN terletak pada struktur organisasinya yang kukuh serta jentera parti yang sentiasa bersedia digerakkan. Katanya, ia bukan sekadar dalam bentuk kerjasama atas kertas tetapi melalui pelaksanaan […]

Continue Reading

Malaysia sasar tujuh pingat di WUG 2025

PUTRAJAYA: Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya tujuh pingat tanpa mengira warna pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 yang dijadual berlangsung di Rhein Ruhr, Jerman dari 16 hingga 27 Julai ini. Ketua kontinjen negara, Datuk Mohd Hafiz Yusoff berkata, sasaran itu realistik berdasarkan situasi semasa termasuk perubahan jenis acara yang dipertandingkan berbanding edisi […]

Continue Reading

UMNO Selayang gesa Peguam Negara tarik balik rayuan

SUNGAI BULOH: UMNO Bahagian Selayang mengusulkan agar kerajaan melakukan intervensi segera bagi menggesa Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap semakan kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua bahagiannya, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican berkata, penarikan balik rayuan itu penting bagi membuka ruang kepada Mahkamah Tinggi untuk menilai semula semakan kehakiman yang […]

Continue Reading

AFL sedia tambah dua slot baharu Liga A1 Semi Pro

PETALING JAYA: Liga A1 Semi-Pro terus menjadi tumpuan apabila beberapa kelab masih mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) untuk menyertai saingan musim ini, walaupun sepak mula dijadual berlangsung pada 2 Ogos depan. Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui sambutan terhadap liga itu sangat memberangsangkan, malah tidak menolak kemungkinan untuk membuka dua lagi slot […]

Continue Reading

Pertemuan PM bincang isu semasa, dasar kerajaan

JELI: Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi membincangkan mengenai perkembangan isu semasa dan penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada siri pertemuan berkala yang sering diadakan di antara kepimpinan kerajaan dan komponen parti. […]

Continue Reading

Lyles tundukkan Tebogo di Monaco

MONACO: Pelari pecut sensasi Amerika Syarikat, Noah Lyles membuktikan kehebatannya apabila menewaskan juara Olimpik, Letsile Tebogo dalam acara 200 meter pada Kejohanan Liga Berlian Monaco awal pagi tadi. Kemenangan itu menjadi penampilan sulung musim ini buat Lyles dalam acara 200m, selepas bergelut dengan masalah kecederaan yang menimbulkan tanda tanya mengenai kemampuannya mempertahankan gelaran juara dunia […]

Continue Reading

Isu dalaman UMNO perlu selesai sebelum musim pilihan raya

KUBANG PASU: UMNO kini berada dalam persediaan di ambang pilihan raya yang menuntut seluruh jentera dan ahli parti bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara paling utama adalah semua pihak terlibat harus memperkukuh barisan parti termasuk melupakan semua perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.  “Paling penting adalah […]

Continue Reading