Inovasi pengadilan FIFA raih pujian – Collina

EAST RUTHERFORD : Inovasi teknologi dan peraturan baharu dalam sistem pengadilan pada edisi sulung Piala Dunia Kelab FIFA 32 pasukan mendapat sambutan hangat, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina. Antara yang diperkenalkan termasuk kamera badan (ref cam) pada pengadil, peraturan lapan saat untuk penjaga gol, dan teknologi ofsaid separa automatik versi baharu semuanya diuji […]

Continue Reading

‘Berkali-kali tanya, kerana kami adalah pembangkang’

SHAH ALAM: Penganjuran Program Jualan Rahmah di pekarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang yang sepatutnya diadakan pada esok didakwa dipolitikkan menyebabkan ia dibatalkan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Nurul Syazwani Noh berkata, beliau kesal dengan tindakan tersebut kerana persetujuan untuk menganjurkannya dicapai selepas dihubungi oleh pihak yang dipercayai vendor daripada Kementerian Perdagangan Dalam […]

Continue Reading

MOTAC mantapkan data pelancongan

PETALING JAYA: Tourism Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan sesi libat urus bersama wakil industri perhotelan Sarawak dalam usaha memperkukuh ketepatan data dan penyampaian maklumat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Sesi tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar dan menghimpunkan wakil dari sektor pelancongan […]

Continue Reading

NexG umum pengambilalihan kilang bernilai RM28.5j

PETALING JAYA: NexG Berhad (NexG) mengumumkan cadangan pengambilalihan aset perindustrian berhampiran kemudahan perkilangannya di Petaling Jaya dengan nilai RM28.5 juta, menandakan satu peristiwa penting dalam pelan hala tuju pengembangan globalnya. Hartanah tersebut terdiri daripada sebuah kilang dua tingkat, blok pejabat tiga tingkat, gudang dua tingkat, berserta sebuah pondok pengawal terletak di atas sebidang tanah seluas […]

Continue Reading

MA lantik Shahidan sebagai Presiden Seumur Hidup

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) mengumumkan pelantikan bekas presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Presiden Seumur Hidup badan induk itu sebagai tanda penghargaan sumbangan beliau kepada sukan olahraga di negara ini. MA turut melantik beberapa bekas atlet kebangsaan seperti bekas pelari pecut negara, Zaidatul Husna Zulkifli sebagai pengurus besar badan induk itu, Datuk Zaiton Othman, […]

Continue Reading

Pas sokong cadangan Rafizi wujud RCI kehakiman

PETALING JAYA: Pas menyokong segala usaha untuk menyelesaikan kemelut kehakiman negara termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dicadangkan oleh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu menyokong penuh cadangan Rafizi untuk menubuhkan RCI tanpa memberi syarat seperti yang didakwa media sebelum ini. “Tidak timbul […]

Continue Reading

Misi Hakim Danish pertahan kedudukan pendahulu di Sachsenring

PETALING JAYA: Selepas mengharungi episod mengecewakan, minggu lepas, Hakim Danish Ramli kini kembali ke kancah perlumbaan Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Sachsenring, Jerman dengan kedudukan sebagai pendahulu perlu dipertahankan pelumba muda itu, hujung minggu ini. Mengumpul 148 mata untuk berada berada di tangga pertama carta, Hakim Danish diekori pencabar terdekatnya Brian Uriarte dari Sepanyol […]

Continue Reading

 ‘Jika dicalonkan di peringkat Pusat, istikharah, pertimbang kemudian’

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli sedia mempertimbangkan bertanding jawatan di peringkat Pusat dalam Pemilihan Pas sekiranya beliau dicalonkan. Katanya, pada masa ini, beliau belum menerima maklumat berkaitan perkara itu dan jika dicalonkan akan dipertimbangkan kemudian. “Sebelum ini pun, saya tidak pernah terima apa-apa pencalonan (di peringkat Pusat), kalau dicalonkan, kita istikharah dahulu,” katanya […]

Continue Reading

TikTok Shop Mall lancar polisi pemulangan percuma

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang, TikTok Shop terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan langkah perlindungannya dengan melanjutkan tempoh pemulangan percuma daripada 15 hari sehingga 30 hari, khususnya untuk produk berjenama tulen yang dibeli di TikTok Shop Mall. Pengarah Kerjasama Strategik, TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, keyakinan pengguna merupakan asas sebuah ekosistem e-dagang yang dinamik […]

Continue Reading

JDT, Selangor buka tirai Liga M musim 2025/26 di SSI

PETALING JAYA: Musim baharu Liga Malaysia (Liga M) 2025/26 bakal membuka tirainya dengan pertembungan tumpuan antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pencabar utama, Selangor FC dalam aksi Piala Sumbangsih yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Pertembungan itu turut dikira sebagai perlawanan pembukaan Liga Super 2025/26, menurut […]

Continue Reading

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AMTEL Holdings Berhad, bagi mengurus pengangkutan, pemisahan komponen dan pelupusan bateri kenderaan elektrik (EV) dengan cara yang betul dan selamat. Perjanjian tersebut ditandatangani melalui anak syarikat masing-masing iaitu Proton New Energy Technology (Pro-Net) dan AMTEL Cellular Sdn. Bhd. (AMTEL). Melalui kerjasama ini, Pro-Net akan […]

Continue Reading

OPR turun 25 mata asas langkah awalan sokong pertumbuhan

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, langkah awal bagi memastikan hala tuju pertumbuhan ekonomi negara kekal stabil di tengah-tengah ketidaktentuan global. Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, keputusan itu dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berdasarkan mandat untuk mengekalkan kestabilan […]

Continue Reading

Warisan tegas tidak bergabung, fokus bela isu rakyat

PETALING JAYA: Parti Warisan (Warisan) tegas dengan pendirian untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi. Ia sekali gus menolak sebarang bentuk gabungan politik yang disifatkan mereka boleh menjejaskan kestabilan dan agenda perjuangan parti dalam membela nasib rakyat negeri itu. Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, parti itu […]

Continue Reading

Malaysia optimis rundingan tarif AS teruskan sehingga 1 Ogos ini

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal optimis meneruskan perundingan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) berhubung tarif import bagi mencapai situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak sehingga 1 Ogos ini.  Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, rundingan antara Malaysia dan USTR menunjukkkan perkembangan yang baik dan beberapa isu kecil dijangka […]

Continue Reading

Tarif AS ancam daya saing perdagangan PKS

PETALING JAYA: Tarif 25 peratus oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport dari Malaysia merupakan satu ancaman besar kepada daya saing perdagangan dan sektor perindustrian negara, terutamanya bagi perusahan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport yang menjadi tulang belakang ekosistem pembuatan negara. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, […]

Continue Reading

Teknologi garisan Wimbledon buat ‘hal’ lagi ketika Fritz mara ke separuh akhir

LONDON: Sistem teknologi garisan Wimbledon kembali mencetus kontroversi apabila berlaku kesilapan ketara dalam aksi suku akhir membabitkan Taylor Fritz dan Karen Khachanov, awal pagi tadi. Insiden berlaku pada set keempat apabila pukulan Fritz jelas mendarat dalam, tetapi sistem mengeluarkan panggilan ‘fault’, sekali gus memaksa pengadil menghentikan mata dan mengulang servis. Penganjur menjelaskan, sistem gagal mengenal […]

Continue Reading

Pemimpin juga manusia diuji, keberanian Ahmad Zahid akui kesilapan, mohon maaf sifat terpuji

BENTONG: UMNO Bahagian Bentong menyambut baik kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya selepas mengaitkan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya sewaktu memegang amanah sebagai Presiden UMNO. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, dalam dunia kepimpinan yang penuh tekanan dan ujian, keberanian mengakui kesilapan secara […]

Continue Reading

UOB, FMM dan SMF jalin kerjasama kukuh ekonomi serantau

PETALING JAYA: UOB Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) dan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau serta memudahkan aliran pelaburan asing (FDI) antara Malaysia dan Singapura.  Kerjasama antara tiga pihak tersebut dimeterai Khamis lalu di Persidangan ASEAN yang dijalankan di Singapura. Perjanjian itu bertujuan untuk mengukuhkan koridor pembuatan […]

Continue Reading