Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia bakal bincang isu Ambalat

PUTRAJAYA: Rundingan Tahunan Malaysia dan Indonesia yang dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia pada hujung Julai ini dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala termasuk mengenai Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya akan ke Jakarta pada 29 Julai ini bagi menghadiri […]

Continue Reading

Wanita perlu jadi pencipta sejarah, pacu UMNO ke hadapan

KUALA LUMPUR: Golongan wanita perlu diperhebatkan selaras dengan peranannya kerana mereka merupakan tonggak pembangunan negara. Ketua Wanita UMNO Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, pengupayaan golongan wanita tidak boleh dinafikan dan ianya sangat penting memandangkan Wanita merupakan penyumbang kepada pelbagai sektor pembangunan masyarakat. Wanita hari ini perlu tampil sebagai pencipta sejarah bagi memacu UMNO […]

Continue Reading

Hishammuddin mungkin tidak merayu keputusan penggantungan 

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membayangkan tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung keputusan penggantungan keahlian parti. Beliau yakin dirinya tidak akan diadili sebaiknya serta enggan menggadaikan prinsip yang dipegang selama ini.  Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan ia bukan tentang soal keahlian, kedudukan dan jawatan semata-mata. “Ada yang kata saya […]

Continue Reading

UiTM anjur Kejohanan Bola Jaring terbuka lelaki

PETALING JAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melakar kelainan apabila buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Lelaki yang berlangsung di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam, baru-baru ini. Kejohanan unik itu berjaya menarik penyertaan seramai 80 pelajar lelaki dari pelbagai kampus UiTM seluruh negara dalam usaha mencabar persepsi bahawa bola jaring hanya untuk golongan […]

Continue Reading

Nik Nazmi kekal pendirian letak jawatan menteri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuatkuasa 4 Julai ini. Beliau berkata, keputusan itu perlu dilakukan kerana dirinya tidak lagi memegang mandat penuh dalam PKR dan sentiasa percaya kepemimpinan mesti berasaskan kepercayaan dan akauntabiliti. “Ia bukan keputusan yang mudah. […]

Continue Reading

Sistem MyInvois e-POS bantu PMKS tingkat operasi 

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan Sistem MyInvois e-POS, iaitu platform digital Point-of-Sale (POS) yang ditawarkan secara percuma kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mencatatkan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM750,000. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Shaharrudy Othman berkata, sistem berkenaan dibangunkan khas bagi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan selain […]

Continue Reading

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) memperkukuhkan semula komitmen bagi inisiatif pembangunan strategik Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) sebagai sebuah kawasan pembangunan perindustrian maritim Asia Tenggara yang berdaya saing di peringkat global. Pengesahan komitmen ini dibuat susulan Mesyuarat Lembaga Pengarah LuMIC Development Sdn. Bhd. (LuMIC DevCo) yang telah […]

Continue Reading

Mat Yo pilihan Irfan Bakti perkuat jentera serangan KRW FC

KOTA BHARU: Keputusan Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) mengikat bekas penggempur berbisa Harimau Malaya Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo untuk memperkuatkan jentera serangan dibuat oleh pengendali pasukan Irfan Bakti Abu Salim. Perkara tersebut disahkan oleh pemilik Nik Hafiz Naim Nik Hassan ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. “Kita (KRW FC) […]

Continue Reading

Mohd Nasir dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana

PETALING JAYA:  Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melantik Tan Sri Mohd Nasir Ahmad sebagai Pengerusi Kumpulan baharu berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2025, menggantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi pada 30 April lalu. Menurut kenyataannya, Mohd Nasir sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga bersara pada […]

Continue Reading

Martin tetap milik Aprilia hingga musim 2026

Assen, BELANDA: Bos Dorna, Carmelo Ezpeleta memberi amaran bahawa Jorge Martin tidak boleh menyertai mana-mana pasukan MotoGP bagi musim 2026 melainkan mendapat persetujuan bersama Aprilia atau mahkamah memutuskan memihak kepada pelumba Sepanyol itu. Pengurus Martin, Albert Valera mendakwa semasa MotoGP Belanda pada minggu lalu, juara dunia bertahan itu bebas kontrak untuk tahun depan, selepas didakwa […]

Continue Reading

Pelantikan hakim ikut Perlembagaan – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, proses pelantikan hakim-hakim di negara ini dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mencampurinya. Perdana Menteri berkata, proses pelantikan hakim melibatkan beberapa peringkat termasuk cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, penilai­an Perdana Menteri, perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan pembentangan kepada Majlis Raja-Raja. Katanya, sebagai Perdana Menteri, keutamaan beliau adalah mempertahankan kebebasan […]

Continue Reading

Bukan Hakim, Qabil sahaja jadi mangsa taktik ‘slipstream

PETALING JAYA: Gara-gara taktik ‘slipstream’, pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mendapat jolokan Mr. P2 dan nasib serupa turut menimpa pelumba cilik, Qabil Irfan Azlan yang berdepan taktikal sama pada Kejuaraan Superbike Sepanyol 2025 di Motorland Aragon, Sepanyol, hujung minggu lalu. Namun begitu, bagi Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, perkara tersebut merupakan satu insiden […]

Continue Reading

Iskandar sah kembali ke BAM 1 Oktober ini

KUALA LUMPUR: Bekas perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sah kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai jurulatih perseorangan bermula 1 Oktober ini. Perkara itu diumumkan Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media selepas sesi libat urus bersama pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. “Iskandar akan […]

Continue Reading

Kontrak Pearly-Thinaah terjawab sebelum Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai kontrak baharu Pearly Tan-M. Thinaah bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka terjawab sebelum Terbuka Jepun bermula 15 Julai ini. Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rundingan bersama beregu wanita utama negara itu sudah hampir dimuktamadkan. “Kita bersetuju Pearly-Thinaah akan terus memainkan peranan penting dalam badminton negara. Perbincangan […]

Continue Reading

Dulu ‘pengurus’ permainan FIFA di Playstation, kini bina legasi bola sepak tempatan

BUKAN sekadar cerita manis seorang pewaris takhta, kisah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, , yang pernah bermain permainan FIFA di Playstation kini menjadi ia satu simbol bagaimana visi dimilikinya sejak kecil dijelmakan dalam dunia sebenar. Perkongsian menyentuh hati daripada bondanya, Raja Zarith Sofiah, sempena ulang tahun kelahiran baginda ke-41 mendedahkan sisi peribadi TMJ yang […]

Continue Reading

Saiful optimis skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin optimis pasukan bawah 18 (B-18) mampu mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-18 di China pada 3 hingga 13 Julai ini. Nor Saiful dipertanggungjawabkan untuk memantau skuad B-18 negara yang kini di bawah bimbingan Mohd. Sufian Mohamad berkata, selepas melihat senarai pencabar […]

Continue Reading

Bank Islam pekenal Mastercard Move

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjadi institusi kewangan yang pertama di Malaysia yang mengguna pakai Mastercard Move, satu penyelesaian pemindahan tunai yang membolehkan transaksi dalam Malaysia dan rentas sempadan menerusi integrasi bersama Mastercard. Penyelesaian telus dan menyeluruh tersebut bertujuan untuk memudahkan operasi, mengoptimumkan kecairan, mengurangkan risiko Bank Islam dan pelanggan korporatnya. Perkhidmatan […]

Continue Reading

Qabil Irfan selesa ungguli carta ESBK Talent

PETALING JAYA: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan kini mengungguli carta kategori ESBK Talent selepas mengumpul 135 mata daripada enam perlumbaan pada Kejuaraan Superbike Sepanyol 2025. Qabil Irfan kini memiliki kelebihan 43 mata di hadapan pencabar terdekatnya, Izan Rodriguez dari Sepanyol yang mengutip 92 mata dan pelumba Switzerland, Alessio Arnold di tempat ketiga dengan 82 […]

Continue Reading

Pelabur asing catat aliran masuk bersih RM33.2 juta minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM33.2 juta di Bursa Malaysia minggu lalu, sekali gus menamatkan trend jualan selama lima minggu berturut-turut, kata MIDF Amanah Investment Bank Berhad. Dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 27 Jun 2025, MIDF berkata, aktiviti pelabur asing adalah bercampur sepanjang minggu tersebut, dengan pembelian bersih dicatatkan […]

Continue Reading