DRB-HICOM perkukuh penghangtaran kenderaan

PETALING JAYA: DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS) terus memperkukuh perkhidmatan penghantaran kenderaannya dengan menambah tujuh unit penggerak utama, MAN TGS 18.360 4×2 spesifikasi Euro V. Ketua Pegawai Eksekutif DHAS, Fawzi Ahmad berkata, langkah ini sejajar dengan peningkatan permintaan kenderaan elektrik (EV) yang diimport ke pasaran automatif Malaysia. “Sebelum ini, DHAS banyak bergantung kepada syarikat […]

Continue Reading

Pelabur asing catat aliran masuk bersih RM303 juta minggu lalu

PETALING JAYA: Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut, buat kali pertama sejak pertengahan Mei 2025, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM303.0 juta minggu lalu. Jumlah tersebut adalah sembilan kali ganda lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya yang mencatat RM33.2 juta. MIDF Research berkata,  pelabur asing merupakan pembeli bersih […]

Continue Reading

Suku ketiga: Malaysia positif dalam pelaburan domestik

PETALING JAYA: Malaysia dilihat berada dalam kedudukan yang ‘positif’ sebagai ruang perlindungan pelaburan domestik pada suku ketiga, meskipun berdepan beberapa sekatan tarif, menurut Malacca Securities Sdn Bhd. Syarikat pembrokeran berkata, pengukuhan ringgit ketika ini dijangka memberi manfaat besar kepada sektor berorientasikan domestik, terutamanya dalam konteks peningkatan pelaburan infrastruktur dan transformasi digital negara. Katanya, selepas tempoh […]

Continue Reading

Petronas, Sabah meterai perjanjian baharu sempena SOGCE

PETALING JAYA: Petronas, melalui Malaysia Petroleum Management (MPM), menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sabah melalui pemeteraian beberapa perjanjian penting sempena Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) 2025.  Pencapaian ini mencerminkan komitmen bersama dalam memajukan landskap tenaga Sabah melalui pembangunan yang kolaboratif, mampan dan berasaskan nilai. Naib Presiden Kanan MPM, Datuk Ir. Bacho […]

Continue Reading

Pertumbuhan ekonomi dijangka sekitar 3.7 peratus separuh kedua 2025

PETALING JAYA: Pertumbuhan ekonomi negara dijangka sekitar 3.7 peratus pada separuh kedua 2025 berbanding anggaran sekitar 4.5 peratus pada separuh pertama 2025 didorong oleh kelembapan permintaan luaran serta sentimen pengguna dan perniagaan yang lebih berhati-hati. Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentiment para peniaga dan isi rumah yang berhati-hati […]

Continue Reading

perlu fokus rakyat, pelaburan strategik dan ekonomi hijau

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka memberi tumpuan kepada pemulihan jangka sederhana, transformasi struktur ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing, serta menangani isu rakyat seperti kos sara hidup dan keselamatan sosial dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).  Penganalisis Ekonomi Fakulti Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan, Kolej Universiti i-CATS, Kuching, Sarawak, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, tiga […]

Continue Reading

Perkhidmatan perbankan asas dikecualikan SST

PETALING JAYA: Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) mengesahkan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu tidak akan melibatkan perkhidmatan perbankan asas yang digunakan oleh rakyat Malaysia secara meluas. Dalam kenyataan  itu, perkhidmatan perbankan asas yang melibatkan yuran atau komisen seperti […]

Continue Reading

Scoot luaskan rangkaian penerbangan ke Da Nang, Kota Bharu dan Nha Trang

KUALA LUMPUR: Scoot, anak syarikat tambang murah Singapore Airlines (SIA), hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan penerbangan baharu ke Da Nang dan Nha Trang di Vietnam dan Kota Bharu di Malaysia. Penerbangan ini akan bermula secara progresif antara Oktober dan November 2025. Dalam satu kenyataan, katanya ia tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, Scoot juga akan melancarkan […]

Continue Reading

WM Senibong buka galeri jualan kedua di Crest@Austin, Johor Bahru

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, WM Senibong Sdn. Bhd. (WM Senibong), melancarkan galeri jualan keduanya di Crest@Austin, Johor Bahru. Ketua Pegawai Eksekutif WM Senibong Sdn. Bhd., CK Quay berkata, pihaknya menerima sambutan luar biasa pada pembukaan galeri tersebut sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi pasaran terhadap projek itu serta pertumbuhan positif sektor kediaman di Johor.  “Respon positif […]

Continue Reading

UM, Schneider Electric jalin kerjasama perkasa graduan industri mampan

PETALING JAYA: Schneider Electric, peneraju transformasi digital pengurusan tenaga dan automasi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM), bagi melahirkan generasi graduan yang bersedia menghadapi cabaran industri. Presiden Schneider Electric Malaysia, Eugene Quah berkata, perjanjian ini merupakan cerminan komitmen mereka bersama UM bagi melahirkan bakat yang akan menerajui Malaysia ke arah negara mampan.  “Pihak […]

Continue Reading

CIMB peruntuk lebih RM100 juta, tingkat kemahiran pekerja

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Bhd. memperuntukkan lebih RM100 juta bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja, khususnya dalam bidang teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), data dan kelestarian.  Bank itu berkata,  pelaburan tersebut seiring dengan usaha CIMB memperkasa warga kerja dalam menjayakan agenda pertumbuhan inklusif dan penciptaan nilai jangka panjang kepada pelanggan dan masyarakat.  CIMB memaklumkan semua […]

Continue Reading

Ringgit berpotensi cecah RM4.15 akhir tahun disokong sentimen global

PETALING JAYA: Ringgit berpotensi mencecah paras sekitar RM4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, sekiranya sentimen pasaran terus disokong oleh perkembangan positif rundingan perdagangan global. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengurangan tarif AS terhadap Vietnam kepada 20 peratus memberi isyarat bahawa pentadbiran Donald Trump […]

Continue Reading

Proton perkenal warna baharu e.MAS 7

PETALING JAYA:Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net), anak syarikat Proton memperkenalkan varian baharu model Proton e.MAS 7 dengan penambahbaikan meliputi aspek rekaan, sistem pintar dan keselamatan. Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, segala penambahbaikan pada varian terbaharu e.Mas 7 merupakan hasil maklum balas daripada pelanggan yang telah memiliki model tersebut.  “Pelancaran varian baharu […]

Continue Reading

Sektor penjagaan kesihatan dijangka terus berkembang kukuh

PETALING JAYA : Sektor penjagaan kesihatan negara dijangka terus berkembang kukuh pada separuh kedua 2025, dipacu oleh lonjakan teknologi dan inovasi perubatan.  Bagaimanapun, peningkatan kos rawatan kesihatan yang tinggi kekal menjadi cabaran utama yang perlu ditangani segera, demikian menurut Laporan Tinjauan Pasaran Separuh Kedua 2025 MIDF Research.  Laporan penyelidikan itu menunjukkan, kemajuan dalam teknologi rawatan […]

Continue Reading

Boost perluas capaian rentas sempadan bersama UnionPay

PETALING JAYA: Boost, peneraju teknologi kewangan serantau, mengumumkan peningkatan keupayaan pembayaran rentas sempadan menerusi kerjasama strategik terbaharu bersama UnionPay International (UPI). Kerjasama itu menyaksikan penyertaan sistem Boost dalam ekosistem pembayaran digital global, termasuk penerimaan terus di peruncit QR Weixin Pay di China, yang lebih dikenali sebagai WeChat Pay. Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, […]

Continue Reading

Ketidaktentuan pasaran, jejas penyenaraian syarikat

KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan pasaran saham tempatan yang berlarutan serta ketiadaan sentimen sokongan yang kukuh daripada kerajaan dilihat menjadi faktor utama syarikat-syarikat swasta mengambil pendekatan berhati-hati untuk disenaraikan di Bursa Malaysia ketika ini. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, semakin ramai pengasas dan pengurusan syarikat mengambil pendirian […]

Continue Reading

MAHB tambah ‘Calm Room’ di Terminal 2, KLIA

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) membuka satu lagi Bilik Tenang (Calm Room) di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyokong keperluan penumpang yang memerlukan suasana tenang dan mesra deria. Kemudahan itu merupakan lanjutan kepada inisiatif The Butterfly Effect, yang diperkenal pada 2021 sebagai usaha membantu penumpang yang mempunyai autisme, ADHD, […]

Continue Reading

ACIIA 2025 bawa peranan juruaudit dalaman hadapi cabaran krisis

KUALA LUMPUR: Persidangan Gabungan Institut Juruaudit Dalaman Asia (ACIIA) 2025 yang dianjurkan oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) bakal menghimpunkan lebih 1,500 delegasi melibatkan 17 negara.  Persidangan yang berlangsung pada 9 dan 10 September depan di Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada peranan kritikal juruaudit dalaman dalam membina daya tahan serta kepercayaan organisasi menghadapi cabaran […]

Continue Reading