KWAP catat pendapatan bersih tertinggi RM12.9 bilion tahun lalu

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pendapatan bersih tertinggi dalam sejarahnya iaitu RM12.9 bilion pada 2024, dengan pulangan keseluruhan sebanyak 12 peratus. Saiz dana turut meningkat sebanyak RM15.8 bilion kepada RM185.6 bilion, mencerminkan peningkatan 9.3 peratus bagi kewangan tidak diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM169.8 bilion pada 2023. Pelaburan domestik […]

Continue Reading

MBSB Bank, Adab Youth Garage luaskan Program Pembangunan Komuniti

SHAH ALAM: MBSB Bank dengan kerjasama Adab Youth Garage, memperkasa semula tujuan dan program Pusat Interaktif Belia yang diperluas dengan inisiatif pemerkasaan kapasiti menyasarkan kanak-kanak, belia dan keluarga di PPR Kampung Baru Hicom, di sini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBSB Bank, Rafe Haneef berkata, pihaknya akan membiayai sepenuhnya operasi pusat itu sepanjang tahun akan datang, […]

Continue Reading

Pengeluaran getah asli menurun 5.1% pada Disember

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli menurun 5.1 peratus pada Disember 2024 (38,299 tan metrik) berbanding pada November 2024 (40,341 tan metrik), kata Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 26.2 peratus (Disember 2023: 30,342 tan metrik). Katanya, pengeluaran getah asli Malaysia pada […]

Continue Reading

Tiada pelanggaran peraturan dalam jual beli saham MAHB

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan berkenaan. Pengurus dana persaraan pekerja swasta itu berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas. “Selaras dengan Polisi Chinese Wall KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara […]

Continue Reading

Pelaburan saham negara kekal stabil

KUALA LUMPUR: Kedudukan pelaburan saham negara kekal stabil meskipun mengalami penyusutan kecil sebanyak 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham bernilai RM2 trilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka tersebut bukan petanda ketidakstabilan atau kehilangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia. “Kehilangan hanya 0.2 peratus adalah perkara kecil dalam konteks pasaran saham yang dinamik.  […]

Continue Reading

Malaysia perlu dialog dengan AS, China untuk perkukuh rantau ASEAN

PETALING JAYA: Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini boleh mengambil inisiatif mengukuhkan lagi saluran dialog dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi memastikan rantau ini terus menjadi rakan kongsi utama kedua-dua negara tersebut. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pelaburan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), Zalina Zainol berkata, inisiatif ini penting bagi menghadapi ketidaktentuan global […]

Continue Reading

Sektor perdagangan borong, runcit melonjak ke paras tertinggi RM1.77 trilion

PETALING JAYA: Sektor perdagangan borong dan runcit melonjak kepada paras tertinggi baharu kepada RM1.77 trilion pada 2024, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan jualan pada Disember didorong terutamanya oleh subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong. “Perdagangan borong mencatatkan jumlah jualan […]

Continue Reading

Kerajaan digesa tangani isu kenaikan tarif import keluli, aluminium ke AS

PETALING JAYA: Kerajaan digesa campur tangan dalam menangani isu kenaikan tarif sebanyak 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat (AS). Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) berkata, tanpa tindakan segera dan tegas, pengeluar keluli Malaysia akan mengalami kemudaratan yang berpanjangan dan tidak dapat dipulihkan. “Kami menggesa kerajaan untuk bertindak […]

Continue Reading

Perjanjian perdagangan Malaysia-Turkiye buka peluang besar kepada PKS

PETALING JAYA: Perjanjian perdagangan Malaysia-Turkiye merupakan peluang besar bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkukuh kedudukan usahawan Melayu dalam ekonomi negara serta di peringkat antarabangsa. Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, ia memerlukan strategi yang lebih menyeluruh, termasuk pembiayaan yang lebih fleksibel, pembinaan rantaian bekalan bumiputera yang lebih kuat serta peningkatan […]

Continue Reading

Sektor perkhimatan catat rekod tertinggi dengan hasil RM2.4 trilion

PETALING JAYA:  Sektor perkhidmatan mencapai rekod tertinggi baharu dengan hasil RM2.4 trilion, mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus pada 2024, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).  Prestasi itu didorong hasil bernilai RM627.9 bilion pada suku keempat 2024 dengan kadar pertumbuhan 6.2 peratus. Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan 6.2 peratus ini disumbangkan oleh […]

Continue Reading

Sarawak ambil alih MASwings, kini dikenali sebagai AirBorneo

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk MASwings hari ini menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan kerajaan Sarawak untuk pemindahan hak milik MASwings. Menurut kenyataannya, ini susulan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kerajaan Sarawak dan Hornbill Skyways pada 27 Oktober 2023. “Pemindahan itu dijangka selesai menjelang akhir tahun, dengan MAG bekerja rapat dengan […]

Continue Reading

KWSP nafi salah laku urusan jual beli saham MAHB

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan berkenaan. Pengurus dana persaraan pekerja swasta itu berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas. “Selaras dengan Polisi Chinese Wall KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara […]

Continue Reading

Niaga hadapan minyak sawit mentah meningkat 2.8%

PETALING JAYA: Niaga hadapan tiga bulan minyak sawit mentah (MSM) meningkat sebanyak 2.8 peratus sepanjang bulan lalu, didorong oleh kemerosotan stok simpanan, keadaan cuaca buruk dan permintaan penstokan semula Ramadan, yang kesemuanya telah menyokong kenaikan harga. TA Securities Holdings Berhad berkata, permintaan dari India diunjur perlahan disebabkan margin penapisan negatif kerana penapisan India dijangka memilih […]

Continue Reading

Indeks volum perdagangan borong dan runcit meningkat 4.4 peratus

PETALING JAYA: Indeks volum perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 159.9 mata pada suku tahun keempat 2024, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan 4.4 peratus tahun ke tahun disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang tumbuh 5.3 peratus […]

Continue Reading

SFZ buka peluang pertumbuhan sektor kewangan

PETALING JAYA: Zon Kewangan Khas Forest City (SFZ) memberikan peluang pertumbuhan yang menarik untuk sektor kewangan kerana bank memainkan peranan penting dalam memacu integrasi kewangan rentas sempadan dan pengembangan ekonomi, kata TA Securities Holdings Berhad. Ketua Penyelidiknya, Kaladher Govindan berkata, pihaknya melihat penubuhan SFZ sebagai langkah penting ke arah menjadi hab kewangan serantau, didorong lokasinya […]

Continue Reading

Zon bebas cukai baharu di Rantau Panjang

RANTAU PANJANG: Pembinaan zon bebas cukai baharu berhampiran Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini bakal merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat. Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, lokasi baharu itu dilihat lebih strategik berbanding lokasi sedia ada yang sering berdepan banjir. “Perkara ini sudah mendapat kelulusan kerajaan negeri dan pertemuan […]

Continue Reading

Pasaran buruh semakin kukuh didorong pertumbuhan ekonomi

PETALING JAYA: Kadar pengangguran yang rendah menghampiri 3.0 peratus boleh dianggap sebagai petanda bahawa pasaran buruh Malaysia semakin kukuh, didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil serta peningkatan pelaburan. Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya. Dr. Norlin Khalid berkata, kebergantungan terhadap tenaga kerja mahir dan berkemahiran tinggi dalam sektor yang […]

Continue Reading

Kerajaan peruntuk RM4 juta insentif anak pokok koko

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta insentif anak pokok koko untuk kawasan seluas 360 hektar bagi menggalakkan lebih ramai pekebun menyertai industri koko serta memastikan bekalan bahan mentah mencukupi tahun ini. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menekankan bahawa industri koko mempunyai potensi besar sebagai sektor strategik negara. “Semua warga Lembaga […]

Continue Reading

Sabah bakal jadi hab tenaga Asia Tenggara

KOTA KINABALU: Sabah akan muncul sebagai hab utama dalam sektor tenaga di Asia Tenggara apabila projek hab tenaga, minyak dan gas bernilai RM8.88 bilion siap dibina. Projek yang bakal dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) oleh Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) dengan kerjasama syarikat antarabangsa, Gibson Shipbrokers Limited itu menjadi […]

Continue Reading