KLCCP Stapled catat untung bersih RM1.02 bilion

PETALING JAYA: KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.02 bilion, meningkat 9.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, dipacu oleh pertumbuhan mantap merentasi semua perniagaan berbanding RM931.29 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya. Hasil kumpukan turut naik 5.66 peratus kepada RM1.71 bilion daripada RM1.62 bilion, disokong oleh prestasi pasaran dan tumpuan strategik […]

Continue Reading

CapitaLand beli tiga hartanah industri RM72 juta di Johor

PETALING JAYA: CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) menandatangani perjanjian dengan anak syarikat Gromutual Bhd., Rainbow Entity Sdn. Bhd. (RESB) untuk memperoleh tiga hartanah perindustrian pegangan bebas pada harga tunai RM72 juta di Johor. CLMT berkata, hartanah berkenaan terletak dalam kawasan Senai Airport City (SAC), iaitu hab perindustrian dan pembuatan moden di wilayah Senai dalam Zon Ekonomi […]

Continue Reading

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PETALING JAYA: Pasaran buruh yang lebih dinamik dengan pekerja mempunyai peluang untuk meningkatkan kemahiran dan mobiliti pekerjaan boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, ini dapat dibantu melalui pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan meningkatkan pendapatan. “MEF juga sentiasa menyokong inisiatif kerajaan berkaitan pendidikan […]

Continue Reading

Sektor industri dijangka terus berkembang disokong inisiatif kerajaan

PETALING JAYA: Sektor industri Malaysia dijangka terus berkembang tahun ini, disokong oleh inisiatif kerajaan yang kukuh, kemajuan infrastruktur dan taman industri yang baru muncul yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), menurut Knight Frank Malaysia. Firma perunding hartanah itu berkata, ketegangan perdagangan global, terutamanya kemungkinan kenaikan tarif di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, boleh […]

Continue Reading

Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

PETALING JAYA: Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menurut kenyataan, sumbangan itu adalah manifestasi komitmen Genting Malaysia sebagai syarikat korporat di dalam menyantuni dan menyokong para veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara. “Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program […]

Continue Reading

Visa umum Previn Pillay sebagai Pengurus Negara bagi Malaysia

PETALING JAYA: Visa, peneraju sistem pembayaran digital mengumumkan pelantikan Previn Pillay sebagai Pengurus Negara Visa baharu bagi Malaysia. Previn adalah seorang pemimpin berpengalaman di Visa dan mempunyai pengalaman lebih 18 tahun di serata Asia Pasifik dan CEMEA. Sebelum pelantikan ini, Previn merupakan Ketua Jualan fdan Perolehan Rakan Niaga bagi Asia Pasifik, yang menyaksikan beliau menerajui […]

Continue Reading

Khazanah garis tiga teras perkukuh operasi masa depan MAHB

PETALING JAYA: Khazanah Nasional Bhd. menggariskan tiga teras utama bagi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) meningkatkan operasi pengendali lapangan terbang itu pada masa hadapan, kata Pengarah Urusan Khazanah. Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, tiga objektif tersebut memfokuskan kepada pengalaman pelanggan, teknologi dan ketersambungan. “Dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan MAHB dicadangkan supaya meneliti aliran penumpang […]

Continue Reading

Khazanah Nasional catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion tahun lalu, lebih rendah berbanding RM5.9 bilion yang direkodkan pada 2023. Prestasi itu didorong oleh pendapatan dividen yang stabil, strategi penswastaan yang aktif serta peningkatan nilai ekuiti awam global. Penyata kewangan Khazanah Nasional Berhad kekal kukuh dengan nisbah Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) […]

Continue Reading

Ge-Shen isytihar dividen interim satu peringkat 6 sen sesaham

PETALING JAYA:  Ge-Shen Corporation Berhad (Ge-Shen), penyedia perkhidmatan penyelesaian kejuruteraan dan pembuatan ketepatan yang mantap, yang mengkhusus dalam plastik berkualiti tinggi, pemasangan papan litar bercetak (“PCBA”), getah silikon cecair dan pemasangan lengkap untuk pelbagai industri, mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah telah meluluskan amaun dividen interim 6 sen sesaham. Ia bagi setiap amaun saham biasa berjumlah RM8.07 juta […]

Continue Reading

Pusat Perubatan Sunway rai 25 tahun transformasi penjagaan kesihatan

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) meraikan ulang tahun ke 25 tahun di mana ia mula beroperasi pada November 1999. Sebagai sebuah hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, pencapaian bersejarah ini memperlihatkan kecemerlangan klinikal, penjagaan komuniti dan inovasi perintis, serta menjulang visi yang menjadi asas penubuhannya. Ditubuhkan pada 25 tahun lalu untuk memenuhi […]

Continue Reading

5G-Advanced perkasa AI, pengangkutan dan PKS

KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) dengan kerjasama Ericsson melancarkan 5G-Advanced yang dijangka mempercepatkan automotif, meningkatkan kecekapan dan menyediakan penyelesaian berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) masa nyata untuk pelbagai industri, termasuk pengangkutan, penjagaan kesihatan, pertanian serta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) 5G-Advanced adalah sebuah teknologi kesalinghubungan generasi baharu yang menggabungkan Kependaman Ultra Rendah dan AI. Menteri […]

Continue Reading

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja beri perlindungan 24 jam

BANGI: Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang menyediakan perlindungan komprehensif selama 24 jam perlu disegerakan bagi melindungi majikan yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan. Skim ini menjadi satu keperluan susulan laporan sebanyak 86,529 kes kemalangan yang diterima oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepanjang tahun lalu. Namun, hasil semakan mendapati hanya 66,574 kes disahkan […]

Continue Reading

Malakoff lupus saham dalam MUSB, fokus bidang pertumbuhan tinggi

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi penjualan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam Malakoff Utilities Sdn. Bhd. (MUSB) kepada KJ Technical Services Sdn.Bhd. (KJTS).  Pelupusan MUSB, sebuah perniagaan bukan teras dalam kumpulan Malakoff, membolehkan syarikat merealisasikan nilai pelaburannya dengan melupuskan pada harga yang kompetitif.  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif […]

Continue Reading

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh pada 2025 dengan aktiviti cari gali dan pengeluaran (E&P) serta pembangunan terus rancak, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.  Firma penyelidikan menyatakan, sektor ini juga akan meneruskan usaha mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan teknologi canggih dan kerjasama strategik. Katanya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) […]

Continue Reading

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun ini, disokong unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus, menurut Maybank Investment Bank (IB). Ini didorong oleh permintaan pinjaman bukan isi rumah dan peningkatan kualiti aset, walaupun cabaran seperti pertumbuhan pinjaman isi rumah yang lebih perlahan dan pertumbuhan deposit yang […]

Continue Reading

Pelanggan bertuah Iconic Harmony menang Honda WR-V

PETALING JAYA: Iconic Maison Sdn. Bhd. (Iconic Maison), anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide Berhad (Iconic Worldwide) melalui projek pembangunannya, Iconic Harmony menganjurkan Cabutan Bertuah Menangi Kereta Impian pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina. Dalam majlis itu, seorang pemilik bertuah, Ong Juey Jia membawa pulang sebuah Honda WR-V 1.5L S. Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide, […]

Continue Reading

Bateriku.com, ACO Tech jalin kerjasama merevolusi bantuan kecemasan jalan raya di Malaysia

SHAH ALAM: Penyedia perkhidmatan penggantian bateri kereta secara ‘on-demand’, Bateriku.com bekerjasama dengan penyedia teknologi mobiliti pintar dan kesalinghubungan kenderaan Malaysia, ACO Tech yang juga syarikat subsidiari teknologi untuk Proton. Kerjasama tersebut mewujudkan integrasi digital pertama di Malaysia antara penyedia teknologi Pengilang Asal Produk (OEM) automotif dan penyedia perkhidmatan bantuan kecemasan jalan raya. Ketua Pegawai Eksekutif […]

Continue Reading

Usaha jejak karbon dalam perolehan pembinaan

MUKADIMAH INDUSTRI pembinaan global semakin ligat mengadaptasi teknologi hijau, memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan membangunkan penyelesaian inovatif untuk mengurangkan jejak karbon pada 2025. Dengan kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI), data besar dan automasi yang semakin mendapat perhatian, penilaian karbon dilihat berpotensi menjadi lebih tepat dan efektif. Negara-negara maju juga dijangka meningkatkan komitmen mereka terhadap […]

Continue Reading

Weststar Aviation pertingkat penerbangan luar pesisir

DILI, TIMOR-LESTE: Kepakaran syarikat penerbangan milik bumiputera, Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. sebagai peneraju global industri perkhidmatan helikopter luar pesisir, mendorong syarikat tenaga, Australia Santos Pty Ltd. memilih Weststar-GAP Aviation LDA menandatangani kontrak perkhidmatan pengangkutan AS$40 juta (RM175.6 juta). Weststar-GAP merupakan anak syarikat usaha sama antara Timor-GAP dan Weststar Aviation menandatangani perjanjian kontrak sekali gus […]

Continue Reading

GWM mahu jadi jenama 4X4 tulen

PENGALAMAN mengendalikan jentera 4X4 bukan menjadi hobi untuk semua. Di Malaysia, ia adalah satu sukan lasak yang membabitkan cabaran manusia dan jentera di dalam lumpur, tetapi di negara lain, bergantung kepada bentuk muka bumi dan cuaca di lokasi tersebut. Baru-baru ini, GWM membawa beberapa petugas media ke pergunungan Changbai yang terletak di timur laut China, […]

Continue Reading