Sektor perkhidmatan tunjang ekonomi negara

PETALING JAYA: Persidangan Perkhidmatan 2025 menekankan kepentingan sektor perkhidmatan sebagai tunjang ekonomi negara yang menyumbang 59.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2024. Persidangan yang dianjurkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu bertemakan ‘Meningkatkan Sektor Perkhidmatan Malaysia Melalui Inovasi, Kepimpinan Serantau dan Pertumbuhan Mapan’. MPC dalam […]

Continue Reading

DeepSeek bantu tingkat kecekapan perkhidmatan, R&D

PETALING JAYA: Syarikat pemula dari China, DeepSeek yang melancarkan model kecerdasan buatan (AI) baru-baru ini dipercayai dapat membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi produk serta perkhidmatan dalam industri teknologi.  Secara positifnya, model AI itu berupaya mempercepatkan dan mengoptimumkan usaha perkhidmatan awam dan swasta dalam memberi perkhidmatan dan pengeluaran produk. Profesor Kewangan dan […]

Continue Reading

Public Bank tawar bantuan bayaran balik pinjaman untuk pelanggan terjejas banjir di Sabah, Sarawak

PETALING JAYA: Public Bank dan Public Islamic Bank menawarkan bantuan bayaran balik untuk pelanggan pinjaman dan pembiayaan yang terjejas oleh bencana banjir di Sabah dan Sarawak pada masa ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, “Public Bank terus komited untuk meringankan beban kewangan pelanggan kami yang terjejas […]

Continue Reading

RHB lanjut Program Bantuan Banjir sehingga akhir Februari 2025

PETALING JAYA: Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melanjutkan Program Bantuan Banjir sehingga akhir Februari 2025 bagi menyediakan sokongan kewangan segera dan jangka panjang kepada pelanggan di Sarawak dan Sabah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.  Selain menawarkan bantuan pembayaran kepada pelanggan, RHB juga akan menyalurkan bantuan komuniti di lapangan bagi menyokong mangsa banjir dalam usaha pemulihan […]

Continue Reading

Bursa Malaysia dijangka raih keuntungan lebih tinggi tahun ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) dijangka mencatatkan keuntungan lebih tinggi tahun ini, didorong prestasi kukuh dalam pasaran sekuriti, derivatif dan perniagaan data, selain prestasi yang baik pada tahun lepas. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, momentum positif berterusan pasaran saham tempatan itu juga didorong beberapa […]

Continue Reading

The Met perkenal ruang korporat inovatif berkonsep 3rd Space

KUALA LUMPUR: The MET Corporate Towers (The MET), hasil pembangunan Triterra Sdn. Bhd., tampil sebagai mercu tanda baharu di landskap komersial Malaysia dengan berkonsep 3rd Space atau ruang korporat inovatif menggabungkan fungsi, gaya hidup dan pengurusan penyewa terkini. Sebagai pejabat strata Kelas A pertama di Malaysia, The MET memperkenalkan ruang pejabat yang direka khas untuk […]

Continue Reading

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.7% tahun ini

PETALING JAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur sebanyak 4.7 peratus tahun ini, ekoran pertumbuhan pelaburan yang sederhana akibat peningkatan dalam ketidaktentuan global yang ketara. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Fuad Mohamed Berawi berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah merencana pembaharuan fiskal untuk mengurangkan defisit fiskal daripada […]

Continue Reading

Ringgit dijangka mengukuh minggu ini

PETALING JAYA: Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini dan bakal diniagakan sekitar RM4.37 ke RM4.40, menurut penganalisis.  Pada pukul 5 petang Selasa lalu, ringgit berada pada paras 4.3930/3980 berbanding dolar AS, berbanding 4.3750/3800 yang dicatatkan pada Isnin. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit […]

Continue Reading

Permintaan kargo udara melonjak 11.3 peratus tahun lalu, atasi rekod 2021

PETALING JAYA: Pasaran kargo udara global mencatat kemajuan ketara tahun lalu dengan permintaan meningkat 11.3 peratus dalam ukuran kargo tan-kilometer (CTK) berbanding 2023, melepasi jumlah rekod yang dicapai pada 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Ini menandakan satu pencapaian baharu dalam sejarah, melebihi tahap 2021 sebanyak 0.5 peratus yang sebelum ini merupakan rekod tertinggi. […]

Continue Reading

Harga tepung susu penuh krim capai paras tertinggi, beri kesan pendapatan Farm Fresh

PETALING JAYA: Harga tepung susu penuh krim (WMP) di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara baru-baru ini, mencapai paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada AS$3,988 (RM18,734.60) setiap tan pada 21 Januari, menurut Affin Hwang Capital. Peningkatan itu mungkin disebabkan oleh penurunan dalam jumlah pengeluaran dan pemulihan permintaan dari China. Affin Hwang Capital berkata, peningkatan harga WMP […]

Continue Reading

Inflasi meningkat, Fed AS kekalkan kadar faedah

WASHINGTON: Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengekalkan julat sasaran untuk kadar faedah persekutuan tidak berubah pada 4.25 peratus hingga 4.5 peratus, kerana data terkini menunjukkan inflasi meningkat, menurut Xinhua. Sementara itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), badan yang menetapkan dasar bank pusat itu berkata, jawatankuasa menilai bahawa risiko untuk mencapai matlamat pekerjaan […]

Continue Reading

Petronas akan tamatkan aktiviti saluran paip gas Sabah-Sarawak

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyahaktifkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP), menurut laporan Prospek Aktiviti Petronas untuk 2025-2027. Saluran paip gas asli sepanjang 500 kilometer (km), yang beroperasi sejak awal 2014, menghubungkan Kimanis (Sabah) dengan Bintulu (Sarawak). Syarikat minyak dan gas nasional itu berkata, proses […]

Continue Reading

BNM kenakan penalti kepada empat institusi kewangan

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Bank pusat berkata, jumlah AMP yang dikenakan pada 22 Julai 2024 telah dibayar oleh empat institusi terlibat iaitu Malayan Banking Bhd. (Maybank), […]

Continue Reading

Bursa Malaysia ditutup negatif hari ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup lemah 6.28 mata kepada 1,552.69 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,558.97 pada penutup Isnin. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,577.44. Jumlah dagangan sebanyak 2.17 bilion unit bernilai RM1.99 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 537 berbanding 372 dengan 466 kaunter tidak berubah […]

Continue Reading

Datasonic peroleh lanjutan kontrak cip passport

PETALING JAYA: Datasonic Group Berhad (Datasonic) memperoleh lanjutan kontrak selama setahun untuk membekalkan cip pasport kepada kerajaan Malaysia dengan nilai tambahan kontrak sebanyak RM104.78 juta. Datasonic berkata, kontrak ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran identiti keselamatan. “Lanjutan kontrak tersebut bertarikh 16 Januari 2025 telah diterima oleh Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), anak syarikat […]

Continue Reading

Indeks Harga Pengeluar naik 0.5% pada Disember 2024

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat perlahan 0.5 peratus pada Disember 2024, menamatkan penurunan tiga bulan berturut-turut sejak September 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Peningkatan selepas penurunan 0.4 peratus pada bulan sebelumnya ini didorong oleh prestasi berbeza dalam pelbagai sektor utama, dengan kenaikan ketara dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan.  Ketua Perangkawan, […]

Continue Reading

Pasaran saham dibuka lemah pagi ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka negatif apabila jatuh 3.47 mata kepada 1,555.50 pada pukul 9.14 pagi hari ini, berbanding 1,558.97 pada penutup Isnin. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,577.44. Jumlah dagangan sebanyak 26.912 juta unit bernilai RM20.36 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 116 berbanding 52, dengan 191 kaunter […]

Continue Reading