Perbelanjaan isi rumah dijangka meningkat 5.2 peratus pada 2025

PETALING JAYA: Malaysia dijangka akan terus mengalami pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna sepanjang 2025, dengan perbelanjaan isi rumah sebenar dijangka meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh persekitaran makroekonomi yang menggalakkan, menurut BMI, unit Fitch Solutions. Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan yang dijangkakan ini akan membawa perbelanjaan isi rumah kepada RM954.5 bilion, meningkat daripada […]

Continue Reading

TIV dijangka turun selepas bertahun-tahun berdepan lebihan tempahan

PETALING JAYA:MIDF Research menjangkakan penurunan secara beransur-ansur dalam  jumlah volum industri (TIV) kenderaan pada 2025 selepas bertahun-tahun mengalami lebihan tempahan, dengan unjuran sebanyak 792,000 unit..  Firma penyelidikan itu berkata, ini secara amnya konsisten dengan ramalan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 780,000 unit (-4.5 peratus tahun ke tahun).  “Perlu diambil kira bahawa baki tempahan untuk Perodua […]

Continue Reading

Malaysia perlu jadi hab tenaga boleh baharu ASEAN

PETALING JAYA: Malaysia perlu memanfaatkan kedudukan strategiknya sebagai Pengerusi ASEAN dalam mempromosikan pelaburan dalam grid dan infrastruktur tenaga hijau untuk menjadi hab tenaga boleh baharu (RE) serantau. Pengarah Utusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata dengan kestabilan politik dan disokong dasar dan perundangan berkaitan tenaga yang jelas, negara ini mempunyai kelebihan dalam merealisasikan […]

Continue Reading

TNG Digital perkenal ciri baharu, SOS Balance

PETALING JAYA: TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital) memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi TNG eWallet iaitu SOS Balance, bagi memastikan pengguna yang tidak mempunyai baki mencukupi masih dapat melalui plaza tol. Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berkata, pelancaran SOS Balance adalah bukti komitmen mereka dalam menyediakan inovasi yang berfokuskan pengguna,  memudahkan dan meningkatkan […]

Continue Reading

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi pada suku kedua 2025

PETALING JAYA: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka kembali beroperasi pada suku kedua 2025, bergantung kepada kemajuan ujian dan pelaksanaan.  Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Mohd. Izani Ghani, aerotrain itu beroperasi semula selepas dua tahun sejak Mac 2023 digantung operasi.  “Kami menjangkakan semua ujian untuk […]

Continue Reading

Indeks Pelopor meningkat 2.5 peratus pada November 2024

PETALING JAYA: Prestasi ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 2.5 peratus pada November 2024, mencapai 112.6 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan dua digit dalam Indeks Perusahaan Bursa Malaysia sebanyak 24.6 peratus menjadi […]

Continue Reading

Sime Darby Property alu-alukan penyewa utama ke KLGCC Mall

PETALING JAYA: Sime Darby Property (Sime Darby Property) mencatat pencapaian penting dengan pemeteraian lima penyewa utama untuk  kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Mall, pembangunan runcit kejiranan yang dinanti-nantikan. Penyewa ini termasuk Jaya Grocer, konsep utama Serai Group, ACE Hardware, Asia Ballet Academy dan taman permainan kanak-kanak HarborLand yang pertama di Malaysia. Terletak dalam […]

Continue Reading

Pusat Perubatan Sunway tersenarai antara hospital swasta terbaik Asia

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), telah diiktiraf dalam senarai teratas dalam ranking Hospital Swasta Terbaik Asia 2025 oleh Newsweek. Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen kukuh hospital untuk mencapai kecemerlangan, khususnya dalam bidang ortopedik dan oftalmologi. Berdasarkan senarai tersebut, SMC diiktiraf sebagai hospital terbaik di Malaysia dalam empat daripada lima prosedur utama iaitu […]

Continue Reading

Pertumbuhan pusat data di ASEAN tidak terima kesan sekatan AS

PETALING JAYA: ASEAN dalam peringkat awal perlumbaan pusat data dan tidak mungkin menerima kesan besar daripada sekatan Amerika Syarikat (AS), kata Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB). Penganalisisnya, Hussaini Saifee berkata, berikutan kawalan eksport AS baharu yang ketat untuk mengehadkan akses kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju, pihaknya memilih untuk tidak terlalu negatif dan sebaliknya […]

Continue Reading

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global dijangka melebihi AS$50 bilion (RM222.36 bilion) dalam edaran pada 2025, menurut Fitch Ratings. Menurutnya, pasaran sukuk ESG akan kekal sebagai salah satu alat pembiayaan utama dalam pasaran kewangan Islam di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Malaysia, dan Indonesia. Katanya, sukuk itu juga […]

Continue Reading

Rizab antarabangsa susut kepada AS$115.5 bilion

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025, susut berbanding pada 31 Disember 2024 berjumlah AS$116.2 bilion. Bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. “Komponen utama rizab tersebut ialah rizab […]

Continue Reading

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Rangka Kerja Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) pada pertengahan tahun ini yang dijangka mampu menjana ekonomi yang lebih dinamik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, NIIF yang yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belajawan 2025 itu mempunyai enam poin kad […]

Continue Reading

Inflasi menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Peningkatan itu didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus), rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.7 peratus), kesihatan […]

Continue Reading

OPR kekal pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk 2025 hari ini. Bank pusat berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan. “MPC terus memantau perkembangan semasa bagi […]

Continue Reading

12 syarikat penerbangan baharu rangsang pertumbuhan

PETALING JAYA: Malaysia mencapai pertumbuhan penerbangan yang ketara pada 2024, dengan penambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penyambungan semula dan 24 destinasi baharu, kata Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB). Menurut kenyataannya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pintu masuk antarabangsa tersibuk negara, menerima beberapa syarikat penerbangan antarabangsa, manakala lapangan terbang serantau juga mendapat manfaat daripada […]

Continue Reading

BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0%, disokong kestabilan inflasi

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pertama bagi 2025 hari ini, didorong oleh kadar inflasi yang boleh diurus dan prospek pertumbuhan ekonomi yang stabil. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Fuad Mohamed Berawi berkata, analisis semasa mencadangkan bahawa […]

Continue Reading

MAA letak sasaran lebih rendah, TIV 780,000 unit tahun ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meletakkan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih rendah kepada 780,000 unit tahun ini, berbanding rekod sepanjang masa yang dicatatkan tahun lalu iaitu 816,747 unit. Presidennya, Mohd. Shamsor Mohd. Zain, berkata jangkaan lebih rendah sebanyak 36,747 unit itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk ekonomi dan dasar yang dilaksanakan […]

Continue Reading

Pelantikan Trump beri kesan besar kepada ekonomi dunia

PETALING JAYA: Tindakan drastik Donald Trump membatalkan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Joe Biden selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan beliau akan melaksanakan dasar agresif seperti dijanjikannya sewaktu berkempen dahulu. Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia pasti akan memberi kesan yang besar […]

Continue Reading

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Boost mencatatkan Nilai Transaksi Kasar (GTV) yang mengagumkan, dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion pada 2024, mengukuhkan kedudukan sebagai platform dipercayai. Laporan e-Conomy SEA 2024, sektor perkhidmatan kewangan digital (DFS) Asia Tenggara dijangka menjana pendapatan sebanyak AS$33 bilion (kira-kira RM147.64 bilion), dipacu oleh penggunaan pembayaran tindak balas cepat (QR) dan pinjaman digital […]

Continue Reading