Malaysia kekal kukuh dalam pasaran semikonduktor global

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dan cabaran perdagangan antarabangsa. Pengarah Eksekutif Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Andrew Chan Yik Hong berkata, permintaan terhadap semikonduktor dijangka terus meningkat walaupun terdapat kelembapan sementara dalam kemasukan pelaburan ke negara ini. Beliau turut mengakui wujud sedikit penurunan dalam […]

Continue Reading

Pertumbuhan Malaysia terus stabil walau perdagangan global berubah

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan yang stabil meskipun berlaku perubahan dalam dinamik perdagangan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid Beliau berkata, negara memantau secara berhati-hati perkembangan landskap perdagangan dunia dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. “Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pagi tadi bahawa Menteri Pelaburan, […]

Continue Reading

Northport, Infinity rai kepelbagaian kaum dengan seni mural

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd dan Infinity Logistics & Transport Sdn. Bhd. melancarkan seni mural berskala besar di dinding Gudang D4, Northport Distripark Sdn. Bhd. (NDSB) sebagai simbol kerjasama strategik serta semangat kepelbagaian dalam persekitaran kerja moden. Mural bertemakan ‘Kepelbagaian’ itu merupakan hasil karya artis tempatan, Dr. Caryn Koh, yang disiapkan dalam masa 13 hari, […]

Continue Reading

Semakan semula tarif Pelabuhan Klang kompetitif

PETALING JAYA: Peningkatan berperingkat caj pengendalian kontena Pelabuhan Klang sebaik sahaja dilaksanakan sepenuhnya pada 2027 masih kompetitif dan lebih rendah daripada pelabuhan ASEAN lain antara lima hingga 185 peratus.  Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Kapten K. Subramaniam berkata, dalam semakan tarif terkini Pelabuhan Klang, satu langkah penanda aras komprehensif telah dijalankan terhadap pelabuhan jiran […]

Continue Reading

Malakoff perkasa inisiatif tenaga bersih melalui kerjasama bangunkan pengecaj EV

KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”), melalui anak syarikat solar komersial dan industri (“C&I”) miliknya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. (“MRSB”), telah menandatangani Memorandum Kolaborasi (“MoC”) bersama New Energy Asia Sdn. Bhd. (New Energy Asia) bagi kerjasama pelaksanaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (“EV”) secara bersama. Kerjasama ini bertujuan membangunkan penyelesaian bersepadu yang menggabungkan sistem tenaga solar dan […]

Continue Reading

SME Bank, BSN bekerjasama lonjok pertumbuhan usahawan

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh peranan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dalam pembangunan negara. Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI dan Kerangka Keusahawanan Nasional (NEF), kerjasama itu bertujuan melonjakkan pertumbuhan usahawan melalui akses kewangan lebih baik, pembangunan kapasiti dan pemerkasaan […]

Continue Reading

Petronas guna AI percepat operasi huluan 

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) sedang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepatkan operasi sektor huluannya, khususnya dalam memendekkan tempoh antara penemuan sumber dan pengeluaran pertama. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, AI merupakan satu cabaran dan juga penyelesaian.  “Dalam sektor huluan, pasukan kami sedang […]

Continue Reading

Harga minyak melonjak susulan ketegangan di Selat Hormuz

KUALA LUMPUR: Ketegangan yang memuncak di sekitar Selat Hormuz, laluan penting yang mengendalikan antara 18 hingga 19 juta tong minyak atau 20 peratus daripada jumlah bekalan global setiap hari mendorong lonjakan harga minyak sejak beberapa hari lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, […]

Continue Reading

Pfizer beri keutamaan pada inovasi, kukuhkan perkongsian

PETALING JAYA: Syarikat biofarmaseutikal, Pfizer memberi keutamaan di Malaysia dalam tiga tonggak utama iaitu memacu inovasi, mengukuhkan perkongsian dan meningkatkan penjagaan pesakit dalam beberapa tahun akan datang.  Ketua Kluster Pfizer, Malaysia-Indonesia-Singapura-Filipina (MISP), Deborah Seifert berkata, pihaknya akan terus melabur dalam rawatan dan terapi generasi akan datang untuk menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi, terutamanya dalam […]

Continue Reading

New Energy Asia perkenal pengecas EV termaju di ASEAN

KUALA LUMPUR: New Energy Asia Sdn. Bhd. (New Energy Asia), usaha sama baharu antara HICOM Engineering Sdn. Bhd. (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd. (HFC) memperkenalkan rangkaian peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) berteknologi tinggi untuk pasaran Malaysia dan ASEAN. Ia turut bakal menyokong sasaran negara untuk mencapai 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik […]

Continue Reading

BAuto dijangka berdepan cabaran landskap automotif tempatan, serantau

PETALING JAYA: Bermaz Auto Bhd (BAuto) dijangka terus berdepan cabaran dalam landskap automotif tempatan dan serantau, khususnya disebabkan oleh peningkatan persaingan daripada jenama kenderaan elektrik (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) dari China. Penganalisis BIMB Securities, Sabariah Akhair, berkata prospek BAuto kekal berhati-hati meskipun langkah strategik seperti kemasukan jenama Deepal dilihat selari dengan aspirasi pertumbuhan […]

Continue Reading

Rehda, PPK bimbang peluasan SST jejas harga rumah, kos peruncitan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Persatuan Pengurusan Kompleks Beli-belah Malaysia (PPK Malaysia) melahirkan kebimbangan terhadap peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula pada 1 Julai 2025. Menurut kedua-dua persatuan, peluasan SST ini dijangka meningkatkan kos pembinaan dan operasi, sekali gus memberi tekanan kepada harga rumah. “Peluasan cukai itu […]

Continue Reading

CEDAR jalin kerjasama mobilisasi RM50 juta untuk PKS 

PETALING JAYA: Platform kewangan digital Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terbesar di Asia Tenggara, Funding Societies Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan (CEDAR), cabang latihan dan pembangunan kapasiti Bank PKS Malaysia Berhad. Kerjasama itu bertujuan memobilisasi sehingga RM50 juta pembiayaan bagi menyokong akses kredit PKS Malaysia dalam komuniti perniagaan CEDAR menerusi […]

Continue Reading

Malaysia diiktiraf diiktiraf piawaian ISSB

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai satu-satunya negara di rantau ASEAN yang menerima pakai Piawaian Lembaga Piawaian Kemampanan Antarabangsa (ISSB) dalam Profil Bidang Kuasa yang dikeluarkan Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS). Pengiktirafan bersejarah itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pelopor dalam agenda kemampanan korporat di peringkat global sekaligus meletakkan negara pada kedudukan […]

Continue Reading

Sektor telekomunikasi catat prestasi sederhana pada suku pertama 2025

PETALING JAYA: Sektor telekomunikasi tempatan mencatatkan prestasi sederhana pada suku pertama 2025, dipengaruhi tekanan terhadap hasil purata pengguna (ARPU) dan persaingan sengit dalam segmen mudah alih serta jalur lebar gentian (FBB), menurut RHB Research. Firma penyelidikan itu berkata, hasil industri secara keseluruhan menyusut empat peratus tahun ke tahun disebabkan kemerosotan dalam perkhidmatan mudah alih dan […]

Continue Reading

Perkeso,Neo meterai MoU perkukuh sistem perlindungan sosial

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pejabat Kebangsaan Pekerjaan Belgium (Neo) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan sistem perlindungan sosial dan perkhidmatan pekerjaan. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kerjasama strategik antara kedua-dua negara itu membuka ruang baharu untuk perkongsian pengetahuan dan berpotensi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, khususnya dalam aspek perkhidmatan pekerjaan […]

Continue Reading

Malaysia tonjol pensijilan lestari minyak sawit bertaraf global di Expo 2025 Osaka

OSAKA: Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam pensijilan komoditi lestari menerusi pelaksanaan MSPO 2.0, satu penambahbaikan kepada piawaian asal di bawah Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani  dalam satu kenyataan memberiahu, penglibatan MSPO 2.0 dalam program rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di […]

Continue Reading