FMM gesa pertimbang semula GST yang lebih cekap, telus 

PETALING JAYA:Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang lebih cekap dan telus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).  Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, sistem tersebut dilihat memberi kesan kepada industri serta menjejaskan daya saing eksport negara. Katanya, SST bersifat sempit dan bertindih […]

Continue Reading

EcoFirst sasar KL48 siap suku kedua 2026

KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju hartanah, EcoFirst Consolidated Bhd. menyasarkan untuk menyiapkan pembangunan mercu tanda KL48 menjelang suku kedua 2026, lebih awal daripada jadual asal, susulan kejayaan penyempurnaan struktur bumbung projek tersebut. Setakat ini, 92 peratus unit KL48 telah berjaya dijual, mencerminkan keyakinan tinggi pembeli terhadap lokasi strategik dan konsep pembangunan yang ditawarkan. Ketua Pegawai Eksekutif […]

Continue Reading

Malaysia sasar tarif bawah 10 peratus bagi sektor strategik bersama AS

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan pengurangan kadar tarif kepada bawah 10 peratus bagi sektor strategik bersama Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata, perkara itu akan menjadi fokus utama dalam rundingan seterusnya bersama pihak AS yang dijadual berlangsung di Washington pada 18 Jun ini. Menurutnya, tarif […]

Continue Reading

Pelabur asing kekal komited teruskan operasi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat pelabur asing yang telah melabur di Malaysia kekal komited untuk meneruskan operasi masing-masing, tanpa sebarang petunjuk akan berundur, meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, perkara itu merupakan petanda positif terhadap keyakinan pelabur asing terhadap ekosistem pelaburan negara. “Setakat ini, tiada […]

Continue Reading

Scoot tawar tambang bermula daripada RM961.24 ke Vienna

PETALING JAYA: Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA) meraikan sebuah detik bersejarah dengan penerbangan terus sulung dari Singapura ke Vienna, Austria. Ketibaan pesawat penerbangan TR710 di Vienna pada 4 June 2025 telah disambut meriah dengan pancuran air. Sambutan ketibaan penerbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil utama dari Scoot,  Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, Austria […]

Continue Reading

KWAP, Malaysia Forest Fund jalin kerjasama perkasa agenda kelestarian

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Malaysia Forest Fund (MFF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi mempercepatkan agenda kelestarian Malaysia melalui pendekatan penyelesaian berasaskan hutan. Kerjasama penting itu dijangka akan memperkukuh transisi Malaysia ke arah ekonomi emisi sifar bersih sambil mengukuhkan komitmen KWAP mencapai Portfolio Emisi Sifar Bersih menjelang 2050 sebagai sebahagian daripada […]

Continue Reading

SC gantung Chengco, isu kualiti audit

PETALING JAYA: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) menggantung pendaftaran firma audit, Chengco PLT (CCO), selama dua tahun berkuat kuasa hari ini, selepas mendapati firma itu gagal mematuhi piawaian pengauditan antarabangsa membabitkan isu kualiti audit yang serius dan berulang. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan berkata, AOB turut mengenakan sekatan terhadap lima rakan kongsi audit firma […]

Continue Reading

Ninja Van, PDRM banteras ‘scam’ bungkusan

SUBANG JAYA: Walaupun industri e-dagang terus mencatat pertumbuhan pesat selari dengan agenda pendigitalan negara, kes penipuan atau ‘scam’ bungkusan dilihat semakin membimbangkan apabila lebih 3,500 kes direkodkan di luar Lembah Klang dalam suku pertama 2025. Peningkatan drastik ini sebanyak 85 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Perkembangan ini turut mendorong Ninja Van Malaysia memperkukuh kerjasama […]

Continue Reading

Kewpie rai 100 tahun mayonis Jepun

PETALING JAYA: Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (Kewpie Malaysia), nama isi rumah yang sinonim dengan mayonis dan dressing premium, sedang meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonnaise, menandakan satu abad inovasi perisa, inspirasi kulinari dan kualiti yang dipercayai. Sambutan ini menandakan satu abad inovasi dan rasa daripada jenama kelahiran Jepun itu, dan menandakan komitmennya untuk memupuk bakat […]

Continue Reading

BNM laksana Program QRI, galak aliran dana dua hala tukaran asing

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelaksanaan penuh Program Syarikat Pelabur Pemastautin yang Berkelayakan (Qualified Resident Investor, QRI) berkuat kuasa 1 Julai 2025 sebagai langkah menggalakkan aliran dana dua hala dalam pasaran pertukaran asing tempatan. Langkah itu dilihat sebagai usaha BNM mempertingkatkan daya saing pasaran kewangan Malaysia di samping menarik lebih ramai pelabur untuk […]

Continue Reading

J&T Express perkenal hab logistik pintar baharu, kendali 1.2 juta bungkusan

SHAH ALAM: J&T Express Malaysia memperkenalkan hab logistik pintar tercanggihnya setakat ini yang terletak di Setia Alam, Klang, dengan keupayaan mengendalikan sehingga 1.2 juta bungkusan dalam tempoh 24 jam serta menyokong lebih 300 pergerakan trak setiap hari. Pengurus Pusat Pengasingan Barang J&T Express Malaysia, Raymond Ng berkata, pelaburan strategik itu membolehkan syarikat meningkatkan daya tahan […]

Continue Reading

Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 37.3 peratus

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia mengalami kemerosotan ketara sebanyak 37.3 peratus pada bulan April lalu berbanding Mac 2025, iaitu daripada 28,739 tan metrik kepada hanya 18,008 tan metrik. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan sebanyak 15.6 peratus berbanding April 2024 yang mencatatkan 21,325 tan […]

Continue Reading

foodpanda pertingkat pelaburan untuk pemasaran 

KUALA LUMPUR: Platform penghantaran makanan, foodpanda akan memperkukuhkan pasarannya di Malaysia, sekali gus memperuntukkan pelaburan lebih besar dalam segmen pemasaran bagi memperluas pangkalan pengguna dan meningkatkan kesedaran jenamanya. Pengarah Urusan Negara foodpanda, Tan Ming Luk berkata, pasaran negara ini menunjukkan pertumbuhan stabil dan tahun ini foodpanda mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk pasaran Malaysia. “Kawasan seperti […]

Continue Reading

Pembantu Cef dinobat Juara Genting Culinary Classic 2025

BENTONG: Pembantu cef di sebuah terkemuka di Kuala Lumpur, Budiman Bistari Mohamed, 50 dinobatkan Juara Genting Culinary Classic 2025. Budiman yang menampilkan menu ‘Ayam Golek Buah Kulim’  menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang didapati di negara ini. Katanya, pertandingan seperti ini perlu diperbanyakkan agar pelancong luar lebih mengenali makanan dan tanaman Malaysia seperti buah kulim, buah […]

Continue Reading

Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.25 mata kepada 1,528.09 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,523.84 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.71. Jumlah dagangan sebanyak 37.77 juta unit bernilai RM18.38 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 91 berbanding 61 dengan 213 kaunter tidak berubah dan 2,056 tidak […]

Continue Reading

SST 6 peratus dijangka kurangkan permintaan hartanah

PETALING JAYA: Peluasan semula cukai perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus ke atas perkhidmatan pembinaan bagi projek komersial, perindustrian dan infrastruktur bermula 1 Julai ini dijangka memberi kesan langsung kepada kos pembangunan hartanah di Malaysia. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, cukai tersebut dijangka akan mengurangkan permintaan […]

Continue Reading

Tekanan ekonomi, kelemahan institusi keluarga jejaskan hibah

SUBANG JAYA: Tekanan ekonomi, kelemahan institusi keluarga, campur tangan pihak ketiga dan peningkatan nilai hartanah antara faktor yang menjejaskan pelaksanaan hibah di negara ini. Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wassiyah Shoppe Berhad, Ariffin Sabirin berkata, berdasarkan pengalaman 21 tahun mereka dalam industri perancangan harta mendapati keadaan ekonomi semasa menjadi punca utama peningkatan cabaran terhadap […]

Continue Reading

Pelaksanaan SST perlu teliti, elak jejas sektor peruncitan

PETALING JAYA: Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menyarankan agar pelaksanaan semakan dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan kesan negatif terhadap sektor peruncitan yang ketika ini masih berada dalam fasa pemulihan ekonomi. Presidennya, Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar berkata, secara prinsipnya, pihaknya memahami keperluan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal […]

Continue Reading

APEC lancar hala tuju baharu Oktober ini, ganti Pelan Tindakan Cebu

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual berlangsung Oktober ini bakal menyaksikan pelancaran pelan hala tuju baharu bagi menggantikan Pelan Tindakan Cebu. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pelan berkenaan akan menetapkan keutamaan proses Menteri Kewangan APEC bagi tempoh lima tahun akan datang, iaitu dari 2025 hingga 2030. “Pelan […]

Continue Reading