PH akan bantu BN-UMNO tawan DUN Ayer Kuning

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) bagi memenangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah mendapat arahan daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan dan gerak kerja. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, PH […]

Continue Reading

Jangan pertikai, buat andaian terhadap kes Ismail Sabri – PM

PETALING JAYA: Tiada pihak yang boleh mempertikaikan sebarang proses siasatan terhadap salah laku mana-mana pemimpin yang disyaki terlibat dengan penyelewengan.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mempersoal proses siasatan jelas melanggar prinsip tatakelola yang ditekankan Kerajaan Perpaduan sebelum ini. Katanya, justeru semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan tidak membuat sebarang andaian berkaitan […]

Continue Reading

Laporan digantung tugas, Razman enggan ulas

BAGAN SERAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria enggan mengulas laporan beliau direhatkan daripada tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat khidmat beliau di sini hari ini, Razman berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media. “Saya hanya tahu (digantung tugas Pesuruhjaya Pas Perak) melalui laporan […]

Continue Reading

Ahli politik disaran isytihar harta setiap bulan hingga bersara

PETALING JAYA: Wakil rakyat dan ahli politik di negara ini perlu mengisytiharkan harta masing-masing sebulan sekali sehingga mereka bersara sepenuhnya dari dunia politik. Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, pengisytiharan harta yang telah dilakukan perlu dinilai oleh pihak bertauliah bagi mengelakkan sebarang […]

Continue Reading

Polis siasat pergaduhan mesyuarat cabang PKR

KUALA SELANGOR: Polis mengesahkan siasatan terhadap insiden pergaduhan yang berlaku pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Kuala Selangor 2025 yang diadakan di Bestari Jaya, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut mendakwa diugut oleh seorang lelaki. “Pengadu […]

Continue Reading

PRK Ayer Kuning: BN-PH sudah ada keserasian

TAPAH: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai keserasian bekerjasama bagi memenangkan calon masing-masing dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Pengerusi UMNO dan BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, PRK Mahkota telah membuktikan PH turut sama turun padang bagi meraih undi penyokong mereka dan memenangkan […]

Continue Reading

Peter dipenjara, parti KDM terus berjuang hadapi PRN Sabah

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan meneruskan perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda berkata, parti itu tidak akan berundur walau setapak. Perjuangan dan perancangan yang dibuat Presiden, Datuk Peter Anthony dan kepimpinan tertinggi parti akan tetap diteruskan. “Sesungguhnya semua penyokong dan pemimpin KDM agak kecewa dengan […]

Continue Reading

RUU Perkhidmatan Parlimen lulus

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, yang bertujuan mereformasi dan menambahbaik institusi demokrasi, diluluskan Dewan Rakyat hari ini. RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lulus dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen, selepas ia dibahaskan oleh 18 wakil rakyat. Yang Dipertua […]

Continue Reading

Kekosongan kerusi DUN Melalap diputuskan esok

KOTA KINABALU: Status kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap akan diumumkan esok. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya akan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan tentang status kerusi yang disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony. Pengumuman itu dilakukan selepas Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Peter […]

Continue Reading

PKR harap tanding lebih banyak kerusi PRN Sabah

KOTA KINABALU: PKR meletakkan harapan untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Pengerusi Biro Politik PKR Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, walaupun partinya mengharapkan lebih banyak kerusi namun, mereka perlu mengambil kira pandangan parti lain yang mungkin akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Katanya,  pada masa ini PKR hanya mempunyai […]

Continue Reading

Enam pemimpin UMNO Tapah dipertimbang calon PRK Ayer Kuning

TAPAH: Nama enam pemimpin UMNO Bahagian Tapah sudah dikemukakan untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini tiada di antara keenam-enam nama yang dikemukakan itu menarik diri. “Setakat ini belum (menarik diri), InsyaAllah,” katanya kepada […]

Continue Reading

PRK DUN Ayer Kuning: 14,000 pengundi muda jadi penentu

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mempunyai potensi yang besar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sekiranya berjaya menarik undi sebahagian besar daripada 14,000 pengundi muda di kawasan itu. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jentera BN perlu dimantapkan dan diperkasakan memandangkan 14,000 pengundi muda itu menjadi […]

Continue Reading

Pemuda Pas kekal mahu buat himpunan bantah URA

PETALING JAYA: Pemuda Pas kekal dengan keputusan mengadakan himpunan untuk membantah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi penjelasan mengenai rang undang-undang (RUU) tersebut. Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Mohd. Hafez Sabri berkata, ketetapan nilai ambang baharu yang diturunkan akan menimbulkan ruang untuk penafian hak kepada golongan minoriti. […]

Continue Reading

70 berentap untuk 30 jawatan CEC Dap

KUALA LUMPUR: Seramai 70 calon akan berentap untuk merebut 30 jawatan di Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Dap yang bakal diadakan pada 16 Mac ini. Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, seramai 4,203 delegasi daripada 1,650 cawangan parti akan mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut. Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut […]

Continue Reading

Calon tempatan lebih arif keperluan masyarakat Ayer Kuning

TAPAH: Calon tempatan sewajarnya diangkat mewakili parti Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin. Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih berpendapat, calon tempatan sememangnya relevan untuk PRK itu kerana lebih arif me­ngenai keperluan masyarakat di kawasan tersebut.Katanya, ia […]

Continue Reading