Sim Tze Tzin, Azman pertimbang bertanding jawatan

PETALING JAYA: Perebutan bagi jawatan Naib Presiden PKR bertambah menarik apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin turut mempertimbang untuk mencalonkan dirinya bagi jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu kelak. Kata beliau, pertimbangan itu mengambil kira pengalaman politiknya selama 26 tahun termasuk memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri. “Pemilihan kali ini menyerlahkan ramai pemimpin muda […]

Continue Reading

Razman akur jika berlaku perubahan struktur pimpinan PN Perak

BAGAN SERAI: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Razman Zakaria akan mematuhi ketetapan yang dibuat kepimpinan Pusat jika berlaku perubahan struktur pimpinan peringkat negeri. Razman, yang dikatakan direhatkan daripada tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak berkata, ini kerana struktur jawatan dalam gabungan PN ditentukan sepenuhnya oleh kepimpinan pusat dan negeri akan mengikut keputusan atau perubahan yang […]

Continue Reading

Pemilihan PKR Kedah peringkat AMK batal, tunda esok

ALOR SETAR: Proses pemilihan melibatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) peringkat cabang di negeri ini telah dibatalkan dan pengundian semula dijadualkan esok. Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam satu notis memaklumkan, kesemua ahli AMK dan wanita muda 35 tahun ke bawah diminta menjalankan pengundian semula bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang esok. Bagaimanapun, notis tersebut tidak […]

Continue Reading

Abdullah Hakim tawar diri rebut jawatan Ketua AMK Cabang Temerloh

KUANTAN: Ketua Biro Undang-Undang Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Pahang, Abdullah Hakim Ahmad akan bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Temerloh pada 19 April ini. Pemilihan jawatan itu bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru, menjadikannya salah satu kerusi panas yang dipertandingkan. Abdullah Hakim yang juga peguam berkata, pertandingan ini merupakan proses demokrasi yang […]

Continue Reading

DAP Melaka gesa segerakan penggubalan Akta Pembelaan Awam

MELAKA: DAP Melaka menggesa penggubalan Akta Pembelaan Awam dipercepatkan bagi memperkasa perkhidmatan bantuan guaman, khususnya dalam kes jenayah melibatkan golongan kurang berkemampuan. Pengerusi DAP negeri, Khoo Poay Tiong berkata, langkah itu penting bagi memastikan keadilan dapat dicapai oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang, kaum atau fahaman politik. “Kami di DAP Melaka amat mengalu-alukan inisiatif […]

Continue Reading

Pengundi Ayer Kuning perlu yakin model Kerajaan Perpaduan

MELAKA: Model Kerajaan Perpaduan yang terbukti dapat mentadbir negara seharusnya menjadi pertimbangan pengundi untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, ia berjaya menggabungkan parti-parti politik utama dan menyelesaikan banyak masalah rakyat sepanjang tempoh […]

Continue Reading

Tun M enggan lepas hak pemilikan tanah UMNO? 

KUANTAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa enggan melepaskan pegangan dalam hak pemilikan geran tanah milik UMNO di Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, walaupun surat guaman parti sudah diserahkan kepada Dr. Mahathir, beliau enggan menandatanganinya. “Jadi dalam keadaan sedemikian, saya ambil contoh […]

Continue Reading

PRU-16: Calon agama jadi trend

PETALING JAYA: Calon berlatar belakang pendidikan agama dijangka menjadi trend dan strategi bagi parti-parti politik yang bertanding  termasuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof.Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, malah ia dilihat antara keperluan yang perlu ada bagi seseorang calon yang mahu bertanding di kawasan majoriti Melayu.  […]

Continue Reading

Ramalan Mahfuz jarang ‘tak kena’

ALOR SETAR: Pas menyifatkan ramalan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar tentang parti itu hanya membazir tenaga dan wang ringgit apabila meletakkan calon di Ayer Kuning sekadar cakap-cakap kosong. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, beliau tidak perlu memberi respon terhadap kenyataan Mahfuz secara serius kerana telahan bekas Ahli Parlimen […]

Continue Reading

Tujuh borang pencalonan PRK Ayer Kuning dibeli setakat ini

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tujuh borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dibeli setakat ini. “Untuk makluman, setakat ini 7 borang calon PRK Ayer Kuning telah dijual,” kata SPR. Setakat ini, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengumumkan calon bertanding […]

Continue Reading

DAPSY tubuh jawatankuasa bertindak pemansuhan AUKU

KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dalam proses menubuhkan jawatankuasa bertindak berkaitan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan penyertaan mahasiswa serta pihak perundangan dalam merangka satu akta baharu sebagai gantian kepada AUKU. “Untuk pemansuhan AUKU, ini sebenarnya dalam tawaran Anak […]

Continue Reading

Pemilihan Cabang PKR: Nik Nazmi sedia hadapi cabaran Afdlin Shauki

BAGAN SERAI: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad sedia berdepan cabaran Datuk Afdlin Shauki bagi perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa pada pemilihan parti itu. Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, pengumuman Afdlin yang merupakan pelakon, penerbit dan pengarah untuk bertanding bagi jawatan tersebut merupakan proses demokrasi yang sihat dan dialu-alukan. […]

Continue Reading

Main isu 3R di PRK umpama bakar negara

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) melihat tindakan pihak pembangkang yang menjadikan isu-isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sebagai bahan kempen setiap kali Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung boleh diumpamakan seperti mahu membakar negara. Naib Presidennya, Adly Zahari berkata, sekiranya naratif itu terus dimainkan ia boleh memberikan kesan buruk kepada negara. “Isu 3R bukan […]

Continue Reading

SPR saran bakal calon isi borang, buat semakan sebelum hari penamaan

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyarankan bakal calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak  bagi memastikan kelancaran proses pada hari penamaan Sabtu ini. Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, bakal calon bertanding juga disaran […]

Continue Reading

Ahmad Samsuri dakwa telefonnya dipintas, pergerakan dipantau

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dirinya dilabel di bawah Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu. Katanya, TCO yang merujuk kepada Travel Control Office/Order dalam sistem keselamatan adalah satu bentuk penilaian terhadap mana-mana individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu meskipun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan […]

Continue Reading

Pas desak Liga Arab, OIC bangkit bela rakyat Palestin

KOTA BHARU: Liga Negara-Negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) didesak supaya bangkit membela nasib umat Islam di Palestin  yang ditindas dengan kezaliman rejim zionis Israel. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun seluruh dunia mengutuk kekejaman zionis itu, mereka tetap meneruskan serangan tanpa sedikitpun menghormati genjatan senjata. “Kita sedar rejim zionis Israel […]

Continue Reading