PRU-16: Calon agama jadi trend

PETALING JAYA: Calon berlatar belakang pendidikan agama dijangka menjadi trend dan strategi bagi parti-parti politik yang bertanding  termasuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof.Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, malah ia dilihat antara keperluan yang perlu ada bagi seseorang calon yang mahu bertanding di kawasan majoriti Melayu.  […]

Continue Reading

Ramalan Mahfuz jarang ‘tak kena’

ALOR SETAR: Pas menyifatkan ramalan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar tentang parti itu hanya membazir tenaga dan wang ringgit apabila meletakkan calon di Ayer Kuning sekadar cakap-cakap kosong. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, beliau tidak perlu memberi respon terhadap kenyataan Mahfuz secara serius kerana telahan bekas Ahli Parlimen […]

Continue Reading

Tujuh borang pencalonan PRK Ayer Kuning dibeli setakat ini

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tujuh borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dibeli setakat ini. “Untuk makluman, setakat ini 7 borang calon PRK Ayer Kuning telah dijual,” kata SPR. Setakat ini, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengumumkan calon bertanding […]

Continue Reading

DAPSY tubuh jawatankuasa bertindak pemansuhan AUKU

KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dalam proses menubuhkan jawatankuasa bertindak berkaitan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan penyertaan mahasiswa serta pihak perundangan dalam merangka satu akta baharu sebagai gantian kepada AUKU. “Untuk pemansuhan AUKU, ini sebenarnya dalam tawaran Anak […]

Continue Reading

Pemilihan Cabang PKR: Nik Nazmi sedia hadapi cabaran Afdlin Shauki

BAGAN SERAI: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad sedia berdepan cabaran Datuk Afdlin Shauki bagi perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa pada pemilihan parti itu. Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, pengumuman Afdlin yang merupakan pelakon, penerbit dan pengarah untuk bertanding bagi jawatan tersebut merupakan proses demokrasi yang sihat dan dialu-alukan. […]

Continue Reading

Main isu 3R di PRK umpama bakar negara

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) melihat tindakan pihak pembangkang yang menjadikan isu-isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sebagai bahan kempen setiap kali Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung boleh diumpamakan seperti mahu membakar negara. Naib Presidennya, Adly Zahari berkata, sekiranya naratif itu terus dimainkan ia boleh memberikan kesan buruk kepada negara. “Isu 3R bukan […]

Continue Reading

SPR saran bakal calon isi borang, buat semakan sebelum hari penamaan

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyarankan bakal calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak  bagi memastikan kelancaran proses pada hari penamaan Sabtu ini. Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, bakal calon bertanding juga disaran […]

Continue Reading

Ahmad Samsuri dakwa telefonnya dipintas, pergerakan dipantau

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dirinya dilabel di bawah Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu. Katanya, TCO yang merujuk kepada Travel Control Office/Order dalam sistem keselamatan adalah satu bentuk penilaian terhadap mana-mana individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu meskipun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan […]

Continue Reading

Pas desak Liga Arab, OIC bangkit bela rakyat Palestin

KOTA BHARU: Liga Negara-Negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) didesak supaya bangkit membela nasib umat Islam di Palestin  yang ditindas dengan kezaliman rejim zionis Israel. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun seluruh dunia mengutuk kekejaman zionis itu, mereka tetap meneruskan serangan tanpa sedikitpun menghormati genjatan senjata. “Kita sedar rejim zionis Israel […]

Continue Reading

PRK Ayer Kuning: Calon BN sudah letak jawatan di IPG

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Mohamad Yusri Bakir sudah meletak jawatan sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh. Sebelum ini pembangkang mempersoalkan mengenai Mohamad Yusri, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah terlibat aktif dalam politik semasa berkhidmat sebagai […]

Continue Reading

Adam Adli sahkan tanding Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya

MELAKA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hang Tuah Jaya (HTJ) pada pemilihan Sabtu ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Adam Adli berkata, ia adalah sebagai salah satu cara untuk terus menyumbang jasa dalam parti dan memperkukuhkan kekuatan PKR di Parlimen itu. Menurutnya, […]

Continue Reading

Dipilih sebagai calon amanah yang terlalu besar

TAPAH: Ustaz Abd. Muhaimin Malek, 44, yang dipilih calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menganggap pemilihannya sebagai satu tugas dan amanah yang besar. Beliau yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tapah, berkata, bersedia menggalas amanah yang besar itu. “Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh […]

Continue Reading

Pas cadang guna strategi Sungai Bakap tumbangkan Ustaz Yusri

KOTA BHARU: Pas bercadang menggunakan strategi Sungai Bakap untuk menumbangkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Baki atau Ustaz Yusri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini. Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan supaya ia bersesuaian dengan keadaan dan situasi setempat. […]

Continue Reading

Ustaz Yusri calon BN di Ayer Kuning

TAPAH: Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Mohamad Yusri Baki, 54, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini. Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Pe­ngerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohamad Yusri memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh BN Pusat dan negeri. […]

Continue Reading

Cikgu Rafee lawan Shamsul di Hang Tuah Jaya

MELAKA: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Mohd. Rafee Ibrahim akan mempertahankan jawatan Ke­tua PKR Cabang Hang Tuah Jaya (HTJ) buat penggal ketiga, meskipun perlu berdepan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin pada pemilihan 12 April ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Rafee berkata, beliau akan […]

Continue Reading