Penyandang Naib Presiden ‘tidak selamat’

PETALING JAYA: Penyandang jawatan Naib Pre­siden PKR berada dalam posisi ‘tidak selamat’ berikutan pencabarnya mempunyai pengaruh kuat dalam pemilihan parti bermula April ini. Penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr. Azmi Hasan berkata, ke­adaan itu memberikan gambaran persaingan se­ngit bakal berlaku dengan meletakkan beberapa pemimpin yang mempunyai jawatan dalam Kabinet khususnya menjadi pilihan perwakilan. Bagaimanapun […]

Continue Reading

Syahredzan, Young Syefura mahu ubah persepsi masyarakat Melayu terhadap DAP

KUALA LUMPUR: Dua ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman bertekad untuk terus mendekati masyarakat Melayu bagi mengubah persepsi mereka terhadap DAP. Mereka juga berazam untuk memperkukuhkan sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kepada parti berkenaan. Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, kehadiran pemimpin […]

Continue Reading

Empat penjuru rebut jawatan Ketua PKR Cabang Jerantut

JERANTUT: Empat calon vete­ran dan orang muda mengesahkan bertanding merebut jawatan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jerantut menje­lang pemilihan pada 19 April ini. Ketua PKR Cabang Jerantut, Mohamad Rafly Mohd. Satar mengesahkan mempertahankan kedudukannya dan bakal berdepan cabaran daripada bekas calon kerusi Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Prof. Dr. Hassan Basri […]

Continue Reading

Jangan sensasikan, perguna isu kuil, abang belon untuk kepentingan peribadi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang suka mensensasikan perkara-perkara kecil demi kepentingan puak mereka biarpun isu tersebut mampu ditangani dengan baik. Mengambil contoh isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, dan kisah ‘abang belon’ dikasari penguat kuasa, Perdana Menteri berkata, puak-puak berkenaan sengaja mempergunakan isu tersebut seolah-olah berlaku perang […]

Continue Reading

Pas umum calon rebut Ayer Kuning esok

ALOR SETAR: Pas akan mengumumkan calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, Selasa ini.  Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, calon berkenaan sudah dimuktamadkan baru-baru ini sekali gus akan menamatkan teka-teki siapa yang mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi DUN itu.  “Calon sudah […]

Continue Reading

Anwar tempelak puak tertentu perbesar isu perpindahan kuil, abang belon

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang suka mensensasikan perkara-perkara kecil demi kepentingan puak mereka biarpun isu tersebut mampu ditangani dengan baik. Mengambil contoh isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, dan kisah ‘abang belon’ dikasari penguat kuasa, Perdana Menteri berkata, puak-puak berkenaan sengaja mempergunakan isu tersebut seolah-olah berlaku perang […]

Continue Reading

PRK Ayer Kuning: DAP sedia berkempen, sokong penuh calon Kerajaan Perpaduan

IPOH: DAP Perak sebulat suara menyokong penuh calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning. pada 26 April ini. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa negeri DAP hari ini. Menurutnya, mesyuarat juga membuat keputusan menubuhkan Jawatankuasa Khas PRK Ayer Kuning yang diketuai […]

Continue Reading

Fadhlina tawar diri bertanding Ketua Cabang PKR Nibong Tebal

NIBONG TEBAL : Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Nibong Tebal pada pemilihan parti itu bulan depan. Menurut Fadhlina, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berasa terhutang budi dan khidmat kepada Nibong Tebal selama ini. Katanya, kerja keras anggota parti, pasukan Pakatan Harapan […]

Continue Reading

Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Selangor batal, hormati mangsa

SHAH ALAM: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Selangor esok dibatalkan bagi menghormati mangsa yang terjejas dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, keputusan itu […]

Continue Reading

Jumpa Jepun, Korea, China untuk kurangkan tekanan

MELAKA: Malaysia tidak akan berpeluk tubuh dalam usaha mengurangkan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi negara, susulan keputusan dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkaitan tarif timbal balik. Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain bertindak mengetuai negara-negara ASEAN bagi merundingkan pengurangan tarif, Malaysia juga akan berunding dengan beberapa negara berkepentingan lain seperti […]

Continue Reading

Shamsul Iskandar yakin menang jawatan Ketua Cabang Hang

MELAKA: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yakin akan memenangi jawatan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hang Tuah Jaya apabila berdepan penyandang jawatan itu, Mohd. Rafee Ibrahim pada 12 April ini. Shamsul Iskandar berkata, kekalahan pada pemilihan penggal lalu kepada Mohd. Rafee yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak sama […]

Continue Reading

Kerjasama GRS-UMNO wajar, jika yakin menang di Sabah

PETALING JAYA: Kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah wajar diteruskan, sekiranya langkah itu mampu memberi kelebihan strategik dan menjamin kemenangan kepada ke­dua-dua pihak. Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berpendapat, kerjasama antara GRS dan UMNO juga perlu mempunyai kesungguhan kedua-dua belah pihak, bukan sekadar hasrat […]

Continue Reading

PN kuasai kempen media sosial PRK Ayer Kuning

KETIKA Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului lawannya menerusi kempen secara terus dengan pengundi di Ayer Ku­ning, Perikatan Nasional (PN) pula me­nguasai kempen menerusi media sosial untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi tersebut. PN mendekati pengundi Melayu moden dan tradisional sebelum Ramadan lagi. Pengundi muda didekati melalui akses yang paling mudah iaitu telefon pintar menerusi media […]

Continue Reading

Gesaan PN adakan Sidang Khas DUN bermotif politik

PETALING JAYA: Tindakan pembangkang mengusulkan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya hanya bermotifkan politik dan tidak menyumbang kepada usaha membantu mangsa, mahupun menyokong siasatan pihak berkuasa. Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bryan Ng Yih Miin berkata, Perikatan Nasional (PN) perlu bersikap lebih matang […]

Continue Reading

Bersatu, Pas ‘dengki’ lihat hubungan UMNO-PH makin akrab

PASIR MAS: UMNO Kelantan melihat hubungan akrab parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) melalui Kerajaan Perpaduan hari ini membibitkan perasaan ‘dengki’ dalam kalangan pimpinan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas. Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Noor Hariri Mohamed Nor berkata, situasi itu dapat dilihat apabila kedua-dua parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) terus […]

Continue Reading