Budaya sarapan di Malaysia diiktiraf warisan budaya tidak ketara UNESCO

KUALA LUMPUR – Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan Budaya Sarapan di Malaysia: Pengalaman Menjamu Selera Masyarakat Pelbagai Etnik itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa […]

Continue Reading

Belanjawan 2025 menyeluruh, tingkat keyakinan pelabur asing

PETALING JAYA: Belanjawan 2025 mampu meningkatkan keyakinan pelabur asing melalui pelbagai inisiatif strategik dan proaktif termasuk memperkukuh infrastruktur, mempercepatkan transformasi digital dan mengurangkan birokrasi dalam proses perniagaan. Melalui pelan ini, Malaysia berusaha untuk meningkatkan daya saingnya di peringkat global dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang. Profesor Kewangan dan Keusahawanan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti […]

Continue Reading

Di sebalik sejarah nama universiti di Malaysia

Ketika saya dilahirkan pada tahun 1959, Universiti Malaya yang ditubuhkan di Singapura telah disusun semula sebagai dua divisyen yang berautonomi, iaitu di Singapura dan Kuala Lumpur. Ia berlaku pada bulan Januari. Maka ia dirujuk sebagai Universiti Malaya Singapura dan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kampus utama tetap di Singapura. Malaya merdeka pada tahun 1957. Maka ketika […]

Continue Reading

Letak jawatan demi rakyat – Suhaimi

BERKENAAN dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah, yang cuba untuk mengaitkan skandal rasuah di Sabah ini dengan kes pelaburan FELCRA, kedua-dua isu ini adalah berbeza dari segi konteks dan skop. Perlu difahami bahawa dalam kes pelaburan FELCRA Berhad, secara dasarnya, keputusan untuk membuat pelaburan kepada Public Mutual Unit Trust telah […]

Continue Reading

Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM

Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata keseluruhan kehadiran adalah 99 peratus setakat semalam sekali gus menunjukkan kelancaran Op Payung bagi tujuan menyelamat dan memastikan calon dapat hadir walaupun terjejas akibat banjir. “Kenapa […]

Continue Reading

Lebih 500 pelajar sertai Program STEM Untuk Semua

BANGI – Lebih 500 pelajar sekolah menyertai ‘Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Untuk Semua’ (Professor@School) yang dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kesemua pelajar itu terdiri daripada 17 sekolah rendah dan menengah di Selangor, Melaka, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menurutnya, program tersebut […]

Continue Reading

‘Tak perlu sesi kedua SPM, sesi pertama sudah catat kehadiran 99 peratus’ – Fadhlina

DENGKIL – Cadangan untuk mengadakan sesi kedua bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 tidak perlu dilaksanakan kerana ujian bertutur sudah mencatatkan 99 peratus kehadiran. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, persiapan penuh sudah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menghadapi situasi banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini. “Kenapa kena ada sesi kedua […]

Continue Reading

Hannan Medispa sumbang dua unit inkubator neonatal kepada HPUSM

PETALING JAYA – Hannan Medispa Sdn. Bhd. (Hanan Medispa)  menyumbang dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian sempena Hari Pramatang Sedunia. Pengasasnya, Dr Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut adalah untuk mengisi kekurangan mesin tersebut yang dialami oleh unit neonatal Jabatan Pediatrik di hospital berkenaan. “Bukan sahaja di […]

Continue Reading

Graduan USIM hampir tidak ke majlis konvokesyen akibat banjir

SEREMBAN: Seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Tumpat, Kelantan hampir tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya pada hari ini selepas rumah keluarganya dinaiki air dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu. Siti Nabila Ellany Mazlan, 23, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu berkata, dia pada mulanya sudah putus harapan untuk hadir […]

Continue Reading

Mark Zuckerberg ikon teknologi dunia

MARK Elliot Zuckerberg, namanya tidak asing lagi dalam dunia teknologi. Beliau adalah pengasas Facebook, platform media sosial yang kini merupakan salah satu media sosial popular di dunia. Lebih dikenali sebagai Mark Zuckerberg, perjalanan kerjayanya telah membuktikan bahawa usaha, kreativiti dan keberanian mampu mencipta perubahan besar dalam kehidupan seseorang. Berbakat sejak kecil Dilahirkan pada 14 Mei […]

Continue Reading

Menjalin hubungan: Bagaimana rakyat marhaen Malaysia membina masa depan bersama

Setiap kali kita melayari laman sosial atau menyemak berita di susur masa, kita seakan-akan dibanjiri kisah ketegangan etnik. Sangat mudah untuk berasa lelah dan percaya segalanya akan runtuh. Tetapi jika kita menyingkap di sebalik tajuk utama dan hashtag yang tular, terdapat satu lagi naratif – cerita yang lebih senyap serta penuh harapan. Tinjauan terbaru mengenai […]

Continue Reading

Olek Godang @USIM 2024, perkasa mahasiswa dan budaya Negeri Sembilan

Seramai lebih 2,000 pengunjung hadir ke Pesta Konvokesyen atau dikenali sebagai Olek Godang bersempena meraikan para graduan yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-22. Pro-Canselor USIM, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz, turut mencemar duli merasmikan pembukaan Olek Godang @USIM, malam tadi. Program Olek Godang @USIM yang bermula 2 hingga 6 Disember […]

Continue Reading

SMK USJ 23 diingatkan tidak lena dibuai kemenangan

KEJAYAAN menjinakkan pasukan pilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun seharusnya tidak membuai pemain-pemain SMK USJ 23 menjelang pertarungan suku akhir menentang SMK Tinggi Kajang. Sebaliknya, pengendali skuad Bawah 15 tahun Piala Datuk Mokhtar Dahari, SMK USJ 23, Saparin Mat Ibrahim mengakui bahawa cabaran berintensiti tinggi menanti pada fasa lapan terbaik kali ini. “Syukur kepada […]

Continue Reading

Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU pembelajaran – Nancy

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran. Menurutnya, hingga 31 Oktober lepas, seramai 289,161 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran iaitu 26,878 orang lebih ramai berbanding 262,283 pada tahun lepas. “Secara positifnya, ini […]

Continue Reading

Graduan USIM dalam pantang berkerusi roda terima ijazah

SEREMBAN: Masih dalam tempoh berpantang selepas lima hari melahirkan cahaya mata, tidak menghalang seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini untuk hadir sendiri menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Ke-22 universiti tersebut hari ini.  Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko), Nurin Amni Aqilah Cek Ahmad, 23, itu, […]

Continue Reading

GJI bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini – PIKOM

PERTUMBUHAN gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM). Pengerusi PIKOM, Ong Chin Seong berkata, bakat digital di Malaysia menyaksikan gaji yang lebih tinggi berikutan peningkatan permintaan untuk pekerja berkemahiran dalam kecerdasan buatan (AI), sains data, pengkomputeran […]

Continue Reading

Sabah berpotensi jadi ‘Kota Buku’

KOTA KINABALU: Sabah berpotensi untuk menjadi sebuah ‘Kota Buku’ sekiranya banyak karya dalam bidang bahasa dan sastera terus dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Exco Pendidikan Negeri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, sekiranya ingin tampil sebagai sebuah Kota Buku maka, lebih banyak buku perlu diterbitkan. Beliau berkata, adalah menjadi […]

Continue Reading

Taman permainan mesra OKU pertama di Melaka

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membina sebuah taman permainan kanak-kanak khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang pertama di negeri ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, Taman Permainan Kanak-kanak Interaktif Sejagat itu direka khas untuk kegunaan OKU termasuk anak autisme. Menurutnya, […]

Continue Reading

‘RM450k untuk bayar hutang’, ‘Saya boleh pulangkan RM500k’

Pemberi maklumat telah mendedahkan tujuh rakaman penuh perbincangan dengan pelbagai ahli Dewan Undangan Negeri. Dia mendakwa bahawa jumlah wang tersebut adalah sogokan kepada ahli politik untuk menyokong permohonannya mendapatkan lesen penerokaan mineral.   Dalam bahagian kedua ini, terdapat dua video. Malaysiakini telah menghubungi pihak yang terlibat dan pejabat ketua menteri untuk mendapatkan komen.   Video 3: ‘RM450k […]

Continue Reading