Malaysia belasah Perancis 5-0

PETALING JAYA: Malaysia membuka kempen Piala Sudirman 2025 dengan penuh bergaya apabila membelasah Perancis 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C di Xiamen, China, sebentar tadi. Gandingan beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tidak berdepan masalah apabila mudah menumpaskan Mael Cattoen-Lucas Renoir 21-11, 21-9 dalam masa hanya 29 minit. Perseorangan wanita, Goh Jin […]

Continue Reading

Liverpool julang kejuaraan EPL ke-20

LIVERPOOL: Liverpool mengesahkan status raja England apabila membelasah Tottenham Hotspur 5-1 untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Anfield, sebentar tadi. Kemenangan penuh bergaya itu membolehkan skuad kendalian Arne Slot menyamai rekod Manchester United sebagai pasukan paling banyak menjuarai liga utama dengan 20 trofi. Liverpool bangkit selepas dikejutkan jaringan awal Dominic Solanke, sebelum […]

Continue Reading

Hojlund bantu United ikat Bournemouth

BOURNEMOUTH: Gol pada masa kecederaan Rasmus Hojlund berjaya menyelamatkan satu mata berharga Manchester United untuk mengikat Bournemouth 1-1 yang bermain dengan 10 orang dalam aksi liga di Stadium Vitalty, hari ini. Kemenangan dilihat seakan berpihak pada skuad kendalian Andoni Iraola yang sebelum itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-23 menerusi jaringan Antoine Semenyo. […]

Continue Reading

Lebih 30,000 penyokong JDT meriahkan sambutan julang Liga Super

ISKANDAR PUTERI: Lebih 30,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membanjiri Stadium Sultan Ibrahim, di sini bagi menyaksikan detik bersejarah kelab tersebut menjulang trofi Liga Super musim ke-11 berturut-turut, sebentar tadi. Sambutan ‘Chapter 2: The 11’ diserikan lagi dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan […]

Continue Reading

Hakim Danish buka musim 2025 di atas podium

PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli membuktikan dirinya bukanlah calang-calang pencabar selepas muncul naib juara pada perlumbaan 1 dalam aksi pembukaan musim Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Jerez, Sepanyol, malam tadi. Anak jati Kuala Terenggau itu yang memulakan aksi dari petak pertama, melengkapkan perlumbaan sebagai naib juara menerusi lakaran masa 25 minit […]

Continue Reading

Azeem catat rekod terbaik musim 2025 di AS

PETALING JAYA: Raja pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, terus mempamerkan taringnya apabila memperbaharui catatan terbaik musim 2025 di Amerika Syarikat (AS), hari ini. Mewakili Universiti Auburn, Azeem menjuarai acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn dengan catatan 10.28 saat (s). Pelari berusia 20 tahun itu mengetepikan dua wakil Georgia, Brody Buffington […]

Continue Reading

Sivasangari, Eain Yow, Rachel menjejakkan kaki ke perlawanan akhir

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita No. 1 Malaysia, S. Sivasangari berjaya mara ke final keduanya pada kejohanan bertaraf Gold, namun, lawan yang bakal ditentangnya adalah bintang No. 1 dunia, Nouran Gohar pada Piala Grasshopper 2025 di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland, hari ini. Pada separuh akhir, semalam, Sivasangari yang merupakan pemain No. 11 dunia mengetepikan bintang No. […]

Continue Reading

Fandi enggan ulas isu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memilih untuk tidak mengulas panjang berhubung mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Fandi turut enggan mengulas mengenai pemilihan Razlan Joffri Ali sebagai pengadil perlawanan, walaupun beliau pernah direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada November tahun lalu. “Saya tak […]

Continue Reading

Fandi ‘kunci mulut’ isu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memilih untuk mengunci mulut berhubung mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Fandi turut enggan mengulas mengenai pemilihan Razlan Joffri Ali sebagai pengadil perlawanan, walaupun beliau pernah direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada November tahun lalu. “Saya tak pasti, […]

Continue Reading

Norza dilantik Ahli Majlis BWF

PETALING JAYA: Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria terus mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi penggal 2025–2029. Pemilihan itu membuktikan pengiktirafan komuniti badminton dunia terhadap kepimpinan, visi dan komitmen jangka panjang beliau dalam memajukan sukan badminton. “Tan Sri Norza adalah simbol […]

Continue Reading

Insiden gaduh cemari Perlawanan akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Keceriaan menjelang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini tercalar akibat insiden pergaduhan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan. Kekecohan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.10 malam di kawasan hadapan Axiata Arena, kurang dua jam sebelum sepak mula perlawanan. Pergaduhan tersebut menyaksikan aksi […]

Continue Reading

Penyokong JDT, Sri Pahang ‘banjiri’ SNBJ

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mula dibanjiri penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC (SPFC) menjelang aksi final Piala Malaysia edisi ke-98 yang bakal berlangsung malam ini. Suasana di pekarangan SNBJ bertukar meriah dengan kehadiran ribuan penyokong yang membentuk ‘lautan’ biru dan kuning, sekali gus menepis tanggapan sebelum ini bahawa perlawanan […]

Continue Reading

Azim sahkan Perak FC dibubar, tiada lagi aksi dalam Liga-M

IPOH: Perak FC sah dibubarkan yang menyaksikan tiada pembabitan sebarang pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Pembubaran Perak FC itu umumkan oleh Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi. “Dengan rasa kesal dan duka cita saya terpaksa makluman XOX bukan lagi pemilik Perak FC. “Kami terpaksa menarik diri berikutan menanggung bebanan […]

Continue Reading

Lebih 100 bas bawa 4,000 penyokong JDT ke Bukit Jalil

JOHOR BAHRU : Lebih 100 buah bas yang membawa kira-kira 4,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mula bergerak menuju Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pagi ini. Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak JDT, Mohd. Fadzli Sapie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 15 bas berkonvoi dari Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin manakala bas lain bergerak […]

Continue Reading

12 pelumba cilik berentap pada Kejohanan MiniMoto RCB di Sepang

PETALING JAYA: Sebanyak 12 pelumba cilik bakal berentap pada Kejohanan MiniMoto RCB yang merupakan sebuah program pembangunan bakat muda bermula hari ini dan esok di Litar Antarabangsa Kart Sepang. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan RCB, sesi pemilihan yang berlangsung pada 12 April lalu di trek Sepang berjaya menarik 35 orang peserta mendaftar secara dalam talian […]

Continue Reading

Peluang Sivasangari lonjak ranking di Switzerland

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita No. 1 negara, S. Sivasangari berpeluang untuk kembali melonjakkan ranking dunianya selepas mara ke separuh akhir pada Piala Grasshopper 2025 di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland, hari ini. Anak jati Sungai Petani, Kedah itu yang berjaya mempamerkan permainan cukup klinikal membenam cabaran wakil Mesir, Nada Abbas 11-6, 11-3 hanya dalam masa 15 […]

Continue Reading

Hakim Danish julung kali tempah petak pertama di sesi kelayakan

PETALING JAYA: Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish Ramli bermula positif dalam aksi pembukaan musim apabila menempah petak pertama yang julung kali berjaya dilakarnya pada sesi kelayakan Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Jerez, Sepanyol, tengah malam tadi (waktu Malaysia). Anak jati Kuala Terengganu itu melakar masa sepusingan terpantas 1 minit 48.223 saat (s) bagi membolehkannya […]

Continue Reading

Johor cuti peristiwa Isnin, hargai JDT mara ke final Piala Malaysia

JOHOR BAHRU:  Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin ini, 28 April ini sebagai meraikannya kejayaan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang, Sabtu ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, cuti peristiwa tersebut dititahkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai tanda sokongan dan penghargaan […]

Continue Reading

Final Piala Malaysia: Wan Rosdy ramal Pahang tewaskan JDT 2-1, Sabtu ini

KUANTAN: Skuad Sri Pahang diyakini mampu menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini sekali gus membawa pulang piala berprestij tersebut ke negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau yakin Tok Gajah akan mencapai kemenangan dengan keputusan 2-1. “Saya yakin Sri […]

Continue Reading

Malaysia tuan rumah WCGC 2025, 32 negara bakal berentap

PETALING JAYA: Kejohanan golf korporat paling berprestij, Cabaran Golf Dunia Korporat (WCGC) peringkat antarabangsa kembali mewarnai persada sukan golf tanah air tahun ini dengan pembabitan syarikat-syarikat gergasi dalam satu platform yang menggabungkan semangat kesukanan dan diplomasi korporat. Sebanyak 32 negara bakal berentap pada WCGC tahun ini di mana Malaysia dilantik sebagai tuan rumah dan Elora […]

Continue Reading