Pertukaran strategi Man-Tee buat ‘DinFei’ hilang arah

KUALA LUMPUR: Pertukaran taktikal oleh Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi titik tolak kekalahan beregu No. 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam pertembungan perang saudara di suku akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025, kelmarin. Beregu pilihan kedua itu dilihat kehilangan arah sebaik set kedua bermula apabila Wei Chong-Kai Wun menukar corak permainan lebih […]

Continue Reading

Pearly-Thinaah teruskan kemarau kejuaraan Malaysia Masters

KUALA LUMPUR: Kemarau gelaran selama 13 tahun dalam saingan beregu wanita masih belum menemui titik noktahnya, namun, beregu No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah enggan bersedih terlalu lama ekoran kekalahan pada separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini. Beregu No. 4 dunia itu tumpas di tangan beregu handalan China, […]

Continue Reading

BAM kemuka aduan rasmi kepada BWF isu pengadilan

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengemukakan aduan rasmi bertulis kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung beberapa keputusan pengadil sewaktu perlawanan antara beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai menentang pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan kedua Malaysia Masters 2025, Khamis lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan BAM hari ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga […]

Continue Reading

Aksi agresif pacu Man-Tee ke final Malaysia Masters 2025

KUALA LUMPUR: Aksi bertenaga dan permainan agresif membawa beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ke final Malaysia Masters 2025 selepas menundukkan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menerusi kemenangan straight set di separuh akhir Malaysia Masters, hari ini. Turun selaku pilihan kelima, beregu negara itu tidak berdepan masalah besar menewaskan pasangan ranking ke-20 dunia […]

Continue Reading

Ee Wei kembali ke pangkuan Tang Jie di Terbuka Singapura

KUALA LUMPUR: Perjuangan Toh Ee Wei-Loh Bing Kun telah menemui titik noktah pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters, kelmarin dan bermula minggu depan dia bakal kembali ke pangkuan pasangan asalnya, Chen Tang Jie. Pemain kelahiran Melaka itu akan menyambung perjuangannya bersama Tang Jie bermula di Terbuka Singapura yang berlangsung minggu depan, kemudian diikuti Terbuka Indonesia pada […]

Continue Reading

MFL, FIB buat keputusan berani, tepat

PETALING JAYA: Tindakan tegas First Instance Body (FIB) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak meluluskan permohonan Lesen Kebangsaan Kedah Darul Aman(KDA) FC dan Perak FC adalah satu keputusan tepat. Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, keputusan berani FIB itu amat dialu-alukan kerana tidak sepatutnya memberi kelonggaran kepada pasukan yang tidak […]

Continue Reading

Herry bengang Aaron-Khai Xing jadi mangsa ketidakadilan umpire

KUALA LUMPUR: ‘Menang kalah biasa, tetapi kita harus bermain dengan adil.’ Tegas ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi selepas pasangan muda lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing dinafikan peluang kemenangan akibat keputusan kontroversi ketika bertemu beregu Denmark di pusingan kedua Malaysia Masters, kelmarin. Herry meluahkan rasa kecewa apabila insiden berlaku sebanyak tiga kali, […]

Continue Reading

Lima pemain kebangsaan teruja lawan Man. United

PETALING JAYA: Lima pemain skuad kebangsaan akan menyertai skuad ASEAN All-Stars menjelang aksi menentang Manchester United pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini. Malaysia yang menjadi tuan rumah buat acara paling terbesar tahun ini, bakal menyaksikan pemain negara bakal berjuang bersama bintang serantau dan antarabangsa berdepan skuad kendalian Ruben Amorim. Pemain […]

Continue Reading

Aaron-Wooi Yik tepati ramalan

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus membuktikan status juara apabila mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2025 dengan kemenangan mudah ke atas pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, sebentar tadi. Pasangan ranking ketiga dunia itu tidak memberi ruang langsung kepada pilihan ketujuh kejohanan itu apabila menang selesa 21-10, 21-19 dalam perlawanan yang […]

Continue Reading

Tembok Besar China menanti Pearly-Thinaah di separuh akhir

KUALA LUMPUR: Pearly Tan-M. Thinaah teruskan kemaraan, tetapi, beregu No. 4 dunia itu bakal berdepan lawan yang boleh disifatkan sebagai buku dengan ruas apabila beregu handalan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian menanti mereka di separuh akhir Malaysia Masters, esok. Pada suku akhir, hari ini, Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan beregu No. 9 dunia, Febriana Dwipuji […]

Continue Reading

52 pasukan korporat meriahkan kejohanan WCGC di Seri Selangor

PETALING JAYA: Seramai 104 pemain terdiri daripada 52 pasukan korporat memeriahkan kejohanan sulung Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, semalam. Kejohanan golf korporat berprestij dunia itu yang dianjurkan oleh Elora Global Sdn. Bhd. dengan Enotech sebagai penaja utama, menobatkan pasangan dari syarikat Megar Jaya 1, Syah Rizal Basri […]

Continue Reading

MFL alu-alukan penyertaan Brunei DPMM FC

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengalu-alukan penyertaan Brunei DPMM FC dalam saingan Liga Super bagi musim depan. Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, DPMM FC akan bersaing dengan 13 lagi pasukan tempatan di Liga Super. Katanya, penyertaan pasukan negara jiran itu adalah berstatus jemputan bagi memeriahkan lagi saingan Liga Malaysia (Liga M). […]

Continue Reading

Gopi Rizqi kini jual popia carbonara

PONTIAN: Selepas tular menjual air balang ketika Ramadan lalu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi, 36, kini mencari rezeki de­ngan menjual popia carbonara. Dia membantu isterinya, Siti Norhidayah Roslan, 38, yang sebelum ini menjual makanan itu secara dalam talian sebagai sumber pendapatan tambahan. Katanya, terdapat tiga jenis popia carbonara dihasilkan iaitu ayam, daging […]

Continue Reading

Berganding bahu sambut usaha Tunku Mahkota Ismail

PETALING JAYA: Semua pihak khususnya pemegang taruh utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) perlu berdiri teguh di belakang Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi mengubah landskap bola sepak negara. Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar berkata, beliau bersetuju dengan pandangan baginda berkenaan sikap dan mentaliti segelintir pemegang taruh bola […]

Continue Reading

Tze Yong disahkan cedera lutut, perlu berehat dua minggu

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ditimpa kecederaan lutut sewaktu beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, semalam. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan badan induk itu, hari ini, selepas pemeriksaan perubatan dibuat, Tze Yong disahkan mengalami ketegangan pada bahagian […]

Continue Reading

Annuar bantu KDN FC tanpa syarat, ganjaran

KOTA BHARU: Bapa pembangunan bola sepak negeri ini Tan Sri Annuar Musa sedia membantu Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) tanpa sebarang syarat dan ganjaran. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dilaman sosial Facebook miliknya sebentar tadi, Annuar menulis beliau berbuat demikian semata-mata mahu melihat kebangkitan semula bola sepak Kelantan. “Saya di tawarkan […]

Continue Reading