Cklamovski teruja semangat pemain

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski teruja melihat kesungguhan pemain dalam tempoh seminggu latihan pusat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini, esok. Cklamovski memberitahu, pemain mencurahkan segalanya pada sesi latihan, sekali gus menepati kehendak falsafah bola sepak yang mahu diterapkan dalam skuad kebangsaan. “Dalam […]

Continue Reading

Kekalkan taktikal menyerang

PETALING JAYA: Harimau Malaya perlu mengekalkan taktikal menyerang ketika berdepan Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok. Bekas pemain kebangsaan, Mohd. Badhri Radzi berkata, taktikal menyerang dapat memberi jaminan Harimau Malaya akan dihidangkan dengan deretan peluang untuk menjaringkan gol. Badri yang lebih dikenali sebagai Piya berkata, kualiti pemain yang […]

Continue Reading

Malaysia gagal lepasi peringkat kumpulan kuadran campuran

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia dalam acara kuadran campuran menemui titik noktah selepas ditimpa dua kekalahan dalam saingan Kumpulan A pada Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India, malam tadi. Skuad negara yang membuka aksi menentang Thailand dalam perlawanan pembukaan terpaksa akur apabila tunduk 17-16, 16-17, 10-15. Malaysia yang berusaha bangkit berjaya menebus kehampaan selepas […]

Continue Reading

Malaysia gagal pertahan emas beregu lelaki di India

PETALING JAYA: Malaysia gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara beregu selepas tumpas kepada Thailand dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India, semalam. Skuad kebangsaan yang diwakili gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin serta Shaharil Aiman selaku pemain simpanan tewas dalam aksi yang berlanjutan sehingga ke set penentuan 9-15, 17-15, […]

Continue Reading

Piastri takluk GP China

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri berjaya menebus kekecewaan di bumi sendiri apabila memenangi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) China dengan penuh bergaya, sekali gus mencatat kemenangan pertama musim ini buat McLaren dalam saingan utama di Litar Antarabangsa Shanghai, hari ini. Piastri yang bermula dari petak pertama tidak mensia-siakan kelebihan tersebut apabila menampilkan pemanduan cemerlang […]

Continue Reading

Malaysia jumpa Thailand pada separuh akhir beregu lelaki takraw

PETALING JAYA: Malaysia muncul juara Kumpulan A selepas melakar kemenangan dalam kesemua empat perlawanan dan sekali gus, menempah tempat ke separuh akhir dalam aksi beregu lelaki pada Piala Dunia Sepak Takraw 2025 di Bihar, India, hari ini. Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu terpaksa berdepan jadual padat dengan empat perlawanan perlu diharungi barisan pemain negara […]

Continue Reading

Malaysia tewas tipis 4-3 kepada Bahrain

PETALING JAYA: Skuad bola sepak pantai kebangsaan memulakan kempen Piala Asia 2025 dengan langkah kiri selepas tewas tipis 3-4 kepada Bahrain dalam aksi pembuka tirai Kumpulan D di Jomtien Beach Arena,semalam. Malaysia yang turun dengan misi mencipta kejutan berdepan juara edisi 2006 itu mempamerkan aksi bertenaga, namun gagal menghalang keampuhan lawan dalam perlawanan penuh dramatik. […]

Continue Reading

Impian Soon Huat-Shevon musnah

PETALING JAYA: Hasrat beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai  untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Switzerland tidak kesampaian selepas tersingkir di suku akhir kejohanan itu, sebentar tadi. Pasangan negara terpaksa akur selepas tewas straight set 18-21, 10-21 kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi yang berlangsung di St. Jakobshalle, Basel. Dechapol-Supissara yang juga juara […]

Continue Reading

Malaysia gagal ke final quardant wanita, tewas kepada Vietnam 0-2

PETALING JAYA: Malaysia gagal dalam usaha untuk mencipta sejarah melangkah ke perlawanan akhir dalam acara quadrant wanita selepas kecundang kepada Vietnam pada separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw Istaf 2025 di Bihar, India, hari ini. Vietnam yang merupakan pasukan kedua terkuat di dunia bukan tandingan skuad kebangsaan apabila barisan pemain negara tewas 11-15, 5-15 di […]

Continue Reading

Jae Rak kini ketua jurulatih memanah kebangsaan

PETALING JAYA: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mengesahkan pelantikan Kim Jae Rak sebagai ketua jurulatih memanah kebangsaan yang baharu, menggantikan Lee Jae-hyung yang telah menerajui skuad sejak 2001. Menurut kenyataan NAAM, Jae Rak tiba di Malaysia pada 19 Mac dan terus menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan bermula semalam. “Jurulatih dari Korea Selatan itu memiliki […]

Continue Reading

Jun Hao tewas tipis kepada Nishimoto

PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao memberikan tentangan sengit sebelum tunduk kepada wakil Jepun, Kenta Nishimoto dalam aksi pusingan kedua Terbuka Switzerland 2025, sebentar tadi. Dalam perlawanan yang berlangsung di St Jakobshalle, Basel, Jun Hao mempamerkan aksi bertenaga sebelum tewas 21-17, 20-22, 22-20 dalam pertarungan sengit selama satu jam 40 minit. Pemain negara […]

Continue Reading

Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka Switzerland

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, melangkah ke suku akhir Terbuka Switzerland 2025 selepas menewaskan pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat. Dalam aksi yang berlangsung di St Jakobshalle, Basel, sebentar tadi, juara bertahan itu terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 20-22, 25-23, 21-11 dalam tempoh 58 minit. Soon Huat-Shevon menunjukkan ketahanan mental […]

Continue Reading

Jefri dilantik Ketua Pengarah MSN

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah yang baharu menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3 April ini. Menerusi kenyataan MSN, pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN Ke-10 berkuatkuasa pada 4 April 2025 itu diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh  Menteri Belia dan […]

Continue Reading

Hamidin bakal kembali ke FAM?

KUALA LUMPUR: Masih tiada perbincangan di lakukan bagi mewujudkan jawatan Presiden Kehormat dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membawa Tan Sri Hamidin Mohd. Amin kembali ke badan induk bola sepak negara. Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan sememangnya ada agenda untuk membawa kembali mantan Presiden FAM itu dalam kepimpinan badan induk bola […]

Continue Reading

Jefri dilantik Ketua Pengarah MSN ke-10

PETALING JAYA: Jefri Ngadirin dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu berkuatkuasa 4 April ini. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan MSN di sini, hari ini, pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan No. 1 badan induk sukan negara tersebut, Abdul Rashid Yaakub akan tamat kontraknya pada 3 April. “Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah […]

Continue Reading

Final Piala Malaysia dianjak ke 26 April

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan bahawa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 akan berlangsung pada 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), bermula jam 9.00 malam. Final edisi ke-98 itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 12 April 2025, namun tarikh berkenaan diubah selepas MFL menerima permohonan rasmi daripada Sri […]

Continue Reading

Malaysia mudah benam Perancis aksi pembukaan

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kumpulan B acara kuadran Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025 dengan bergaya selepas menundukkan Perancis 2-0 di Bihar, India, hari ini. Skuad negara yang diketuai Muhammad Shahalril Aiman Halim serta dibantu Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi tampil dominan apabila menang selesa set pertama 15-6 […]

Continue Reading

Duplantis tumpuan utama di Kejohanan Dunia

NANJING: Jaguh lompat bergalah, Armand ‘Mondo’ Duplantis, bakal menjadi perhatian utama apabila Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia yang tertangguh sejak 2020 akhirnya berlangsung hujung minggu ini. Nanjing pada asalnya dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi 2020, sebelum ditangguhkan ke 2021 dan 2023 akibat peraturan ketat berkaitan Covid-19. Edisi kali ini bakal menyaksikan 576 atlet dari […]

Continue Reading